Stesen Pengawasan Kualiti Udara Automatik (CA17W)


 Petang tadi sempat singgah ke Stesen Pengawasan Kualiti Udara Automatik (CA17W) di Presint 18, Putrajaya. Lokasi stesen ini di dalam kawasan sebuah sekolah di Presint 18 ini. Maka, tidak dapat masuk kerana tiada kebenaran. Hanya gambar dari luar jalan besar sahaja dapat ditangkap.


Ini merupakan stesen kedua berjaya dijejaki setelah minggu lepas di Nilai. Melihat dari jauh stesen masih sama seperti Nilai juga. Cuma kedudukannya berada di dalam kawasan sekolah. Manakala, stesen di Nilai berada di bersebelahan kawasan sekolah memudahkan akses. Apa yang penting telah berjaya mengesan lokasi stesen CA17W ini.
 

Tujuan tidak lain adalah untuk melihat keadaan persekitaran stesen ini. Hasil tinjauan kawasan ini dikelilingi kawasan hijau. Setiap kawasan pasti mempengaruhi secara tidak langsung dapatan data. Misalnya di Nilai, kawasan persekitaran banyak kawasan perindustiran dan terdapat kuari juga. Sedikit sebanyak mempengaruhi bacaan pencemaran udara ini. Faktor kawasan persekitaran turut menjadi punca keputusan dapatan data. Asap-asap kilang serta debu-debu berterbangan hasil aktiviti kuari boleh menjadi punca juga.


Bacaan petang tadi 93 kategori sederhana semakin menghampiri tidak sihat. Melepasi bacaan 100 IPU aktiviti luar bilik darjah tidak dibenarkan.


Kedudukan stesen CA17W gambaran peta satelit yang lebih jelas. Bersebelahan dengan padang awam kawasan lapang.


Ketika ingin minta kebenaran memasuki premis, terlihat paku berpetak konkrit. Terus bergegas kawasan lapang berumput hadapan sekolah tersebut. Rupanya ada batu aras tertera huruf PPJ 10. Batu aras (BM) milik Perbadanan Putrajaya. Koordinat 2.915137 darjah Utara dan 101.689797 darjah Timur. Pasti ada banyak batu BM milik PPJ ada di kawasan Putrajaya ini.


Masih kawasan yang sama dalam beberapa langkah terlihat Tanda Rujukan Ukur W00970-2. Koordinat 2.915122 darjah Utara dan 101.689717 darjah Timur. Kali ini petak berpaku ini  berada dikelilingi kawasan berumput. Penemuan yang kesepuluh bagi batu Tanda Rujukan Ukur untuk koleksi penulis.


Gambaran sebenar kedudukan dua jenis batu di hadapan sekolah dan bersebelahan jalan besar. Berdekatan antara satu sama lain memudahkan tugasan juruukur berkaitan. Datang untuk mencari satu stesen, dapat bonus dua stesen lagi. Kadang tidak perlu mencarinya. Tahu-tahu ada dihadapan mata. Macam orang mengantuk disorongkan bantal. Rezeki dihadapan mata jangan ditolak, musuh jangan dicari. Bila tak bagi masuk kita baikan kerana ada banyak stesen lagi belum dijejaki lagi.

Jumpa dan jumpa lagi.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Stesen Pengawasan Kualiti Udara Automatik (CA17W)

  Petang tadi sempat singgah ke Stesen Pengawasan Kualiti Udara Automatik (CA17W) di Presint 18, Putrajaya. Lokasi stesen ini di dalam kawas...