Hari ini berjaya menjumpai 5 geocache. Tiga daripada lima geocache tersebut merupakan FTF. First to find merujuk kepada orang pertama yang menemui geocache tersebut. Pemilik geocache tersebut baru meletakkan geocache agar pencari terus mencari yang diletakkan itu.
Dua geocache yang pertama diletakkan di KLIA Sepang. Lokasi biasa misi mencari belon kaji cuaca. Oleh kerana belon KLIA masih kelaut maka akttivi pencarian diteruskan dengan geocaching pula. Bekas tin kecil yang comel ini disorokkan pada penghujung runway tengah.
Sebuah kapal terbang baru berlepas dari runway tengah. Arah mendarata dan berlepas sering bertukar arah dalam setahun. Perasan pada masa kini monsun barat daya. Runway tengah dan sebelah kiri adalah kapal terbang berlepas.
Geocaching kedua juga di penghujung runway sebelah kiri. Pada kali ini log sheet di simpan dalam botol kecil. Kertas log sheet tersebut disimpan dalam plastik yang kedap udara. Penting elakkan dari dimasuk air. Perkataan 'Geocaching" telah luntur akibat air hujan. Ini berpunca tempat menyorokkan botol tersebut mudah terdedah dengan air hujan.
Another Plane Spotting Location 1 sering menjadi buruan Geochcher dari luar negara. Mereka sanggup mencarinya wlaupun singgah sebentar di KLIA. Ikon smile menunjukkan geocache berjaya ditemui. Titik biru merupakan lokasi penulis ketika itu.
Sebuah pesawat baru berlepas dari runway sebelah kiri. Lokasi geocache disorokkan mestilah sesuatu tempat yang mempunyai daya tarikan.
Log sheet tertera senarai geocacher yang berjaya menemuinya. Siap ada chop lagi tak payah penat tulis tangan. Tambah isi tulis tarikh sahaja.
Misi seterusnya menghala ke Bukit Melati. Baru perasan ada satu geocache baru diletakkan di situ. Tanpa berfikir panjang terus menghala ke Nilai dari KLIA Terminal 2. Kali kedua jumpa tin kecil yang comel ini. Lokasi di tepi jalan tempat rekreasi Bukit Melati ini.
Jumpa bekas tin kecil tertera perkataan geocaching danlogo pastilah seronok. Pencarian berjaya ditemui. Baca hint untuk menjangkan geocache disorokkan.
Get healthy at Bukit Melati baru sahaja diletakkan dalam beberapa minggu yang lepas. Makanya, dapatlah FTF orang pertama merekodkan penemuan.
Ikon smiley telah keluar menandakan geocache berjaya ditemui. Bukit Melati ketika tiba kurang orang. Mungkin ramai yang balik kampung sempena cuti Hari Kmerdekaan.
Geocache yang keempat berada di Eco Majestic, Semenyih. Lokasi berdekatan dengan restoran Mekdi. Sebenarnya nak singgah makan terlebih dahulu. Oleh kerana lokasi yang keempat ini dekat dari kedai makan terus mencari. Sudah cari barulah berpatah balik ke kedai makan.












No comments:
Post a Comment