Jogathon PSKPP 8K 2010

Hari sabtu ini 30 Oktober akan berlangsung kejohanan PSKPP di RRIM Sungai Buloh. Kejohanan tahunan ini mengumpulkan pasukan dari setiap daerah bagi menentukan wakil ke peringkat kebangsaan. Aku dipanggil untuk menyertai jogathon setelah pemilihan yang dibuat tiada sambutan, jadi pengurus pasukan menyuruh aku mangambil bahagian, jadi akupun setuju memandangkan sudah lama juga tidak menyertai pertandingan larian jalan raya mahupun merentas desa. Menurutnya jarak pertandingan adalah sejauh 8km mengikut trek di persekitaran pusat penyelidikan itu. Pernah dulu aku pergi melihat kejohanan ini 2 tahun lepas, persaingan pasti sengit bagi menunjukkan kejaguhan. Trekpun boleh tahan, habislah baru minggu lepas aku  mula berjoging. Harap dapat tamatkan larian dengan baik. Terdapat 2 kategori dipertandingkan iaitu Lelaki dan Perempuan terbuka serta Lelaki dan Perempuan Veteran. Matlamat aku nak habiskan larian tanpa masalah kecederaan.
Persediaan untuk beberapa hari lagi ditingkatkan jarak dan masa. Aku berlatih di Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn Cheras. Taman tasik yang menyediakan kemudahan riadah bagi penduduk setempat. Kalau hendak memancar ke Nesrac dan jalur panjang astra memang boleh memandangkan kedudukan tasik ini dikawasan bukit. Sempatlah juga aku qso dengan abg Taib 9W2TBD selepas berlatih minggu lepas. Puncak Genting dan Telapa Buruk memang boleh kelihatan jika cuaca baik. Jadi tiada masalah untuk memancar memandangkan hanya menggunakan handy.
Akhir sekali menyertai larian semasa di Maktab di Sungai Petani ketika menyertai merentas desa. Sejak itu jarang dapat berlari lagi.Akhir kata lari dan terus berlari untuk jaga kesihatan juga.
73, Jojet, 9W2DYA.

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...