Salam contact kenal

Malam tadi propagation baik dapatlah qso dengan rakan-rakan di sekitar base station. Salam contact kenal kepada rakan yang baru mendapat lesen untuk memancar kepada 9W2EBO dan 9W2AYH di Putrajaya. Semasa qso di V40 malam tadi turut serta bersama 9W2SIS di Bandar Baru Bangi. Semua menggunakan handy sahaja dengan bantuan antena masing-masing di base terima audio rakan 5/9. Sebelum itu monitor rakan di V25, ketika itu 9W2ODD qso bersama 9W2WPC dan turut bergabung dari Kuala Kubu Bharu 9W2ZYF terima anda 3/8. Memang jalur simplex aktif kedengaran dari dalam rumah sahaja, biasanya kena duduk di tepi tingkap untuk monitor.
73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Lain Cari Lain Dapat

Dua hari sabtu berturut telah melancarkan misi SAR. Hari ini selepas latihan olahraga terus ke Kampung Giching, Salak. Terdapat satu belon K...