Menara Kuala Lumpur BASE Jump 2023


Semalam berkesempatan membawa harmonic ke Menara Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Nanas. Mercu tanda ikonik Kuala Lumpur ini turut menjadi tumpuan penerjun bebas dalam dan luar negara selama tiga hari di sini.


Acara menjadi tumpuan penerjun bebas selepas pandemik Covid-19 pastilah KL Tower BASE Jump 2023. Berlangsung tiga hari bermula Jumaat 3 Februari hingga ahad 5 Februari 2023. Lebih 140 orang penerjun dalam dan luar negara mengambil bahagian. Aktiviti tahunan ini pasti ditunggu-tunggu setiap penerjun selepas tidak diadakan akibat pandemik Covid-19.

 

Penerjun bermula di Sky Deck dengan lebih 300m ketinggian hingga ke tanah. Pelbagai aksi dapat dipertontonkan kepada pengunjung yang berkunjung di Menara Kuala lumpur ini.


Saat yang mendebarkan ketika payung terjun terbuka. Secepat kilat selepas beberapa saat mereka berlepas payung terjun perlu dibuka. Ketika itu juga, bunyi payung mengembang boleh didengari oleh pengunjung di bawah.


Dua kawasan pendaratan disediakan penganjur. Ketika tiba ke Menara Kuala Lumpur kelihatan jentera bomba mengait payung terjun yang tersangkut pada pokok dipinggir jalan.


Pendaratan dihadapan Menara Kuala Lumpur menjadi tumpuan pengunjung. Ini kerana ia lebih dekat untuk melihat aksi penerjun mendarat.

Lagi satu dikawasan lapang berdekatan stesen kajicuaca. Penerjun berbaju kelawar memilih kawasan ini berbanding di hadapan menara. Ini kerana di kawasaan lapang lebih  jauh ke bawah membolehkan masa yang diambil lebih lama untuk membuka payung terjun.


Dua penerjun berjaya mengmbangkan payung terjun dan meluncur turun. Awan agak tebal namun  keadaan angin sangat baik membenarkan aktiviti ini berjalan lancar.


Salah satu penerjun semakin menghampiri ke tanah untuk mendarat. Bentuk payung terjun untuk BASE sangat pendek  memudahkan ia mengembang dengan cepat. Berbeza dengan aktiviti paragliding yang lebih memanjang kiri dan kanan payungnya.


Mendarat dihadapan Menara Kuala Lumpur yang penuh dengan aktiviti menyambut ketibaan penerjun ini. Pancaragam memainkan lagu yang rancak menggambar suasana kemeriahan aktiviti peringkat antarabangsa ini.


Tiga penerjun terbang bebas di udara mengikut giliran bagi mendarat. Berpusing-pusinga mengawal payung bagi mencari lokasi pendaratan yang sempurna. Mereka ada sangat profesional dan berkemahiran tinggi serta berpengalaman. Penting bagi melayakkan mereka melakukan aktiviti perjunan bebas BASE.


Pasukan keselamatan seperti Polis, Bomba dan Pertahanan Awam bertugas memastikan keselamatan semua pihak terjamin.


Mereka melompat dari pelantar berpasangan atau bertiga. Melihat mereka melompat sangat menakutkan seumpama badan jatuh terhempas dengan lajunya. Setelah payung dibuka badan terhoyang-hayang dengan sangat pantas. Kembang sahaja payung, penerjunpun mula mengawal pergerakan dengan baik hingga mencecah tanah.


Peluang yang jarang diperolehi ini diabadikan kenangan dengan mengambil gambar atau video. Bukan mudah diperolehi peluang seperti ini. Hanya apabila penganjuran diadakan barulah penerjun ini dibenarkan melakukan pelbagai aksi.


Pelbagai warna payung terjun turut menarik perhatian pengunjung. Selesai sahaja mendarat, penerjun mengendong payungnya ke ruang bawah kawasan pendaratan bagi melipat payung masing-masing.


Dua penerjun baru hanya terjun dari pelantar. Tangan dan kaki dikembangkan turun dengan pantas sebelum payung dibuka. Lambat sesaat boleh mendatangkan risiko maut. Namun, mereka sangat berpengalaman tinggi dan cekap untuk aktiviti ini. Hati kental dan sangat berani ciri-ciri yang perlu ada setiap penerjun.


Payung yang kembang dengan baik melegakan jiwa menandakan akan selamat turun ke bawah. Pengajuran sukan ekstrim ini sangat baik bagi mempromosikan negara kepada para pelancong.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...