Stesen Banjir PWPP0002


 Hari ini sempat singgah sekali lagi menjenguk batu sempadan di Jalan Kajang - Puchong di Presint 11. Jalan asal masih digunakan dari jalan Wetland ke Shell Malaysia Trading. Peninggalan jalan lama turut digunakan hingga kini agar tidak dilupakan. Ini kerana bukti sejarah lalu harusalah diingati generasi kini.


Jalan Kajang - Puchong ini turut masih meninggalkan batu aras yang mengekalkan kedudukan sejak dahulu lagi. Ini setelah bahu jalan dikemaskan barulah nampak kelibat batu aras ini. Kelihatan kedudukan agak berubah selepas kerja-kerja pembersihan bahu jalan tersebut.


Plat besi dan dome masih utuh walaupun terdapat terlipat sedikit pada bahagian penjuru. Batu BM turut terdapat kesan pecah namun masih kukuh berdiri kekal di situ. Banyak batu BM hampit tercabut dan juga ada tertanggal akibat kerja pembersihan bahu jalan. Monumen berharga ini tidak harus dimusnah atau dirosakkan.


Batu Tanda Aras bernombor siri 3018 masih utuh lagi di Jalan Kajang - Puchong Laluan B11. Kini SKVE mengambil alih laluan dari Kajang ke Puchong. Keluar susur SKVE E18 ke Lebuhraya Damansara -Puchong pula E11. Koordinat Latitud 2.971178 darah Utara dan Longtitud 101.679380 darjah Timur.


Kemudian berpatah balik ke tepi bangunan TNB. Kerete diletakkan tepi jalan berdekatan dengan bangunan pencawang TNB ini. Tepi longkang berdekatan pagar bangunan ini terdapat satu tiang batu sempadan Putrajaya dan Selangor. Nombor siri tidak jelas. Namun hasil dapatan semua stesen batu yang ditemui kebarangkalian tiang ini bernombor 2/139.


Jelas kelihatan tiang batu sempadan 2/139 berada di dalam parit. Menyusur tepi pagar bangunan pencawang TNB hingga ke rel ERL. Rupanya bangunan TNB itu ada orang yang menjaga serta menginap di situ. Tiba sebelah rel ERL yang berpagar menyusur trek lembu. Sudah kelihat beberapa tiang batu sempadan dari tepi rel tersebut. Anak Sungai Gajah yang jernih turut memukau pandangan.


Pemandangan tepi rel ERL turut kelihat ada trek laluan pejalan kaki. Namun turun menyusur tebing ke padang rumput tepi sungai Anak Gajah. Bersepah najis lembu yang sudah kering di kawasan padang. Ketahuilah bahawa kawasan rizab sungai ini turut menjadi padang ragut.


Setelah turun ke padang, nampaklah sungai Anak Gajah tersebut. Pemandangan arah dari bangunan Pencawang TNB merupakan laluan masuk tadi. Air sungai yang jernih serta mempunyai banyak ikan juga.


Stesen kedua yang ditemui nombor siri batu sempadan 2/138. Hampir ditenggelami rumput sekitar. Tebing sungai turut ditambak dengan batu-batu granit yang agak besar juga.


Nombor siri lebih jelas diambil 2/138 merupakan penemuan tiang bau sempadan yang kedua. Kemudian bergerak ke hadapan lagi sudah kelihatan beberapa stesen menanti untuk dikunjungi.

No comments:

Post a Comment

Stesen Banjir PWPP0002

  Hari ini sempat singgah sekali lagi menjenguk batu sempadan di Jalan Kajang - Puchong di Presint 11. Jalan asal masih digunakan dari jalan...