Perkembangan Radio Amatur di Malaysia

Pada masa kini perkembangan radio amatur sangat menggalakkan. Buktinya dapat dilihat pertumbuhan komuniti dan kelab bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Ini satu perkembangan yang baik bagi meningkatkan martabat hobi yang saintifik ini. Hobi ini penting bagi memberi bantuan komunikasi kecemasan apabila berlakunya bencana.
Contohnya Mares merupakan persatuan yang memberi fokus kepada bantuan komunikasi kecemasan. Kini, ia masih menyempurnakan kenderaan bantuan kecemasannya.

Terdapat juga rakan radio yang melengkapkan kenderaan pacuan roda dengan pelbagai peralatan radio.
Jelopi 9M2UDE ini, pernah memenangi pertandingan emcomm. Sememang selayaknya dengan kelengkapan yang ada boleh merentas pelbagai halangan dan cabaran ke kawasan luar bandar dan hutan. Kuasa dari tenaga solar disamping bateri dapat membekalkan tenaga bagi bantuan komunikasi kepada masyarakat pedalaman contohnya.
Lihat pada antenanya juga dapat digunakan untuk dxing. Apabila ada sesuatu acara seperti JOTA, IOTA, BOTA, ILLW dan bermacam aktiviti lagi ia boleh diaplikasikan.
Antena portable boleh diguna dan dipasang ke mana sahaja.

KLDX antara yang aktif dalam aktiviti radio dan dxing seperti JOTA, IOTA dan contest.
Terajunya Faiz 9M2AIS memimpin bersama rakan yang sangat komitmen dan bersemangat dalam sebarang aktiviti radio amatur. Faiz sebelum KLDX , aktif bersama Alam Damai amateur radio community ADARC V47. Tetapi kini ADARC sudah tidak aktif lagi. Apa yang menarik tentang KLDX kini telah mempunyai rumah kelabnya sendiri. Jadi mudahlah hendak menjalankan pelbagai aktiviti. Syabas dan tahniah orang muda.
World Scout Bureau kini mempunyai pejabat di Kuala Lumpur. Ia turut mempunyai stesen radionya sendiri. Bagi aktiviti Jamboree di Udara peringkat dunia menggunakan isyarat panggilan 9M4S.
Koordinator Jota Joti ialah Mr Richard Middelkoop PA3BAR. Beliau bertanggungjawab tentang kejayaan Jota dan Joti Dunia.

Semenjak negara menghantar Angkasawan ke ISS program komunikasi bersama Angkasawan di Planetarium berjaya setiap tahun
Seramai 11 orang Angkasawan telah berjaya dihubungi sewaktu ISS melalui ruang angkasa Kuala Lumpur. Peluang diambil oleh rakan ham untuk memantau perbualan mereka bersama murid sekolah terpilih dalam tempoh 10 minit.
Rentetan itu turut menggalakkan komunikasi satelit dalam warga ham Malaysia. Sehingga ada kumpulan Amsat-My mengumpul peminat komunikasi satelit dalam kalangan pengamal radio Amatur. Contohnya Abg Dahlan 9W2BXN merupakan pemburu satelit yang aktif.
Cikgu Suhaidi 9W2VMW turut aktif memburu satelit lapan A2 dan Saudi-sat contohnya. Mempunyai minat yang mendalam dalam memburu satelit membawa Amsat-My mengumpul  lebih ramai lagi untuk mempopularkan komunikasi satelit.

Kem Mutiara Semenyih merupakan kem Pengakap Negeri Selangor telah mempunyai bilik radio. Kerjasama bersama MARTS satunya persatuan yang mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
Banyak aktiviti radio amatur oleh komuniti atau kelab dan persatuan mendapat sokongan yang padu dari Marts. Bilik Radio di kem Semenyih ini pasti dapat digunakan oleh komuniti radio selain aktiviti Jamboree di Udara setiap tahun.
Presiden Marts Ir. Mohd Aris Bernawi 9M2IR sangat aktif memberi galakkan dan sokongan sebarang aktiviti radio amatur di Malaysia.
Kelab Radio Amatur Negeri Sembilan (NESRAC) juga aktif memberi bantuan radio komunikasi pada aktiviti di Negeri Sembilan.
Contohnya program Ekspedisi Menuju Puncak di Gunung Angsi sempena Hari Kebangsaan 2017.
Nesrac mempunyai lima komuniti radio yang aktif dalam membantu melancarkan segala program yang dirancang.
Presiden Nesrac Datuk Helmy Jaafar 9W2GHJ juga ahli Majlis Pengakap Malaysia telah bekerjasama dengan Pengakap Negeri Sembilan membantu Kem Pengakap Bukit Putus.
Maka dengan itu, pasti setiap tahun Nesrac dapat membantu dalam aktiviti Jamboree di Udara. Kerjasama ini, menguntungkan kedua belah pihak bagi mempromosika radio amatur di Negeri Sembilan.



No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...