TBM 02 Alamsari Bangi


 Semalam sempat pusing Alam Sari walaupun cuaca agak berjerebu kini. Buat awal pagi masih boleh tahan lagi. Sebelah tengah hari atau petang agak bahaya


Ketika berjalan terpandang satu batu merah bertiang kecil. Rupanya satu TBM 02 telah ditemui di tepi jalan dekat Alamsari. Sebelah kiri sebelum simpang berdekatan Galeri. Bertentangan TBM ini merupakan kawasan pembinaan rumah pangsapuri yang sedang rancak dalam pembinaan.



Ultra rare TBM 02 ini ada plate tertera lambang JKR dan syarikat konsultan ukur. Zam Survey Consultant tertera nama syarikat tersebut. Jarang jumpa TBM yang ada plate tertera organisasi yang meletakkan di lokasi sesuatu tempat. Damia kata ultra rare jika sangat jarang dijumpai.


Kedudukan arah mata angin turut dapat dilihat. Bayang tiang kecil berpaku menunjukkan arah barat. Cat merahpun semakin luntur. Pasti ada TBM 01. Kalau terjumpa boleh cerita lagi di blog ini penemuan tersebut.


Sudah pastilah kedudukan batu ini selari dengan jalan. Para juruukur pasti mudah mengesan batu ini kerana berada dalam rizab jalan utama.

Kepada yang berminat untuk mencari boleh merujuk koordinat di atas. 2.919540 darjah Utara dan 101.803342 darjah Timur. Selamat memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

TBM 02 Alamsari Bangi

  Semalam sempat pusing Alam Sari walaupun cuaca agak berjerebu kini. Buat awal pagi masih boleh tahan lagi. Sebelah tengah hari atau petang...