Selepas meneroka Serenity Park, terus mencari taman yang lain pula di Bandar Serenia ini. Ada satu taman kejiranan bersebelahan dengan Ariya. meletak kereta di tepi jalan berdekatan taman tersebut. Tidak perasan laluan masuk tempat kereta di dalam kawasan ini.
Lokasi taman ini senang sahaja. Berada bersebelahan dengan tulisan besar Bandar Serinia @ Sepang yang boleh dilihat di tepi lebuhraya Elite E6/AH2. Ada lambang Sime Darby Property juga berwarna merah itu.
Juga sebelahnya ada lambang Bandar Serenia ini. Sempat lalu hadapan tulisan besar ini bagi meninjau pemandangan. Cuba juga mengambil gambar tulisan tersebut. Mungkin lokasi kedudukan Penulis tidak tepat untuk mendapat sudut yang tepat dan gambar yang lebih cantik kerana terlalu hampir.
Hanya tulisan @ Sepang sahaj yang nampak jelas dan cantik kedudukannya. Habis sebaris perkataan telah dijelajahi. Kemudian terus bergerak ke hujung perkataan dan masuk semula ke kawasan taman.
Hujung tulisan tersebut kelihatan landasan ERL dan jejambat lebuhraya Elite. Ladasan tersebut merentangi sebatang sungai. Sungai ini tiada dalam peta google. Maka tidak tahulah namanya. Sebelah taman ini juga ada jejambat menyambung ke kawasan perumahan Bandar Serenia ini juga. Siap kelak boleh meneroka ke kawasan baharu ini.
Jejambat lebuhraya Elite merentangi landasan ERL. Sepanjang berada di taman ini tidak nampak kelibat tren ERL ini. Biasa kalau berada tepi landasan pasti berselisih laju tren tersebut. Tidak pada kali ini! Satu trenpun tidak kelihatan.
Puas memerhati kawasan ladasan. Terus bergerak turun ke Bamboo Trail. Ini merupakan trek turun ke bawah berdekatan hujung tulisan Sepang tersebut.
Laluan trail ke bawah ini agak semak. Masih boleh dilaluai dan dijejaki. Orang yang biasa aktiviti merentas hutan tidak menjadi masalah. Trek ini dikirakan masih jelas dan terang boleh dilihat laluannya Mungkin yang tidak biasa akan mengatakan laluan tidak boleh dilalui atau tiada jalan masuk.
Tiba sahaja dibawah akan jumpa trail berbatu kerikil. Bangku batu ini merupakan penghujung trail Bamboo ini. Namun, Penulis bergerak ke hadapan lagi semasa berpatah balik semula ke sini. Lihat apa yang ada di hujung itu.
Sungai bersebelahan trail ini dan lebuhraya Elite. Air agak kekuningan menandakan masih ada kerja-kerja pembinaan di bahagian hulu. Tidak pasti nama sungai ini. Tidak ada tercatat dalam peta. Jikalau mengkaji peta satelit sudah pastilah sungai dan trail ini jelas kelihatan.
Trail dibina menggunakan batu kerikil memudahkan pergerakan. Sepanjang perjalanan kawasan ini ditanam pelbagai spesies pokok buluh.











No comments:
Post a Comment