9M2AHF menyapa 9W2DYA

 Tengah hari semalam ketika hendak ke saltmine telah disapa oleh stesen  Mohd Zulhelmi 9M2AHF. Ini berlaku semasa memberhentikan jelopi di lampu isyarat simpang lake valley dari Cheras Perdana. Jelopi beliau sebelah kiri membuka tingkap dan terus menyapa. Apa lagi turunkan tingkap juga untuk respons.

Sudah agak beliau pasti rakan ham kerana jelopinya ada antena mobile. Katanya memanggil di V40 145.500MHz. Ketika itu penulis lupa nak QRV di V40 tersebut. Lampu bertukar hijau terus bergerak ke destinasi masing-masing.

Stesen ini Mohd Zulhelmi 9M2AHF macam pernah jumpa sahaja tapi tidak ingat. Lagipun selalu memantau di aprs stesen 9M2AHF-7 selalu juga berlegar-legar di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras ini.

Lagipun pelekat isyarat panggilannya ada ditampal di belakang jelopi. Sebab itulah boleh tahu stesen ini.

Jumpa dan jumpa lagi

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

9M2AHF menyapa 9W2DYA

  Tengah hari semalam ketika hendak ke saltmine telah disapa oleh stesen  Mohd Zulhelmi 9M2AHF. Ini berlaku semasa memberhentikan jelopi di ...