Sehingga jam 11:11 malam ini stesen 9W3AAS-2 LoRa APRS sweeper 1 masih lagi aktif. Peranti lora digunakan dalam satu kejohanan berprestij di Tanah Tinggi Cameron. Acara tersebut dinamakan Cameron Ultra 2026 (Cultra). Sudah masuk tahun ke-10 penganjuran sukan larian denai yang lasak ini. Pada tahun ini bolehlah dipantau sepanjang tiga hari penganjuran bermula 17 Julai hingga 19 Julai di Tanah Rata.
Kemungkinan acara kategori Habu30-Day yang bermula jam 5.30 pagi tadi dan akan tamat jam 3.30 petang. Manakala acara kategori Habu30-Night bermula 11 malam ini dan berakhir jam 9 pagi esok hari ahad. Setiap pelari perlu menghabiskan masa tamat 10 jam.
Stesen 9W3AAS-8, pula gateway yang terletak di Habu. Ini memudah setiap stesen dipantau dan mudah dijejak.


No comments:
Post a Comment