Berjaya recover tiga radiosonde daripada enam misi


 Hari ini berjaya recover tiga unit radiosonde daripada enam misi yang dilancarkan. Agak lewat bergerak ke Banting pada hari ini. Cuaca sebelah pagi tadi hujan. Selepas zohor dan makan tengah hari barulah meneruskan pemanduan ke arah Banting melalui Dengkil.

Kemudian tiba di persimpangan Bandar Mahkota terus menuju Taman Angkasa. Radiosonde D22028508 telah jatuh 6 Februari 2023. Tiba sahaj meletakkan kereta di kawasan pendaratan. Lebih kurang 11.3m ke arah titik akhir. Melihat pada atap rumah tiada sebarang tanda. Tuan rumah keluar dan menujukkan satu unit contoh peranti. Beliau meminta nombor telefon untuk memudahkan perhubungan jikalau telah menjumpainya.

Berdasarkan tangkap layar di atas belon datang dari arah belakang rumahnya. Kemungkinan belon yang jatuh sebelah malam itu, telah diambil jirannya keesokkan harinya ketika keluar mencari rezeki. Mungkin ia jatuh di jalan hadapan rumah tersebut.


Kemudian terus memandu ke Prosper Resort di Morib melalui jalan Tali Air. Belon malam tadi telah jatuh diatas resort ini. Terus masuk ke padang seperti tangkap layar di atas. Jangkaanku pasti pekerja telah mengutip lalu membuangnya. Mencari-cari kawasan sekitar resort, namun tidak dapat melihat sebarang tanda.



No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...