Hujung minggu menyaksikan haiwan ternakan.


 Lenggeng terletak berhampiran Beranang merupakan destinasi pelacongan agro yang sesuai untuk bercuti pada hujung minggu. Kawasan persekitaran yang hijau dihiasi kebun-kebun yang berbukit-bukau manyajikan pemandangan indah.


Memandu dari Semenyih melalui Persiaran Tasik Senangin 1 terus belok ke kanan memasuki Jalan nombor N34 iaitu Jalan Broga. Kemudian hala ke Lenggeng dalam beberapa meter selepas itu belok ke kanan. Ada papan tanda Rabbit Fun Land sebagai petunjuk ke tempat menarik tersebut. Terus parkir kereta di hadapan pintu masuk terletaknya kaunter jualan tiket.


Harga tiket masuk adalah RM12 serta harga bungkusan makanan haiwan RM5 terdiri potong lobak merah, jagung dan makanan ikan. Rabbit Fun Land dibuka setioa hujung minggu serta Cuti Kelepasan Am sahaja. Buka dari jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang.



Dua ekor rusa menyambut kedatangan kami berhampiran pintu masuk. Harmonic dengan perasaan tidak sabar terus ke kurungan rusa untuk memberi makan lobak merah. Haiwan-haiwan kelihatan sangat jinak. Ia pasti menghampiri bagi mendapatkan huluran makanan oleh pengunjung.


Seterusnya kami bergerak ke hadapan yang telah wujud pelbagaikemudahan aktiviti cabaran. Berhampirannya terdapat kurungan anak-anak kambing yang jinak.


Bertentangan dengan kurungan kambing terdapat pula kurungan tikus belanda yang sangat jinak. Hulur makanan pasti ia mendekati dan makan. Aksi kejar-mengejar turut menghiburkan hati melihat gelagat tersebut.


Dua ekor rusa bebas berkeliaran meminta makanan. Ia tahu bungkusan yang dipegang mempunyai makanan. Sanggup datang menghampiri pengunjung meminta sedikit makanan. Belakangnya itu merupakan kawasan kurungan arnab. Ada ketikanya rusa ini masuk ke kawasan arnab tersebut untuk mencari makan di situ. Habis semua rnab cabut lari. Nasib baik tidak terlepas dari kawasan kurungan tersebut.


Sebelah arnab merupakan kandang seladang. Duduk keletihan menanti makanan. Semua haiwan diberi makan mengikut jadual yang telah ditetapkan pihak pengurusan.


Kandang unta pula bersebelahan dengan Seladang. Bergerak ke sana ke mari menghilangkan kebosanan. Ia tidak hairan kehadiran pengunjung untuk meminta makanan.


Rusa axis yang berbintik turut menarik perhatian selain rusa biasa yang dilihat. Ia mempunyai tanduk yang cantik.


Menanti dengan penuh kesabaran untuk dihulurkan lobak. Berlainan spesies bersebelahan kandang. Rusa sangat mesra menghampiri kandang untuk disuapkan ke dalam mulut.


Sebahagian lagi kawasan Rabbit Fun Land yang mempunyai pelbagi jenis haiwan. Burung unta, rusa, angsa, itik, keldai serta kuda berada di persekitaran kawasan ini.


Seekor rusa datang meminta makanan berhampiran kolam ikan kap. Sebelahnya terdapat kolam ikan keli pula. Ikan keli berebut-rebut semasa makanan ikan dicampakkan ke dalam kolam tersebut. Tidak pula bagi ikan koi, makanan ikan banyak terapung di permukaan kolam.


Sekawan rusa yang jinak sedang meragut rumput berseblahan kolam ikan. Hujung belakang merupakan kandang keldai, kuda dan rusa. Habis daun-daun pokok dikerjakan sekumpulan rusa ini.


Seekor kuda yang jinak suka diusap kepala. Ketika menghampiri kandang kuda tersebut, ia datang menyua kepala. Harmonic turut berjaya menyentuh kepala kuda tersebut. Sentuhan seperti ini memberi keyakinan bahawa haiwan tersebut jinak dan mudah didekati. Elok untuk membina keyakinan diri dengan hubungan haiwan yang jinak. Ini juga merupakan satu terapi yang biasa digunakan kepada kanak-kanak yang istimewa. 


Harmonicku sangat minat pada dunia haiwan. Ini secara tidak langsung dapat memberi pengalaman sebenar selain belajar di bilik darjah. Pengalaman sebegini membantu ia memahami sesuatu perkara terutamanya sains dan kehidupan. Kemudian, kami mencari lokasi seterusnya. Ini kerana harmonicku masih belum puas hati untuk meneroka dunia haiwan dan alam sekeliling.


