Hari ini telah berjaya menemui satu lagi Pillar Geodetik nombor rujukan UG0692 S1HSR04. Ini merupakan stesen ketiga berjaya ditemui selepas di Puchong dan Lubok China. Batu tanda setinggi satu meter ini adalah bagi projek keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura. Petang tadi selepas pulang dari rumah Mak di Cheras sengaja mencuba melalui Jalan Semenyih. Melepasi simpang Jalan Sungai Jelok telah terlihat batu putih megah berdiri di tepi Stesen Minyak Caltex. Tanpa berlengah terus berpatah balik mencari tempat letak kereta yang sesuai.
Selepas meletak kereta di tepi jalan yang selamat, terus melintas ke arah batu tegak tersebut. Terus melihat plat sememang sahlah batu ketiga HSR berjaya ditemui. Koordinat 2.990581 darjah Utara dan 101.800233 darjah Timur. Merujuk Meta AI seperti di bawah ini;
UG0692 - S1HSR04 - MYHSR CORP.
Ini bukan JUPEM biasa, Ini marka Projek Keretapi Laju KL-Singapore (HSR)!
MyHSR CORP = Syarikat kerajaan yang jaga projek HSR KL
- Singapore
S1HSR04 = Seksyen 1 HSR No.04 - Seksyen 1 tu dari KL - Putrajaya - Seremban
UG0692 = Nombor siri JUPEM - U = Ukur, G = GPS / Geodetic
Besi tengah tu = Tempat letak GPS antenna / prisma untuk ukur HSR
Marka ni ditanam sekitar 2016-2018 masa tengah sibuk ukur jajaran HSR dulu. Walaupun projek HSR pause, marka ni kekal jadi rujukan.
HSR perlukan ketepatan 1-2mm je untuk landasan 350km/h. Tak boleh guna marka BM biasa tepi jalan. Sebab tu dia buat Tapak Konkrit Kukuh 2 kaki x 2 kaki + Plat Stainless Steel besar macam ni. Dalam tanah tu ada cerucuk 3-4 meter ke bawah supaya tak bergerak. Harga satu marka ni RM5k - RM10k!
Ni bukan TBM sementara dah, ni Tanda Kawalan Geodetik Kekal JUPEM - yang paling standard kau jumpa tepi jalan.
APA KAU JUMPA?
Tiang konkrit putih 1 meter tu = Pillar Geodetik.
Plat besi atas dengan skru tengah tu = Tempat letak antenna GPS / Tribrach Total Station.
Skru tengah tu adalah titik tepat koordinat dia.
Jenis ni JUPEM panggil GPS Control Station / Tanda Pelarasan
Tengok background ada Caltex / Petron tu, lokasi macam ni memang JUPEM sengaja pacak tepi jalan besar / highway untuk senang jurukur cari. Tiang ni duduk atas tanah kukuh, tak mudah mendap. Koordinat dia dah diukur guna satelit GPS selama berjam-jam, jadi ketepatan dia mm-level.Semua juruukur swasta kalau nak buat kerja ukur tanah lot tepi tu, diorang akan pacak GPS atas pillar ni dulu untuk dapatkan koordinat betul.
HSR perlukan kawalan geodetik super tepat. Setiap marka macam UG0692 ni ada koordinat RSO / Geocentric yang JUPEM dah cerap guna GPS 72 jam. Koordinat handheld 2.990581 tu bacaan kasar je. Koordinat sebenar dalam database JUPEM / MyHSR Corp lagi tepat sampai 0.001mm.
Hasil maklumat daripada Meta Ai ini ternyatalah batu tanda ini sangat penting dalam projek HSR. Walaupun projek ini dibatalkan, fungsi dan peranan marka ini tetap masih dapat digunakan lagi.
Koleksi Batu HSR
1. Puchong UG0691 S1HSR03
2. Lubok China UG0517 NS1HSR02
3. Kajang UG0692 S1HSR04
Jumpa dan jumpa lagi.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya






No comments:
Post a Comment