Stesen 9W2DYA-2 dan 9W2DYA-3 RF Sepenuhnya


 Dua lagi peranti LoRa milik penulis 9W2DYA-2 dan 9W2DYA-3 menggunakan sepenuhnya radio frequency (RF). Kedudukan asal di dalam peta google tidaklah sama. Setelah beberapa kali percubaan dan ujian akhirnya kedua peranti LoRa ini bergantung sepenuhnya gelombang radio. Umpama beberapa Sifu selalu kata "main radio hati kena kental"


Peranti 9W2DYA-2 lokasi di saltmine penulis. Sering kali gagal mendapat packet dari kawasan sekitar. Beberapa kali mencari kedudukan yang menguntungkan namun tetap gagal. Akhirnya letak di rumah mak penulis di Kg Batu 10 Cheras. Antena asal yang kontot itu bagi mendapat seberapa banyak packet telah digunakan.


Manakala, peranti 9W2DYA-3 lokasi di Kg Batu 10 Cheras telah diletakkan di rumah adik. Rumah tersebut berdekatan dengan stesen 9W2AAN-10 di Bandar Mahkota Cheras. Rumah adik tingkat 5 atas sekali memudahkan memberi liputan yang lebih meluas. Walaupun berjiran dengan stesen 9W2AAN-10, sehingga kini tidak pernah mendapat packet darinya. Hanya tracker 9W2AAN-7 berjaya mencapai ke 9W2DYA-3. Sehingga kini tracker 9W2AAN-7 berjaya mendapat 82 packet daripada 9W2DYA-3.

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat memburu!
73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Memerang ada di Oasis Park

  Semalam cuti peristiwa bagi penulis dan Damia. Tarikh 10 Ogos 2026 berkesempatan untuk beriadah di Oasis Park Bandar Puteri Bangi. Ada pen...