Karnival Kokurikulum 2026


 Hari ini telah berlangsung Karnival Kokurikulum SMKBTHO2. Sambutan sangat menggalakkan walaupun karnival ini untuk murid sahaja. Tidak dibuka kepada ibubapa dan orang luar. Namun, murid datang memberi sokongan terhadap aktiviti yang telah dirancang.


Aktiviti utama di dataran berbumbung adalah pertandingan kawad kaki bagi unit beruniform. Manakala tempat letak kereta antara kantin dan blok D adalah Hari Keusahawanan untuk unit Persatuan dan kelab akademik. Manakala, padang bagi unit sukan dan permainan adalah Karnival Sukan dan permainan.


Karnival sukan dan permainan hanya ada petanque, bola jaring dan liga sepakan penalti sahaja. Hanya liga sepakan penalti terbuka untuk semua tingkatan. Manakala petanque dan bola jaring mengikut rumah sukan dipertandingkan.


Satu lagi tarikan adalah Paintball Target Shooting. Lokasi di laluan masuk kereta ke padang. Ada tiga khemah biru digunakan yang berpagar untuk aktiviti menembak tepat paintball. Melihatkan kepada jelopi yang digunakan oleh operator paintball tersebut terdapat antena cili padi. Bertanyakan kepada tuan punya sama ada seorang rakan ham. Rupanya radio digunakan untuk komunikasi  ketika di lapangan sahaja.


Oleh kerana lokasi paintball ini agak jauh, maka kurang mendapat sambutan murid. Walaupun telah dimaklumkan dalam group telegram kelas masing-masing. Ramai lebih berminat beratur panjang untuk memasuki rumah hantu sahaja.


Para pemenang pertandingan sepakan penalti bergambar kenangan bersama PK Kokurikulum Pn Norhayati dan PK Pentadbiran Pn Salmi.


Pemain Legends FC semasa penyampaian pingat kepada wakil Cg Hatta. Barisan pemain yang terdiri cikgu lelaki memeriahkan karnival.


Hari keusahawanan di bawah pula sangat meriah dengan suasana berjual beli. Melahirkan murid tentang nilai-nilai keusahawanan dalam diri. Pengalaman berharga bagi menarik minat dalam mencipta sesuatu produk. Juga memperolehi pengalaman dalam mengendalikan perniagaan yang bermula dengan kecil-kecilan terlebih dahulu.



Pelbagai juadah makanan dan minuman dijual mendapat sambutan yang menggalakkan. Selain itu ada buku, komik, dan pelbagai aksesori menarik minat murid.


Usai penyampaian pingat kemenangan bagi ke tiga jenis sukan hujan pun turun. Suasana khemah niaga telahpun mula mengemas walaupun hujan turun agak lebat. Beberapa detik kemudian hujan panas pula tidak mengganggu penggerai meneruskan mengemas gerai masing-masing. Sikap bertanggungjawab mengemas semula perlu ada bagi menjamin kebersihan.


Cg Hatta wakil kepada Legends FC menerima pingat daripada PK Kokurikulum Pn Norhayati. Ustaz Suyuti mengiringi Cg Hatta disebelahnya.


Sementara sibuk mengemas khemah, majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan kawad kaki berlangsung di dataran berbumbung. Hadiah kemenangan disampaikan oleh Pengetua Pn Azariah.


Pertandingan kawad yang sengit kerana masing-masing menunjukkan semangat juang yang tinggi. Mereka telah berlatih pagi dan petang mengikut sesi termasuklah hari sabtu. Pasti berbaloi apabila pasukan kawad diumumkan sebagai pemenang peringkat sekolah.


Semua pasukan berlatih dengan kesungguhan yang tinggi bagi merebut kejuaraan berpasukan dan individu. Nilai ini baik untuk kerjasama berpasukan serta menjadi disiplin diri yang tinggi.


Penulis bersama Nadtrah dan Yasmien dengan rakan kadet Bomba. Pasukan kawad kaki Pengakap sesi pagi telah dinobatkan sebagai johan. Sementara itu, Sara Pengakap turut merangkul anugerah Komander Perempuan terbaik. Terbaiklah atlet olahraga yang turut cemerlang dalam badan beruniform.


Masing-masing menayangkan pingat yang diperolehi. Hasil latihan yang bersungguh dalam tempoh sebulan lebih pagi dan petang. Usaha tangga kejayaan. Kekuatan fizikal dan mental di samping semangat kerjasama yang padu.


Sempat berswafoto bersama Elyana dan kawan-kawannya. Elyana pada tahun ini tidak dapat ke stadium kerana memberi laluan persediaan peperiksaan SPM. Tahun terakhir ini tidak dapat membantu atlet lain dalam meraih pingat. Terima kasih atas sumbangan olahraga sejak dari tingkatan satu lagi. Sama-sama berdoa semua calon SPM 2026 mendapat keputusan yang cemerlang.


Menghampiri jam satu tengah hari majlis penyampaian hadiah pertandingan kawad kaki selesai. Berakhirlah sudah Karnival Kokurikulum bagi tahun ini. Kerjasama yang baik semua guru dan murid melancarkan lagi perjalanan program. Bertemu lagi di lain masa. Tahniah semua! #BthoviansAwesome

Jumpa dan jumpa lagi.
73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Selangor - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  Cuti Maulidur Rasul turut dipenuhi dengan memburu batu sempadan. Mendapat info daripada peta google. Batu-batu ini telah dipinkan. Kebetul...