Belon Kuantan 24 September 2023 berjaya ditemui


 

Petang tadi Fitri 9W2FVC secara solo melancarkan SAR mencari belon Kuantan yang telah jatuh pada 24 September 2023. Saksikan rakaman video beliau detik peranti radiosond oppa ketika ditemui.

WXR3752F8 muncul di APRS


 Pagi ini telah munculnya belon KLIA di APRS. Kod WXR3752F8 telah bekerja dengan baik muncul di aprs. Pagi ini radiosond 2302104312 telah menghala ke laut seperti kebiasaannya.


Dua stesen penjejak yang berjaya mengesan belon KLIA di aprs adalah 9W2BWS-11 dan 9W2VHF-11 di Setapak. Tahniah kepada kedua stesen penjejak berjaya membawa radiosond keluar di aprs.


Sebelah malam pula belon kod WXR37534B telah aktif berjaya dicerap oleh stesen penjejak 9W2VHF-11. Radiosond 2302104395 seperti siang hari tetap ke arah Selat Melaka juga.

73, Jojet de 9w2dya

Belon KLIA hilang lagi


 Belon KLIA malam tadi telang hilang lagi buat kali kedua dalam minggu ini. Radiosond 2302104391 berakhir hingga jam 20:50 malam sahaja. Koordinat terakhir dikesan 2.70709 darjah Utara dan 101.57475 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 10.386m dan ketinggian maksimum 19,616m. Ketinggian ini dikategorikan sebagai belon pecah awal. Meletus dikawasan daratanmalang isyarat hilang menyebabkan kedudukan terkini tidak dapat dikesan.

73, Jojet de 9w2dya

Pengalaman ala Safari


 Ingin merasai pengalaman bercuti ala safari? Datanglah ke Bandar Gamuda Cove. Bersebelahan dengan Paya Indah telah menjadi tarikan terbaru untuk dibangunkan oleh Gamuda Land. Keindahan kawasan bencah ini, kini boleh diterokai menggunakan pacuan empat roda.


Kelihatan beberapa ekor budaya telah timbul pada permukaan kolam buaya di Paya Indah wetland. Semalam 23 September 2023, turut berjaya melihat badak air di dalam kolamnya seperti gambar yang pertama di atas. Pemandu pelancong yang membawa kami memaklumkan bahawa badak air tersebut telah melahirkan tiga ekor anak. Anak badak air kelahiran Malaysia ini berjaya menimbulkan mukanya ketika namanya dipanggil.


Sewaktu ambang Merdeka yang lalu, tiada seekorpun badak dan buaya kelihatan di dalam kolam. Pada kali ini, rezeki menyebelahi kami dapat melihat kelibat haiwan tersebut. Ketika itu juga tidak dapat menyertai Safari Tour kerana telah kelewatan masa. Alamdulillah rezeki semalam dapat berkesempatan mengikut pakej Safari Tour dengan RM50 seorang.



Pemandangan tapak perkhemahan di Tasik Sendayan. Selepas melihat badak air dan buaya, kami dibawa ke sini. Tasik air paya gambut ini pastilah warnanya sangat gelap. Kemudahan bilik air turut disediakan di sini.
Ada jeti disediakan untuk menikmati keindahan tasik terutamanya ketika matahari terbenam.


Bersebelahan pondok terdapat dua khemah dan kawasan unggun api. Kawasan perkhemahan yang sesuai untuk bermalam jauh dari hiruk-pikuk bandar dan kenderaan.


Jejak stesen 9W2DYA-5 dari kolam buaya ke Tasik Sendayan. Mengaktifkan aprs memudahkan mengesan lokasi secara real-time. Kelihatan pada peta google kawasan di kelilingi tasik di Paya Indah Wetlands ini.

Perjalanan dari Tasik Sendayan ke jeti bot. Kiri dan kanan merupakan tasik. Laluan yang sesuai untuk aktiviti trekking, berbasikal dan berkuda. Pemandu pelancong kami sedang memberi penerangan setiap lokasi-lokasi yang menarik di sini. Beliau anak jati kawasan ini, sangat mahir tentang sejarah dan pengetahuan tentang alam semulajadi kawasan ini.


