Takziah buat 9W2TSE

Semalam (28.10.2010)selepas berjoging di Lake Valley selepas cool down sempatlah monitor di mana-mana  jalur yang kedengaran rakan sedang qso. Tiba-tiba dapat sms dari 9W2BCT yang berbunyi Salam, info kebajikan. Bapa mertua 9W2TSE Fendi telah meninggal dunia... Selepas itu monitor pula di V47 senyap sahaja selepas itu kedengaran 9W2BCT sedang memanggil mana-mana rakan ahli CORE Bulan Sabit ada info penting. Tetapi rakan tidak menjawab maka akupun cuba qso dan mendapat balas darinya. Jadi beliau mencari rakan-rakan tetapi mungkin semua telah saltmine. Jadi tentang berita kematian itu, 9W2BCT menyatakan akan ke Hospital Serdang dalam sejam lagi selepas menyelesaikan urusan peribadi. Kalau tak qrl akupun ingin ke sana. Selepas itu pulang ke rumah fundamental siap-siap bersarapan dan mandi aku terus ke Hospital Serdang. Tiba di sana kelihatan tempat letak kereta penuh dan sesak menunjukkan ramai pelawat pada pagi itu. Sampai di sana aku sms 9W2BCT menanyakan qth beliau dan membalasnya serta qso di jalur V47 infokan qth sebenar. Kemudian akupun ke lokasi kejadian dan bersalamanlah dengan beliau dan juga satu rakan baru 9W2FJO abg Jo dan kemudian ucapkan tahziah kepada abg Fendi 9W2TSE.Kemudian tidak beberapa jam datang abg Man 9W2BMX bersama rakan swl. Selepas urusan selesai van jenazah bergerak ke Kluang Johor untuk urusan pengkebumian. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
73, Jojet, 9W2DYA.

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...