Semalam sebelum ke saltmine sempat singgah ke batu Tanda Rujukan Ukur B 0600-2. Slab konkrit telah dilihat beberapa hari yang lalu. Cuma bila ada kelapangan seperti kebiasaan barulah boleh pergi tinjau. Lokasinya persimpangan lampu isyarat Persiaran Kemajuan laluan B80 dan Jalan P1 laluan B88.
Menurut Meta AI, slab ini merupakan Tanda Aras Kawalan Ukur JUPEM Selangor. Penting untuk ukur pelan tanah, pembangunan, sempadan lot di negeri ini. Lokasi tanam atas kerb jalan. Ini merupakan gaya lama JUPEM. Dulu-dulu suka tanam kat kerb atau bahu jalan sebab senang nak jumpa balik.
Kenapa di kerb jalan?
1. Lebar jalan
2. Sempadan rizab jalan
3. Projek naik taraf jalan di Bandar Baru Bangi
Ada kesan spray merah sedikit sama seperti slab di Denso tempoh hari. Pasti juruukur yang sama membuat kerja-kerja di Bandar Baru Bangi ini. Itulah punca terperasan slab ini semasa menunggu pertukaran lampu isyarat. Koordinat 2.940673 darjah Utara dan 101.763806 darjah Timur.
Kemudian terus memandu menghala ke Bukit Angkat. Terus melalui jalan dalam melepasi Taman Sutera dan Taman Cheras Prima. Kemudian melalui Jalan Sungai Balak ke Cheras Jaya. Laluan inilah terperasan ada batu berpaku. Berhenti di tempat yang selamat. Laluan ini memang sesak dengan lori-lori kerana persekitaran ini merupakan kawasan perindustrian. Laluan pintas untuk ke Tol Sungai Balak.
Kali ini batu tanda ini agak unik. Berbentuk L mengikut bentuk lubang saluran longkang atau culvert. Menurut Meta AI , gaya tanam atas bahu longkang atau culvert. Gaya standard JPS untuk pantau paras air banjir. Sememangnya lokasi batu ini bersebelahan dengan Sungai Balak serta kolam takungan banjir.
Pada batu ini tertera huruf KJ 3 serta pada bucu 'L' terdapat paku JUPEM. Ada contongan spray merah tertulis TBM 2. Sekeliling paku turut dispray merah.
Sudut pandangan kedudukan KJ 3 berdekatan jambatan Sungai Balak hala ke Cheras Jaya. Laluan pilihan ke saltmine merupakan laluan tanpa tol. Koordinat 3.015877 darjah Utara dan 101.763806 darjah Timur
Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya






No comments:
Post a Comment