Perjalanan diteruskan menghala ke arah Broga. Pemanduan berhati-hati agar dengan harapan ada lagi tempat menarik boleh dikunjungi. Beberapa minit pemanduan selepas Pekan Ulu Beranang terpandang satu papan tanda disebelah kanan. Terpampang beberapa wajah haiwan. Apa lagi? berpatah balik semula masuk ke simpang tersebut. Terpampang Hill Top Eco Deer Ranch.


Mengikut laluan sehala yang agak mendaki hingga terus ke dewan makan. Masuk ke kaunter serta membuat pembayaran. Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM12 serta kanak-kanak adalah RM8. Sebungkus plastik lobak merah RM5 juga. Yaka Campsite turut terletak di sini. Boleh menghubungi nombor dalam gambar di atas. Kelihatan banyak khemah telah didirikan di atas tapak perkhemahan  atas bukit.


Terpaksa turun ke bawah menggunakan tangga dari dewan makan tersebut. Pokok jagung telah berbuah berada di sebelah kiri ketika memulakan langkah turun. Harmonic sangat gembira melihat jagung yang masih berada di pokok. Kawasan kebun buah-buahan telah ditukar menjadi tempat agro-pelancongan yang berpotensi.


Tiba di bawah terus ke bangunan berbumbung tinggi. Terdapat kurungan arnab-arnab untuk diberi makan dan bermain. Arnab-arnab yang jinak itu terus menerpa meminta makanan berupa lobak yang dibeli tadi.


Terdapat juga sekumpulan burung Merak turut dibela. Berkejar-kejar ketika hirisan lobak dicampak ke dalam kurungan tersebut. Sayangnya tidak dapat melihat burung itu kembangkan bulu yang cantik itu. Nasib baik pernah melihatnya di Taman Burung Kuala Lumpur yang begitu banyak burung merak bergerak bebas.



Salah satu Rakun yang tidak duduk diam bergerak berpusing-pusing dalam kurungan tersebut. Seekor lagi pada kurungan yang lain duduk diam sahaja.


Bersebelahan kurungan rakun merupakan tempat arnab dewasa pula. Arnab di sini lebih aktif berbanding yang awal tadi. Banyak lobak jatuh di atas lantai tidak diusik. Ketika menyuap dimulut barulah hendak makan bersuap.


Sebelah kurungan arnab merupakan kurungan rusa. Sebelah arnab juga terdapat kurungan ayam itik serta angsa. Kali ini, di Hill Top Eco Deer Ranch ini dapat mendengar bunyi rusa yang agak kuat. Pernah juga ke Taman Botani Negara yang terdapat rusa. Tiadalah kedengaran bunyi yang kerap dan kuat seperti di sini.


Reban angsa dan itik pasti bising meminta makanan. Berebut-rebut setiap kali lobak dibaling ke dalam. Ketika perebutan ada yang marah pada angsa yang lain kerana makanannya berjaya dirampas rakannya. Bunyi yang tidak berhenti selagi makanan tidak diperolehi


Sebelah reban angsa , adalah kurungan Meerkat. Turut berebut-rebut ketika lobak dihulurkan. Bunyi yang keluar dari mulutnya agak bising ketika mengambil makanan. Kelihatan hanya ada tiga ekor Meerkat dikurungan ini.


Kemudian bergerak ke kandang kambing mengikut anak panah. Ketika melalui setiap kandang, kepala terjojol keluar meminta makanan. Kebetulan rumput makanan kambing ada ditanam di tepi kandang tersebut. Mematahkan beberapa batang rumput tersebut untuk diberi makan. Ada peristiwa lucu ketika harmonic memberi rumput itu. Salah satu kandang terdapat seekor anak kambing yang agak besar. Ia berjaya keluar dan mengikut harmonic untuk mendapatkan rumput lagi. Harmonicpun lari ke bawah dan anak kambing tersebut mengikut hingga ke pintu sahaja. Ia memandang kami dari jauh dengan harapan ada makanan lagi untuk diberi.


Sebelah kandang kambing merupakan kandang lembu pula. Ada lembu tenusu juga seperti Farm Fresh di Serdang. Tapi terdapat seekor sahaja lembu tersebut.


Akhir sekali sebelah kandang lembu merupakan tempat peliharaan arnab. Ibu arnab bersama anak-anak yang masih kecil dijaga di kawasan ini. Sama seperti di Rabbit Fun land, arnab diternak untuk tujuan komersial juga.

Percutian singkat ini dapat merangsang minda dan pemikiran anak terhadap haiwan peliharaan dan alam persekitaran. Ia turut menyemai rasa kasih sayang terhadap haiwan serta belas kasihan.

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Radiosonde RS41-SGP T4040282 di Selat Melaka

  Ahad pagi semalam radiosonde RS41-SGP T4040282 telah muncul di Selat Melaka. Kemungkinan dilepaskan dari Lumut oleh pihak berkuasa keselam...