Belon Kuantan D20069782 terbang hingga Selat Melaka


 Pada hari Hari Raya Aidiladha, telah berlaku satu rekod baru penerbangan bagi belon Kuantan. Radiosonde D20069782 telah terbang hingga jatuh ke dalam laut Selat Melaka.










Jam 22:36 malam merupakan isyarat terakhir diterima kerana bateri semakin lemah. Altitud ketinggian 15534m dengan ketinggian maksimum adalah 21947m. Jangkaan mendarat boleh dilihat menunjukkan garisan arah ke dalam Selat Melaka.


Jam 22:47 isyarat belon Kuantan yang dipantau dari Cheras telah senyap terus. Sebelum ini, isyarat semakin melemah seperti nyawa-nyawa ikan. Petanda bateri semakin lemah untuk memancarkan isyarat di frekuensi 402.010MHz.


Boleh dilihat pada tangkap layar diatas jejak belon Kuantan hingga menghampiri Sekinchan di Selangor. Jauh penerbangan pada malam itu. Keratan rentas menggambar rabung bukit yang memanjang. Ini menunjukkan penerbangan yang jauh dan semakin menurun sedikit sebelum isyarat berakhir. 

Credit 9W2VHF

Jam 23:36 malam bateri bernyawa kembali dapat memancarkan isyarat. Altitud ketinggian semakin menurun pada 4014m dan ketinggian maksimum turut turun kepada 19039m berbanding 21947m. Beberapa kes kejadian turut telah berlaku seperti ini. Bateri yang lemah akan hidup semula sebelum terus jatuh ke bumi. Ini memberi peluang untuk mengetahui kedudukan terakhir belon itu. Mudahlah misi pencarian dijalankan, namum bukan untuk belon ini. Ia ternyata jatuh dalam laut seperti yang dijangkakan.

Credit 9W2PRX

Koordinat terakhir radiosonde D20069782 adalah 3.33753 darjah Utara dan 100.73313 darjah Timur. Altitud ketinggian 716m masih boleh dicari jika mendarat di daratan. Pendaratan berakhir jam 23:46 malam selepas dilepaskan kebiasaannya jam 7:35 malam. 

Kemungkinan malam itu, belon ini mengikut alur udara jet stream. Ketinggiannya statik altitud yang sama sehinggalah mendarat ke dalam Selat Melaka.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Dua Belon KLIA pagi ini

  Pada pagi ini Met Malaysia Sepang telah melepaskan dua buah belon kajicuaca. Jangkaan mendarat di Pulau Carey. Pertama belon WxR-301D 2302...