Olahraga SUKMA 2026


 Pada 16 Ogos 2026 sempat menonton aksi 100m akhir sukan Olahraga SUKMA 2026. Acara olahraga berlangsung di Kompleks Sukan UPM Serdang. Pada pagi itu peminat-peminat olahraga telah memenuhi astaka Stadium UPM ini. Ketika sesi pagi sempat melihat beberapa aksi atlet SUKMA. Sempat bertemu Faka  satu kelas PJSS semasa belajar di MPSAH 2005. Beliau sekarang merupakan setiausaha MSSM JPN Johor. Orang kuat sukan negeri Johor sekarang ini.


Jam 11.30 pagi acara sesi sebelah pagi telahpun tamat. Terpaksalah datang semula jam 2.30 petang bagi melihat aksi akhir terutamnya acar riben biru 100m. Pada tahun ini sudah banyak kali datang ke Stadium UPM ini. Banyak acara olahraga telah diadakan di sini. Kejohanan Remaja FTAAA, Masters, MSSD Hulu Langat dan Terbuka Malaysia melihat aksi pelari pecut negara.


Sistem elektronik dalam pengukurun masa digunakan sepenuhnya. Teknologi modendan terkini memudahkan mendapat keputusan dengan pantas dan segera tanpa ada pertikaian. Teknologi canggih ini sangat berkesan memberi keputusan akhir tanpa ada prejudis. Foto finish bukti kukuh menentukan pemenang.


Deretan khemah kontinjen setiap negeri menghadap astaka sebelah padang sana. Petang itu cuaca sudah mendung. Acara terakahir 10,000 meter dijalankan ketika hujan sudah mula turun. Nasib baik acara 100 m akhir hujan belum turun lagi.



Pemenang acara 100 m dimenangi oleh pelari pecut Johor Danish Iftikhar mengalahkan dua pelari Kedah.


Pemenang pingat emas acara 110 m lari berpagar dimenangi oleh Mohammad Armin Zahryl Abdul Latif dari Terengganu. Beliau turut mencipta rekod baharu kejohanan dengan catatan masa 13.66 saat.



Fatin Nashira Mohd Fadzil dari Kelantan memenangi emas acara 100 m lari berpagar. Fatin mengalahkan Farah Syakira dari Perak dan Syarifah Nur Alisya dari Sarawak. Catatan masa yang dibuat oleh Fatin adalah 14.49 saat.


Ratu pecut SUKMA 2026 diungguli oleh Izzatul Musfirah dari Terengganu dengan catatan masa 11.73 saat. Musfirah mengalahkan Lim Mei Yin tuan rumah dan Alvina Alvie dari Sarawak.


Pihak penganjur turut menyediakan skrin gergasi bagi memaparkan maklumat terkini terutama keputusan rasmi. Segala senarai peserta serta keputusan dapat dipaaprkan dengan segera. Ini memudahkan peminat olahraga mengetahui info terkini bagi setiap acara yang dijalankan.


Manakala bagi acara lempar cakera perempuan diungguli atlet tuan rumah Sasha Alyssa Philip. Sasha mencatat jarak 44.93 meter.


Sudah lama perasan ada batu TBM di Stadium UPM ini. Barulah kali ini merekod data. TBM 1 ini bersebelahan dengan longkang hujung garis tamat. Koordinat 2.985532 darjah Utara dan 101.725322 darjah Timur.


Satu lagi batu TBM 6 berdekatan dengan pintu pagar masuk Stadium UPM. Huruf 'T' dan 'B' sudah tertanggal. Ada paku ditengah bahagian batu. Koordinat 2.986599 darjah Utara dan 101.726473 darjah Timur.


Kedudukan batu TBM 6 berdekatan pagar pintu masuk Stadium UPM. Pasti ada TBM lain di kawasan persekitaran. Ada kelapangan bolehlah dicari lagi. Ini merupakan kawasan kedua jumpa batu TBM dalam sesuatu kawasan. Sebelum ini pernah jumpa siri TBM di Taman Equesrian Putrajaya.

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Olahraga SUKMA 2026

  Pada 16 Ogos 2026 sempat menonton aksi 100m akhir sukan Olahraga SUKMA 2026. Acara olahraga berlangsung di Kompleks Sukan UPM Serdang. Pad...