Hari ini telah menerima poster Kursus Asas Radio Amatur dari Cikgu Hussairy 9M2VVH. Kursus tersebut dijalankan di Pusat Kegiatan Guru Bangi di dalam SK Bangi. Kursus bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang. Kursus dikendalikan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kajang.
Oleh kerana sebelah pagi menyertai Wetland Lake Run @ Putrajaya terlebih dahulu. Larian Ria ini terbahagi kepada dua jarak iaitu 5km dan 10km. Penulis hanya menyertai kategori Lelaki Terbuka 5 km sahaja dan berjaya sampai ke garisan penamat pelari yang ke-7. Alhamdulillah latihan bagi mengejar masa. Emcee hairan kenapa lari laju sangat bagai hendak merebut hadiah. Jawabku " Lari untuk membuat catatan masa peribadi sahaja". Tiba di garisan penamat para petugas menyerahkan medal penamat.
Untungnya tiba awal adalah makanan dan minuman masih banyak lagi. Jadi bolehlah memilih makanan dan minuman yang disediakan. Hidangan bufet ini memberi pelari banyak pilihan. Cuma selepas beberapa lama berehat barulah ada selera untuk menyuap makanan. Sudah pasti pelari jarak 10km masih tidak sampai lagi ketika itu. Jadi berbaloi masuk jarak 5km kerana ia sekadar larian ria sahaja.
Kemudian makan singgah di medan selera UNITEN. Usai sarapan terus ke Stadium UPM melihat aksi atlet dalam Malaysia Open Athletic. Habis acara sesi pagi terus singgah ke PKG Bangi. Antena dari luar telah kelihatan. Tidak terlepas juga jelopi Cikgu Hussairy 9M2VVH turut kelihatan. Kemudian jenguk ke dalam ada beberapa peserta dalam bilik kuliah tersebut. Ketika itu waktu rehat sudah pasti ramai yang ke surau. Terus ke surau solat Zohor terlebih dahulu. Usai solat kelihatan Cg Hussairy 9M2VVH baru berjalan keluar ke bilik kuliah.
Tidak sah kalau tidak ambil gambar antena vertical ini. Sudah pasti ada radio turut dipasang. Setiap kali aktiviti radio amatur, antena merupakan mercu tanda kewujudannya. Jarak kejauhan lagi dapat mengenal pasti lokasi aktiviti radio itu dijalankan. Sahlah lokasi ada di situ usah diragui lagi. Bagai aur dengan tebing saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
Kemudian masuk ke dalam bilik kuliah telah tersedia set radio kepada peserta. Sebelum tadi sudah tinjau terlebih dahulu telah melihat radio tersebut. Setelah Cg Hussairy 9M2VVH ada bersama barulah meminta keizinan untuk dokumentasi. Jam hampir pukul 2.00 petang pasti kursus akan bersambung semula. Sebelum beredar Cg Hussairy 9M2VVH berswafoto terlebih dahulu. Sempat menanya frekuensi yang akan digunakan sewaktu sesi praktikal. Simpleks V24 145.300MHz boleh dipantau kemudian. Cg Hussairy 9M2VVH menghantar hingga keluar pintu sebelum menyambung tugasannya.
Kelihatan beberapa hand-held bersedia untuk berkhidmat. Sudah pastilah peserta kursus terdiri daripada 20 orang itu akan mula berfikir untuk memilikinya satu hari nanti.
Go-box yang mudah dibawa ke mana-mana. Memilikinya pasti memudahkan menggunakan ketika mana ia diperlukan. Lebih-lebih lagi sesuatu bencana yang berlaku. Balik terus ke base terus menala frekuensi V24 145.300MHz. Monitor frekuensi tersebut bagi sesi praktikal pula. Kira-kira jam 15:48 audio kedengaran di corong radio. Para peserta kursus menggunakan isyarat pangilan 9M4CSB. Ada dua stesen sedang berkomunikasi. Satu di dalam bilik kuliah menggunakan antena vertical itu berjaya mencapai ke base ini dalam jarak 2km. Terima audio sangat baik readability 5/9. Lagi satu rasanya menggunakan hand-held tidak dapat menerima dengan baik.Permulaan hanya tidak kedengaran sebarang audio. Akhir aktiviti ada sedikit bunyi audio namun tidak jelas butir bicaranya.
15:48 Era bersama Nidesh
15:52 Diana bersama Nidesh
15:57 Iqa bersama Heidy
16:04 Kafill bersama Syed
16:09 Zamani bersama Amran
16:12 Nazi bersama Rafi
16:18 Alif bersama Amsyar
16:22 Hani bersama Imran
16:25 Umar bersama Ahmad
16:28 Nita bersama Nidesh
16:32 sesi QSO tamat setelah Cg Hussairy 9M2VVH menanyakan stesen satu lagi baki yang tinggal. Maka kursus asas ini menjadi menarik kerana ada sesi praktikal menambahkan lagi minat untuk terus memiliki penguntukan radas. Perbualan merekapun ada menanyakan tentang bila hendak ambil ujian nanti. Ini menunjukkan peserta kursus sangat berminat hingga ingin mendapat lesen untuk memancar.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta. Semoga mendapat syarat panggilan sendiri. Juga kepada Pengendali kursus Cg Hussairy yang sangat komited menyebar luaskan ilmu radio amatur dalam kalangan Pengakap. Tidak lupa kepada pengelola kursus ini memberi lebih banyak ahli Pengakap meminati ilmu radio amatur ini.
Jumpa dan jumpa lagi
Salam 73
Jojet de 9w2dya








.jpg)
No comments:
Post a Comment