Seterusnya kami melalui sebuah rumah tradisional Melayu. Menurut pemandu pelancong kami, rumah ini berasal dari Terengganu. Ia dipasang semula di sini tanpa menggunakan sebarang paku. Kejuruteraan nenek moyang orang Melayu membuat rumah hanya dengan pasak dan mencantumkan setiap bahagian tanpa paku. Pasti usianya menghampiri 100 tahun masih lagi kukuh dan teguh.



Jejak stesen 9W2DYA-5 sepanjang perjalana ke jeti untuk aktiviti menaiki bot persiaran. Sebenarnya tasik untuk aktiviti menaiki bot bersebelahan pintu masuk Gamuda Cove. Pintu pagar ini bertutup dan dikawal oleh seorang pengawal. Jadi, laluan dari Gamuda Cove ke Paya Indah Wetlands ditutup untuk orang awam. Tapi tidak menjadi masalah jikalu dari Paya Indah boleh melakukan sebarang aktiviti melalui laluan yang disediakan. Perlulah berhati-hati jikalau berselisih dengan kenderaan pacuan empat roda Safari ini.


Kenderaan Safari yang digunakan untuk membawa para pelancong. Bahagian belakang mempunyai tiga barisan tempat duduk. Kami mengmbil barisan belakang yang paling tinggi menyajikan pemandangan yang lebih jelas dan menyeronokkan. Harmonicku sangat seronok sekali sewaktu kenderaan bergerak. Angin kuat menyapa muka memberi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Terdapat beberapa bahagian jalan yang agak mencabar memberi kesan hentakan seperti menaiki roller coster. Pemnadu jelopi sebelum memulakan perjalanan telah memberi taklimat keselamatan terlebih dahulu.


Oleh kerana ketika kami sampai di jeti bot telahpun bergerak. Pemandu jelopi Safari membawa kami ke laluan tempat Belon Udara Panas. Dapat dilihat di kawasan ini terdapat banyak sarang burung Tempua bergantungan di dahan pokok tepi tasik.


Pemandangan jeti ketika bot telah menghampiri. Terdapat sebuah bot memancing berlabuh di tepi jeti ini. Rupanya terdapat ikan Toman yang agak besar-besar berjaya dipancing di dalam tasik ini. Kaki pancing bolehlah mencuba nasib mengikuti pakej memancing yang disediakan. Boleh pergi ke kaunter Discovery Park untuk mendapatkan sebarang maklumat.


Penulis bersama harmonic berdiri di hadapan bot bagi melihat pemandangan lebih dekat lagi. Banyak tumbuhan akuatik yang hidup bebas dipermukaan tasik seperti water lily dan bunga telipok. Burung dan itik juga berkeliaran di atas tumbuhan ini mencari makanan.



Pemandangan tasik ketika diambil semasa memudik bot. Waktu ketika ini agak redup dan mendung.Pasti gambar sedikit gelap.


Rakaman video lebih jelas suasana semasa menkmati pemandangan di atas bot. Perlu memakai jaket keselamatan oleh setiap penumpang.
Semasa memulakan perjalanan Pemandu Pelancong menunjukkan beberapa keping gambar ikan toman yang pernah dipancing dalam tasik ini.

Jejak stesen 9W2DYA-5 ketika menaiki bot di dalam tasik hingga pulang semula ke Discovery Park, Bandar Gamuda Cove Kuala Langat.


Pemandangan jeti ketika bot hendak melabuh. Kelihatan tempat simpanan kayak dan sampan atau bot kecil turut disediakan. Kabin kecil hijau itu merupakan pejabat kepada pemandu bot. Manakala bot berwarna kuning itu digunakan untuk aktiviti memancing.


Pemandangan jeti yang indah hasil kesan pantulan air tasik yang sebenarnya berwarna hitam. Air paya gambut yang kehitaman seperti air kopi memberi ilusi optik pada permukaannya. Terfikir bagaimana pemaju boleh memilih kawasan tanah gambut untuk membangunkan sebuah bandar yang moden. Usahasama pemaju bersama Perhilitan sangatlah dihargai. Ini dapat mengekalkan keindahan alam semulajadi disamping menjadi tarikan pelancongan yang lebih rancak.

Penghargaan kepada Pemandu Pelancong dan pemandu pacuan empat roda Safari yang sangat mesra dan sentiasa memastikan tetamunya sentiasa seronok sepanjang perjalanan.

