Map Reading ADARC47

Alam Damai Amateur Radio Community V47 akan mengadakan aktiviti map reading pada 14 hingga 15 November 2009 di kawasan Pejabat Renjer Jabatan Perhutanan Gunung Nuang Hulu Langat. Bayaran adalah RM60. Maklumat lanjut di adarc47.blogspot.com
Menarik aktiviti ini, selain membaca kompas dan pandu arah kita juga boleh belajar tentang ikhtiar hidup dan juga DXing. Bukan mudah hendak dapat peluang ini lebih-lebih lagi diajar oleh orang yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman seperti penunjuk arah dari Rejimen Renjer Diraja dan senior Pathfinder PDRM. Jadi bolehlah menambah lagi pengalaman dalam ilmu navigasi ini.Walaupun selalu juga membuat aktiviti trekking, perlulah juga belajar tentang ilmu navigasi supaya menjadi bekalan agar kita tidak mudah tersesat atau tersasar laluan yang hendak ditujui. Ditambah pula menggunakan peta yang sememangnya terhad penggunaannya, bolehlah kita meneroka di kawasan persekitaran kaki gunung ini.Kini teknologi yang semakin pantas , namun ilmu tentang navigasi masih perlu dikuasai jikalau teknolgi tinggi itu tidak dapat berfungsi dengan baik.9w2dya

No comments:

Post a Comment

Dua Belon KLIA pagi ini

  Pada pagi ini Met Malaysia Sepang telah melepaskan dua buah belon kajicuaca. Jangkaan mendarat di Pulau Carey. Pertama belon WxR-301D 2302...