NA1SS contact with 9M2RPN

Pada 2 November 2010 yang lalu ketika melayari blog kawan-kawan aku terbaca dari blog 9W2KEY yang bertajuk ISS School Contacts. Kebetulan acara itu akan berlangsung pada malam itu. Jadi akupun standby di frekuensi untuk mendapat pengalaman monitor audio dari ISS melalui 145.800MHz. Mengikut jadual ISS akan melalui ruang udara pada jam 2.02 pagi 3 November 2010. Jadi bolehlah aku menantinya memandangkan esok merupakan cuti. Sementara menantinya Nesrac ada 2M net yang dikendalikan oleh Abg Taib 9W2TBD dan monitor dan juga cuba check in.
Kemudian dalam pukul 11.30 malam monitor di Nesrac kedengaran Rizal 9W2KNZ sedang qso dengan Abg Saad 9W2TS yang merupakan saltmine di Planeterium Negara telah mengesahkan bahawa pada malam ini akan diadakan program ARISS oleh pelajar SK Bukit Damansara. Maka aku berasa gembira bahawa malam ini bolehlah aku monitor audio dari ISS. Tepat jam 2 pagi 3 November akupun menanti-nanti audio tapi tak kedengaran. Maka aku bergerak-gerak untuk mendapat audio maklumlah aku pakai handy sahaja maka perlulah mencarinya. Sahlah aku mendengar audio dari ISS memangil-manggil 9M2RPN untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh para pelajar. Terima audio 5/9 dari Col. Douglas Wheellock KF5BOC. Audio terhenti jam 2.20 pagi. Jadi seronoklah dapat juga mendengar audio dari ISS. Kemudian aku qso bersama Rizal 9W2KNZ di jalur Transnasional Astra. Menurut beliau telah berjaya merakam qso tersebut.Tahniah Rizal yang sibuk membuat log untuk contest yang lepas. Jika ada kesempatan lagi aku ingin monitor semula audio dari ISS ini.
73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...