73, Jojet de 9w2dya

Belon KLIA hilang


 Belon KLIA malam ini telah hilang tanpa dapat dikesan. Radiosond 2302104418 hanya dapat dikesan hingga jam 20:57 malam sahaja. Altitud ketinggian terakhir mencapai 18,470m serta ketinggian maksimum 25,137m. Ini menandakan belon KLIA telah pecah awal di ruang udara Banting. Ini berkemungkinan telah kehilangan kuasa untuk memancarkan isyarat.


Merujuk kepada laman sesawang sondehub ia dijangkakan akan mendarat ke Selat Melaka. Kebiasaannya jika pecah awal, pasti ia mendarat berhampiran kawasan detik belon telah pecah. Ketika ia pecah berada di kawasan daratan. Sudah pasti jangkaan jatuh di kawasan situ juga.

Ramai pemburu kawasan central telah menjangkakan belon KLIA malam ini akan pecah awal. Berdasarkan pengalaman, ia dipengaruhi cuaca yang buruk telah berlaku pada sebelah siang dan lewat petang. Memandangkan seluruh kawasan mengalami hujan yang lebat sepanjang awal petang hingga lewat senja. Akhirnya telahan itu benar setelah ia pecah pada altitud ketinggian 25,137m.

Sayangnya ia padam selepas altitud ketinggian 18,470m sahaja. Punah harapan Tim SAR Central untuk memburu belon KLIA malam ini. Peralihan pertukaran angin monsun telah bermula. Pemantauan terus dilakukan apabila perubahan angin monsun berubah sepenuhnya. Monsun Timur Laut memberi harapan tinggi kerana belon pasti akan jatuh ke darat semula.

Selamat memburu oppa!

73, Jojet de 9w2dya

Satu kereta ke Ulu Jempol, Jengka

credit 9W2DCW

 Petang semalam misi pencarian belon Kuantan di Ulu Jempol dihadiri dengan menggunakan satu jelopi. Jelopi Pak Abu 9W2STN berjaya ke tempat kejadian bersama Fitri 9W2FVC, Pak Wahid 9W2EHI dan Swl Aini. Jatuh jam 9:21 pagi di koordinat 3.73844 darjah Utara dan 102.61039 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 323m dan ketinggian maksimum 29,657m.

credit 9M2ZAK

Lokasi kejadian telah dipinkan oleh Zak 9M2ZAK. Ramalan turut dipinkan kemungkinan peranti radiosond 2302103064 boleh ditemui. Lokasi kejadian berdekatan dengan jalan Ulu Jempol. Jadi mudahlah ia diakses lebih lagi dengan pacuan empat roda.

credit 9W2FVC

Anggota SAR belon Kuantan bersedia melancarkan misi ke Ulu Jempol. Tindakan bijak mempelawa Pak Abu 9W2STN dan Pak Wahid 9W2EHI memudahkan misi pencarian. Pergi beramai lebih selamat berbanding secara solo. Kemungkinan kengkangan masa di saltmine, pasti rakan sukar untuk menyertai sebarang misi. Oleh kerana ada kelapangan pasti akan mengikuti pencarian bagi menambahkan koleksi oppa.


Bukti payload 2302103064 masih lagi aktif. Kali ini peranti oppa tergantung dari pelepah sawit.


Perlu kemahiran untuk mengambil payload yang tersangkut ini. Untungnya jika belon turut jatuh di atas tanah di sebelah sana, pasti boleh diturunkan jika tiada halangan. Jika tergantung sepenuhnya, perlulah menggunakan peralatan tambahan untuk mengaitnya.

credit 9W2FVC

Pengalaman penulis sendiri pelbagai cara untuk menurunkan payload yang tergantung. Ada team SAR lain membawa batang kayu cat yang boleh dilaraskan untuk dijadikan galah. Cara ini sudah pasti dapat menurunkan peranti yang tergantung. Penulis tidak menjangkan ia tersangkut menggunakan apa yang ada disekeliling bagi mencapai matlamat.

credit 9W2FVC

Pemeriksaan data peranti WxR-301D bagi memastikan nombor siri adalah sama dengan data sondehub. Setelah sama, maka sahlah belon yang dikejar adalah tepat dan betul.

credit 9W2FVC

Buku catatan nota kecil sentiasa direkodkan oleh Fitri setiap kali payload dijumpai. Kali ini tercatat bersama stesen 9W2STN, 9W2EHI dan seorang Swl.

