Tasik UKM


 Ahad lepas selepas jumpa Geodatik Pillar MyHSR di Sungai Jelok. Singgah pula ke Tasik UKM, Bangi. Hari biasa hanya lalu nampak dari jalan luar UKM itu sahaja. Teringin melihat apa ada di dalamnya. Kebiasaan akan set jam garmin untuk mode berjalan kaki sahaja. Jam GPS ini akan merekod setiap pergerakan hingga jumlah tenaga yang telah dibakar.


APA BENDA DALAM GAMBAR

Ini Automatic Weather Station (AWS) untuk research UKM:
Atas kiri - Anak panah itu = Wind Vane - ukur arah angin
Atas kanan - Yang 3 mangkuk pusing tu = Anemometer - ukur kelajuan angin
Kanan sekali putih berlapis itu = Radiation Shield - dalam itu ada sensor suhu & humidity
Kotak bawah tu = Data logger + bateri + transmitter
Atas kiri gelap sikit itu = Rain Gauge (alat sukat hujan)
Semua data hantar terus ke Lab UKM via SIM card.


Stesen Cuaca Automatik ini Hak Milik UKM. Nampak semasa melalui laluan riadah yang mengelilingi tasik ini. Ada panel solar bagi memberi bekalan tenaga yang mencukupi untuk stesen ini.


UKM pasang stesen ni untuk:
Kaji banjir kilat Sg. Jelok - Sg. Langat (sebab tu dekat dengan HSR UG0692 tadi)
Kaji perubahan iklim mikro Tasik UKM 
Untuk student Geografi / Alam Sekitar buat thesis
Kira kawasan Sg. Jelok ni LUBUK DATA bro:
JUPEM pacak pillar GPS (UG0692)MyHSR guna untuk jajaran keretapi laju
JPS pantau paras air Sungai Jelok
UKM pantau cuaca hujan-angin


APA BENDA NI

Ni Stevenson Screen + Solar Telemetry Box versi lama:
Bumbung solar panel 2 keping tu = Untuk charge bateri 12V dalam kotak tu
Kotak putih berkarat sirip-sirip tu = Stevenson Screen - dalam tu ada:
Data logger utama 
Sensor suhu, humidity
Transmitter GSM / Radio
Tiang 4 batang atas konkrit tu = Elak banjir & binatang masuk
Model ni model JPS Hidrologi Tahun 2000-an - memang rupa dia macam rumah burung karat macam tu.

KENAPA BENTUK MACAM RUMAH BURUNG?

Sirip-sirip tu untuk bagi angin lalu, tapi hujan tak masuk. Dalam tu ada alat elektronik sensitif, kena sentiasa sejuk & kering.
Solar atas tu menghadap matahari, wayar hitam masuk dalam kotak untuk hidupkan sistem 24 jam.


APA ATAS TIANG TU

Paling atas tengah - Besi tajam tu = Lightning Arrestor - penahan kilat
Kanan - Mangkuk 3 + anak panah = Wind Speed + Wind Direction 2-in-1 (model baru, gabung terus)
Kiri - Kotak kecik bawah besi = Sensor arah angin backup
Tengah putih berlapis tu = Radiation Shield - sensor suhu lembap
Kotak bawah karat tu = Data logger + bateri solar
Yang ni selalunya ada Solar Panel kecik kat tepi (hitam tu) untuk charge bateri.


Maka terdapat dua stesen kaji cuaca ditemui di Tasik UKM ini. Huraian di atas oleh Meta AI berdasarkan perkongsian gambar tersebut. Satu stesen didirikan rendah sahaja kedudukan manakala satu lagi di atas tiang yang tinggi. Kebarangkalian ada perbezaan data yang diperolehi tidak pasti.



Kemudian melewati anak sungai punca air bagi tasik ini. Air tasik ini seterusnya mengalir keluar ke Sungai Langat. Separuh keluas tasik ini dipenuhi tanah berumput sahaja. Tidak pasti mengapa tidak di dalam serta luaskan kawasan berair.


Semasa hujan lebat kemungkinan tanah berumput itu pasti dipenuhi air keseluruhan tasik tersebut. Patutlah nampak hijau sahaja ketika memandu dari luar UKM. Rupanya memang kawasan tanah berumput bersebelahan anak sungai tersebut.


Melewati bangunan laluan beratap dan berlantai mozek. Memberi teduhan pada warga Fakulti. Atas jambatan kelihatan ikan berenang-renang dengan banyaknya.


Puas melihat ikan menyambungkan perjalanan. Selisih juga dengan beberapa orang pelari melakukan latihan keliling tasik ini. Bagi Penulis permukaan kasar dan keras seperti ini lebih selesa dengan berjalan sahaja.


Kelihatan beberapa ekor burung bangau mencari makan di tengah tasik yang berumput itu. Ada juga bertenggek atas dahan berdekatan tasik. Biasa juga melihat burung-burung bertenggek pada palang pada kolam bertentangan dengan Wisma Unikeb. Selalu juga melihat orang memancing dalam kolam tersebut.


Sebenarnya, Pengendali Radio Amatur turut mengaktifkan stesen kaji cuaca sendiri. Kemudian data-data itu dapat dikongsikan melalui APRS. Stesen WX ini turut memberi maklumat data tentang suhu, kelembapan, kelajuan angin serta arah angin dan taburan hujan juga.



Maka, perkongsian data meteorologi melalui APRS dapat dikongsikan oleh semua Pengendali Radio Amatur. Segala maklumat dan data tersebut boleh digunakan sebagai panduan dan rujukan berkaitan tentang cuaca. Peralatan radas mudah didapati pembelian secara dalam talian. Manakala perisian pula dikongsikan oleh mereka yang mahir.
 

Contoh poster di atas dikongsikan oleh Pengendali Radio Amatur yang mahir tentang pembinaan stesen kaji cuaca. Perkongsian seperti membolehkan banyak stesen WX dapat diwujudkan bagi kepentingan Pengendali Radio Amatur dan juga masyarakat. Perkongsian maklumat ini turut boleh sebar luas bagi menghadapi sebarang kemungkinan berkait dengan cuaca.

Akhir kalam, ternyatalah stesen kaji cuaca masih menggunakan gelombang radio bagi menghantar data. Data yang diperolehi dikumpul dan dianalisis bagi mendapat ramalan cuaca yang tepat.

Jumpa dan jumpa lagi.
Selamat Memburu!
Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Creek Side Park Land Serene Height

  Hari ini merupakan hari keempat Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Sebelah pagi sempat pusing taman walaupun jerebu semakin naik...