Belon Ozon pertama dijumpai


 Semalam buat kali keduanya belon ozon KLIA dapat dikesan pada bulan ini. Julung kalinya juga ia telah jatuh ke darat. Namun, tiada siapa yang empat mencarinya semalam. Pagi ini ia berjaya ditemui oleh Yatt 9W2MFE di ladang kelapa sawit dekat Labohan Dagang.

Credit 9W2MFE
Besar gedabak kotak polisterina yang dipegang oleh Yatt 9W2MFE.

Credit 9W2MFE
Kelihatan belon agak besar bagi menampung payload. Terdapat payung terjun di atasnya.

Credit 9W2MFE
Payung terjun kekal tersangkut pada pelepah kelapa sawit diikuti di bawah adalah belon. Payload terakhir sekali di bawah mencari data kaji cuaca.
Credit 9W2MFE
Kotak putih mencecah tanah terduduk elok.

Credit 9W2MFE
Hasil pukat Yatt 9W2MFE pada pagi itu.

Credit 9W2MFE

Jarak jumpa 49.7m dari titik akhir altitud 151m. Altitud ketinggian maksimum belon ozon ini adalah 35,804m. Koordinat belon ozon 2.777565 darjah Utara dan 101.601013 darjah Timur.

73, Jojet de 9w2dya

Pergi kutip sahaja


Pagi hari minggu ada kelapangan seperti biasa melancarkan misi pencarian belon Klia. Belon malam tadi jatuh di Olak Lempit. Radiosonde D22028062 jatuh jam 21:09 malam bertarikh 25 Februari 2023. Jatuh menghala ke rumah di atas kawasan kebun kelapa sawit. Altitud ketinggian terakhir 65m serta ketinggian maksimum 25,240m.


























Hampir mengalah


Belon KLIA pagi tadi berjaya dijumpai di ladang kelapa sawit tanam semula di jalan tempat buang sampah Tanjung 12. Ini merupakan lokasi yang kedua berhampiran berjaya menemui belon.


Perlu berjalan kaki untuk ke kawasan pendaratan belon memandangkan jalan masuk kurang berkeyakinan tinggi untuk dimasuki dengan jelopi. Sebelum ini bersama Arul 9W2OCX mencari dikawasan berdekatan. Ketika itu parit besar sedang dicuci. Jalannya kurang elok dilalui dengan berkereta. Jarak 22.9m merupakan peranti ke titik akhir.


Koordinat hasil cerapan jam Garmin bagi peranti jatuh tertonggeng berdekatan pokok kelapa sawit muda. Isyarat didengari dari kereta diletakkan dipersimpangan jalan masuk. Semakin menghampiri isyarat semakin kuat dan stabil.


Tertonggeng di atas rumput. Antena sensor berada di atas rumput berhampiran batang kayu mati. Terus lihat maklumat paparan daripada Met Malaysia. Jikalau orang lain jumpa maka fahamlah benda ini tidak merbahaya. Kalau hilang ada yang tertanya-tanya dan terus membuangkannya.


Isyarat masih dipancar dengan baik walaupun kedudukan tonggang terbalik. Kuasa pancaran boleh menjangkau jarak yang jauh. Isyarat dapat diterima dengan baik walaupun lebih setengah kilometer. Manakala untuk mengimbas koordinat dengan peranti rdzTTGOsonde, jarak 200m masih boleh dilakukan.





















































Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...