credit 9W2FVC

Pak Wahid 9W2EHI berjaya menjejak radiosond 2302103064.

credit 9W2FVC

Wajah keceriaan Pak Wahid 9W2EHI bersama Swl Aini berjaya menemui belon Kuantan di Ulu Jempol. Lesen oppa pertama bagi keduanya.

credit 9W2FVC

Kerjasama berpasukan yang mantap pasti membawa kejayaan. Pak Abu 9W2STN menggenggam payload menandakan berjaya mendapat lesen oppa.

credit 9W2FVC
Pada misi kali ini, radiosond 2302103064 telah berjaya ditemui pada jarak 24.7m bagi altitud ketinggian terakhir 323m. Tahniah kepada semua yang berjaya menjumpainya pada petang semalam (19/9/23).

Selamat memburu oppa!

73, Jojet de 9w2dya

Misi di Jengka 15 bersama tetamu yang tidak diundang

credit 9W2XOR

 Belon Kuantan pagi tadi telah jatuh di Jengka 15. Jam 1.30 tengah hari Fitri telah menghampiri lokasi kejadian. Radiosond 2302103071 jatuh jam 9:43 pagi. Koordinat 3.69152 darjah Utara dan 102.54921 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 280m dan ketinggian maksimum 28,225m.

credit 9W2FVC

Suasana lokasi kejadian ladang kelapa sawit yang sangat bersih dan berkemas. Keadaan sebgini memudahkan pencarian kerana saujana mata memandang. Boleh bergerak dengan mudah serta jarak penglihatan lebih jauh lagi boleh dilihat.

credit 9W2FVC

Radiosond 2302103071 akhirnya dalam genggaman Fitri 9W2FVC.

credit 9W2FVC

Peranti oppa masih menyala. Baterinya tahan hingga menghampiri 12 jam lamanya. Jarak titik akhir ke paranti adalah 48m bagi altitud ketinggian terakhir 280m.

credit 9W2FVC

Jarak seterusnya adalah 50.9m telah direkodkan.


Video di atas memaparkan tetamu yang ada semasa misi ini berjalan.



Video memaparkan sewaktu Fitri 9W2FVC berjaya menemui radiosond. Isyarat masih lagi aktif membukti belon sudah menghampiri untuk dijumpai. Tahniah! Fitri 9W2FVC secara solo berjaya menemui radiosond walaupun disapa oleh tetamu yang tidak diundang itu. Itulah antara cabaran pemburu belon berhadapan dengan sesuatu yang di luar jangka. Jangan panik dan bertenang seperti yang ditunjukkan oleh Fitri 9W2FVC harus dicontohi.

Selamat memburu oppa

73, Jojet de 9w2dya

Pak Yus Bera 9M2EVR berjaya dapat lesen oppa

credit 9M2ZAK

 Pada hari Khamis 14 Sepetember 2023, belon Kuantan telah jatuh berhampiran Jalan nombor 62 Bukit Tajau-Bandar Pusat Jengka. Radiosond 2302103050 telah jatuh jam 9:33 pagi di koordinat 3.66323 darjah Utara dan 102.62092 darjah Timur. Altitud ketinggiann terakhir 238m dan ketinggian maksimum 29,898m. Frekuensi belon Kuantan yang dicerap 401.4970 MHz.

credit 9W2FVC
Fitri 9W2FVC berpakat bersama Pak Yus Bera 9M2EVR untuk melancarkan misi pencarian belon bersama. Cara ini lebih mudah dan selamat serta menyeronokkan apabila berteman berbanding solo.

credit 9W2FVC

Pak Yus Bera 9M2EVR berjaya menemui belon dan peranti bersama Fitri 9W2FVC. Untungnya belon pagi itu, jatuh berhampiran jalan utama. Pasti rugi yang amat jika tidak datang mengutipnya. Jadi Pak Yus datang dari Bera sanggup untuk turun mencari peranti radiosond oppa yang pertamanya.

credit 9W2FVC

Peranti radiosond WxR-301D bersama telefon pintar menunjukkan jarum kompas digital berwarna hijau 17.5m bagi altitud 238m. GPS waypoint finder sangat membantu bagi mengesan sesuatu kedudukan dengan tepat. Tahniah! akhirnya Pak Yus Bera 9M2EVR berjaya mendapatkan lesen oppa dengan kerjasama Fitri 9W2FVC.

