0 km Beranang


 Semalam 29 Ogos 2026 melancarkan misi mencari batu tanda aras. Pada mulanya hendak ke Bukit Simpang. Tiada rezeki rakan sudah turun ke bawah. Maka, tidak dapat menyertai aktiviti mereka di atas sana. Ada masa kelapangan lain pasti boleh ikut aktiviti mereka itu.


Maka, selepas berpatah balik singgah semula batu yang terperasan semasa pergi. Batu aras pertama ini sangat unik. Plat dan butang tembaga timbul itu dipasang pada dinding pembentung bawah tanah jalan raya. Macam mana tahu itu batu aras. Nampak plat dan butnag timbul itulah sudah pasti batu aras. Kadang butang timbul itu bercahaya jika terkena sinaran mentari. Dari kejauhan sudah pastilah sedar itu merupakan batu aras.


Plat tidaklah besar seperti batu BM yang biasa dilihat tepi jalan itu. Oleh kerana menumpang rumah orang haruslah ikut saiz rumah orang. Koordinat bagi batu tanda aras nombor N 0834 adalah 2.855858 darjah Utara dan 101.862990 darjah Timur.


Pemandangan dari atas batu ars pada dinding pembentung longkang jalan raya laluan 1 berhampiran Mantin. Kemudian perjalanan diteruskan ke Pekan Beranang.


Pemandangan sebelah tepi menghala ke selatan. Longkang bersemak telah diracunkan. Kawasan berpagar sebelah kiri merupakan Bayu Lakehomes.


Batu aras nombor N 0834 berhampiran dengan batu penanda jarak Kuala Lumpur 43km. Kereta penulis diletak hadapan lagi dari batu penanda jarak ini. Kawasan hadapan itu lebih selamat dan luas bahu jalannya. Biar berjalan jauh sedikit namun lebih selamat tanpa mengganggu trafik.


Penanda jarak 0 km Beranang terletak di Pejabat Pos. Sudah berzaman kedudukan Pejabat menjadi penanda bermulanya 0 km. Bersebelahan pula dengan peti surat merah milik Pejabat Pos.


Penanda jarak 0 km Beranang bersamaan jarak ke Seremban 24 km. Sejak kecil lagi selalu naik bas Foh Hup ke Seremban pasti lalu laluan nombor 1 ini. Penanda jarak ini juga yang ke 340 dari Johor Bharu. Laluan Persekutuan nombor 1 dari Johor Bharu hingga ke Bukit Kayu Hitam di utara. Laluan utama negara, walaupun kini ada Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mempercepatkan perjalanan.



Perjalanan ke Kuala Lumpur dari Beranang tinggal lagi 41 km. Menyamai perlumbaan larian marathon sudah. Penanda jarak ini sudah diketahui lama apabila telah disebarluaskan dalam group facebook.


Bagi ingi memasukkan gambar dalam group tersebut perlulah mengambil gambar berlatarbelakangkan papan tanda jarak tersebut. Jika tiada gambar sendiri sudah pasti posting dalam group itu tidak diluluskan. Beginilah rupanya jika berswafoto dengan cuaca  yang silau.



No comments:

Post a Comment

0 km Beranang

  Semalam 29 Ogos 2026 melancarkan misi mencari batu tanda aras. Pada mulanya hendak ke Bukit Simpang. Tiada rezeki rakan sudah turun ke baw...