Digipeater 9W2DYA-3


 Digipeater 9W2DYA-3 terletak di Kampung Batu 10 Cheras. Tanpa internet tidaklah berfungsi sebagai gateway. Seterusnya stesen ini berjaya mencapai gateway yang boleh dicapai setakat ini adalah 9W2AZD-1 di Ampang Hilir atau Kampung Pandan Dalam. Manakala, satu lagi digipeater di bukit Cincin  Hulu Kali 9M4RDG-3.


Rupanya baru perasan teknologi LoRa ini boleh berfungsi secara standalone tanpa mengharapkan packet dari punca lain seperti gateway dan digipeater yang berhampiran. Stesen yang melalui kawasan berhampiran akan dapat menghantar packet ke digipeater 9W2DYA-3. Buktinya digipeater ini telah berjaya mendengar 10 stesen yang mencapai packet ke digipeater 9W2DYA-3. Walaupun ketika itu tidak muncul di peta aprs, aktiviti menghantar packet terus berjalan dari stesen lain.


Tidak muncul di peta bermaksud ia tidak dapat menghantar packet ke mana-mana Igate mahupun digipeater yang boleh dicapai. Namun, ketika itu stesen mobile yang aktif berjaya menghantar packet terus ke digipeater 9W2DYA-3. dan terus direkodkan dalam senarai penerima packet.


Contohnya kali terakhir stesen ini menghantar packet ke Igate 9W2AZD-1 adalah jam 1:05 pagi. Namun, dua stesen yang berjaya menghantar packet ke 9W2DYA-3 adalah 9W2UXP-6 jam 7:22 pagi dan stesen 9W2ANN-7 jam 6:43 pagi.


Senario ini tidak perasan pula bagi APRS mode VHF 144.390MHz. Sudah bertahun terjebak dengan APRS ini, tidak perasan pula sama ada VHF pun boleh berfungsi seperti ini atau tidak. Kurang daripada pengetahuan yang ada. Hanya yang pakar sahaja yang boleh menjawabnya.

Ternyata kewujudan teknologi LoRa ini telah mengembangkan lagi pertumbuhan pelbagai stesen APRS di Malaysia. Walaupun mode UHF, frekuensi 433.400MHz isyaratnya boleh pergi jauh serta penjejakan yang ditinggalkan di peta sangat cantik dan teratur.

Selamat Memburu!
Jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Digipeater 9W2DYA-3

  Digipeater 9W2DYA-3 terletak di Kampung Batu 10 Cheras. Tanpa internet tidaklah berfungsi sebagai gateway. Seterusnya stesen ini berjaya m...