Juliet Oscar Juliet Echo Tango

Nickname yang dipakai di sekolah dulu. Ingatkan tak mahu pakai masa belajar di Universiti tetapi ada kawan sekolahpun sama belajar jadi gunalah nama tu dengan kawan-kawan kerana dia dah panggil nama itu. Jojet nama panggilan kawan-kawan rasa nak gunalah di dunia radio amatur ni.Masa zaman sekolah dulu apabila kemuncak kepada aktiviti rakan muda dulu, aktiflah ikut diperingakat daerah. Mana sahaja ada program ikut hendak cari pengalaman. Bila sambung belajar minat terhadap aktiviti luar diteruskan melalui Kelab Rekreasi Uitm sebelum tu Itm di Shah Alam Kresma singkatannya. Setiap kali ada program jika berkesempatan bolehlah pergi, itu tak termasuk underground punya projek.Seronoklah pengalaman masa belajar. Bila sambung degree aktif pula dengan Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU) antara pelopor pada persatuan ini. Penekanan kepada soft skill dan experiential learning. Menjadi Fasilitator kepada aktiviti outdoor untuk kursus di Fakulti atas khidmat yang diperlukan oleh pensyarah.Inipun pengalaman yang berharga yang dapat membentuk ketrampilan dan daya saing kepada mahasiswanya.Bila dah kerja ni kurang sikit aktifnya maklumlah banyak tugasan hendak dilakukan.9w2dya

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...