credit 9W2PRX

Semalam juga, belon Kuantan telah jatuh ke darat bagi tiga hari berturut. Sememang monsun barat daya membawa tuah kepada pemburu belon Kuantan kerana ia sering ke darat. Radiosond 2302105373 jatuh di koordinat 3.6392 darjah Utara dan 102.6937 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 424m dan ketinggian maksimum 27,988m.

credit 9W2FVC
Label segala maklumat radiosonde dilekatkan label dibahagian bawah peranti. Ternyata sahlah bahawa belon Kuantan 2302105373 berada dalam genggaman Fitri 9W2FVC. Nombor siri pada peranti seharusnya sama dengan data yang terdapat pada laman sesawang sondehub.

credit 9W2FVC

Fitri 9W2FVC pemegang rekod terbanyak telah berjaya menjumpai radiosonde oppa setakat ini. Tahniah kepada beliau serta  Swl Nor berjaya menemui di Kuala Sentul dekat Jengka 5.

Selamat memburu oppa!

73, Jojet de 9w2dya


Mark Jessop VK5QI berjaya pecah kebuntuan.

credit 9M2CEI

 Akhirnya Mark Jessop VK5QI telah berjaya memecah kebuntuan menyelesaikan masalah kemunculan belon secara dalam talian di laman sesawang sondehub.

credit 9M2CEI

Radiosonde WxR-301D 2302103061 telah muncul julung kalinya model ini di laman sesawang sondehub. Telah muncul di base station beliau di Australia.

credit 9W2XOR

Terpampang tangkap layar menunjukkan pada jam 11:43 WxR-301D telah diaktifkan dan diuji. Muncul juga ketika itu model RS41-SG U2820389.

credit 9M2ZAK

Setelah mendapat perkhabaran gembira itu, semua pemburu belon mengaktifkan auto_rx bagi menguji keberkesanannya. Ternyata belon appa ini telah muncul di laman sesawang sondehub. Belon Kuantan yang pasti jatuh darat semalam, telah dapat dikesan di laman sesawang tersebut. WxR-3101D 2302103060 merupakan belon pertama muncul di Malaysia dalam laman sesawang tersebut.

credit 9M2ZAK

Kemudian Arul 9W2OCX turut mengaktifkan peranti oppa dalam simpanannya di Puchong. Ternyata belon oppa telah muncul secara langsung di laman sesawang sonehub. Mudahlah pemantauan dibuat oleh sesiapa sahaja. Kita dapat tahu belon sudah pecah atau belom ? Adakah belon sudah mendarat atau belum? Segala persoalan terjawab dengan hanya memantau atau monitor di laman sesawang sondehub. Lebih menarik lagi memantau bersama radio berdasarkan frekuensi belon tersebut.

credit 9W2FVC

Jam 3:39 petang Fitri 9W2FVC bersama harmonis telah bergerak ke lokasi kejadian belon Kuantan dijangka mendarat.

credit 9W2FVC

Keluarga pemburu belon yang paling aktif Fitri 9W2FVC bersama dua orang harmonic jarak 1.6km lagi dari jalan masuk.

credit 9W2FVC

Akhirnya keluarga 9W2FVC berjaya menemui belon Kuantan radiosonde 2302103080.

credit 9W2FVC

Hasil pencarian dikumpulkan sebagai bukti kejayaan menemui belon Kuantan pagi itu. Sisa baki belon berjaya dijumpai bersama. Kejayaan mencari tanpa raspi mencari koordinat yang terkini. Menggunakan pengalaman yang ada berdasarkan koordinat terakhir sahaja berjaya menjumpainya.

credit 9W2FVC

Koordinat yang dijumpai beza jarak 7.1m adalah sangat tepat pencariannya.


Jam 17:48 Fitri 9W2FVC berjaya melaporkan kejayaan menjumpai radiosonde 2302103080. Belon oppa ke-12 berjaya dijumpai bersama Swl Mas dan Swl Hakim. Tahniah kepada keluarga pemburu belon yang paling berjaya menyempurnakan misi.

credit 9W2FVC
Keluarga pemburu belon oppa berjaya keluar dari kawasan selamat dari Jengka 2 keluar ke Jengka 4. Tahniah!

Selamat memburu belon oppa.

73, Jojet de 9w2dya


Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...