Hari ini percubaan mencari liputan LoRa sekitar Hulu Langat ke Semenyih. Stesen Digipeater 9W2DYA-3 liputan hingga Bukit Raya di Jalan Hulu Langat. Manakala sebelum itu, 9W2DYA-6 berjaya menghantar packet ke digipeater 9W2DYA-3 bermula dari Plaza Tol Batu 11 hingga ke persimpangan Telekom. Berjaya menghantar 5 packet melalui laluan tersebut.
Manakala sektor Kampung Bukit Raya pula bermula dari SK Bukit Raya hingga ke loji air. Laluan Jalan Hulu Langat tersebut berjaya menghantar 6 packet.
Kemudian terus ke Bukit Ampang dari Pekan Batu 14 Hulu Langat. Kenderaan sesak menghala ke Pangsun. Agaknya hendak bermandi-manda kerana cuaca agak panas dalam seminggu lepas. Melepasi juga Lebuhraya Lembah Klang Timur. Melepasi Puncak Alop kawasan tarikan baru menggantikan kawasan yang lama dahulu ada Menara Pandang. Ada kelapangan lain boleh singgah semula nanti.
Tiba simpang Persiaran Saujana berhenti sebentar. Bermula dari Puncak Alop telah berjaya menghantar packet ke Igate yang menghadap Ibu Kota. Persimpangan tersebut kawasan melihat pemandangan Kuala Lumpur yang terbaik. Malangnya WX pagi tadi berjerebu menutup pemandangan. Altitud ketinggian selepas Puncak Alop itu adalah 171 m dari aras laut.
Bergerak dari simpang terus turun semula ke penghujung Persiaran Saujana dapat satu packet juga di situ. Kemudian berpatah balik naik semula menghala ke Puncak Alop. Lebih kurang 13 packet jumlah berpatah balik semula. Altitud ketinggian berjaya direkodkan adalah 203 m dari aras laut. Terus menghala turun semula ke Pekan Batu 14 Hulu Langat.
Tiba di Pekan Batu 14 Hulu Langat kenderaan masih sesak menghala ke Pangsun. Memandu pula terus ke Jalan Sungai Tekali hingga ke puncak Bukit Antu gelaran ramai. Patut panggil Bukit Tekali. Tiada packet berjaya di perolehi hingga ke Semenyih.
Tiba di Semenyih masih tiada sebarang packet juga. Terus bergerak ke Igate 9W2PAW-1. Masuk dari Jalan Broga melepasi SJK(T) Ladang Semenyih barulah berjaya menghantar dua packet ke 9M2PJU-2 di Kem Tun Ibrahim. Jaln terus ke depan lag baru berjaya hantar dua packet lagi ke Igate 9W2PAW-1
Sementara itu stesen 9W2ZSH-7 berjaya menghantar beberapa packet ke digipeater 9W2DYA-3. Stesen itu berada di Kg Batu 10 kemungkinan menghadiri kenduri kahwin. Terdapat sebuah dewan majlis perkahwinan di lokasi 9W2ZSH-7.
Jumpa dan jumpa lagi.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya



.jpg)

No comments:
Post a Comment