Jambori Di Udara Malaysia ke 3

Jambori Pengakap 1 Belia 1 Malaysia bersempena Hari Belia Negara 2010 berlangsung di Wetland Putrajaya 14 hingga 16 mei 2010 bertemakan belia kreatif pemacu pembangunan negara.Kesempatan dengan itu lebih kurang 5000 orang ahli pengakap telah mengambil bahagian memeriahkan sambutan Hari Beli Negara. Dianggarkan lebih 4000 ahli pengakap telah berkampung di tapak perkhemahan yang mewakili kontinjen negeri masing-masing dalam menyertai pelbagai aktiviti JOTA Malaysia ke 3. Terdapat beberapa stesen radio amatur telah diwujudkan bagi memeriahkan aktiviti ini seperti 9m4sjz dan 9m4sjb.
Sempena dengan JOTA Malaysia ke 3, Pengakap kumpulan ke 61 daerah Hulu Langat turut mengadakan aktiviti JOTA di SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan ahli pengakap. Seramai 51 orang ahli telah hadir bagi memeriahkan lagi aktiviti ini. Bermula dengan pendaftaran setiap ahli diikuti dengan persiapan bahan-bahan pameran berkaitan radio amatur oleh ahli yang mengambil bahagian. Pihak penganjur ada menyediakan hadiah untuk pertandingan pameran radio amatur dan pertandingan mengenal callsign terbanyak. Selepas ruang pameran telah sedia untuk dipamerkan bermulalah acara pertandingan mengenal pasti callsign terbanyak.Peserta - peserta monitor di jalur astra jalur panjang, kebetulan ketika itu berlangsungnya 2m net setia bersama astra 9m4chm yang dikendalikan oleh 9w2lst. Jadi pelajar belajar bagaimana qso dijalankan. Setelah sejam berlalu peserta berjaya mendapat seberapa banyak callsign. Pihak Astra tengah juga telah mengambil bahagian sempena hari belia ini di Presint 2, dikhabarkan telah mendapat sambutan yang hangat dikalangan rakan ham dan orang ramai di tapak pesta.
Selepas monitor aktiviti seterusnya adalah penerangan tentang radio amatur dan cara qso dengan stesen lain kepada peserta. Pelajar diterangkan tentang perkara-perkara berkaitan qso. Setelah memahami penggunaannya. Bermulalah acara kemuncak memanggil mana-mana stesen di sekitar lokalan. Hanya menggunakan handy dengan kuasa pancaran 5 watt sahaja serta antena rubber sahaja membolehkan memancar di mana-mana simplex. Memanggil mana-mana rakan dapat contact V25 dengan 9w2llh Pak Long ketika itu di Bandar Mahkota Cheras, memberi peluang kepada ahli pengakap kendalian Amirul untuk qso bersama beliau.Memancar di padang sekolah dan ahli pengakap monitor perbualan tersebut setelah beberap kali memanggil. Ahli semua sangat teruja apabila satu contact dapat dilakukan.Selepas itu terputus hubungan kebarangkalian Pak Long telah bermobile jauh dari jangkauan.
Selepas berada di padang, aktiviti kembali ke tapak pameran ketika itu kedengaran 9m2rie sedang qso bersama 9w2uwr di V47 qth alam damai. Peluang ini tidak dilepaskan setelah 9w2uwr yang qrt saya cuba-cuba memanggil dan abg amrie menjawabnya. Setelah menerangkan aktivti yang dijalankan kepada beliau, maka 2 orang ahli pengakap telah mendapat peluang untuk qso sempena Jota ini. Kemudian aktiviti diteruskan kepada acara penyampaian hadiah kepada para pemenang sebelum pulang ke rumah masing-masing dengan satu pengalaman yang baru bagi mereka.Apa yang penting disini pendedahan kepada aktiviti radio dua hala ini kepada ahli pengakap dapat mendedahkan tentang kepentingannya terhadap mendapatkan pelbagai ilmu serta faedah yang diperolehi daripada aktiviti radio amatur.Walaupun teknologi semakin berubah dan canggih aktiviti kepengakapan masih lagi relevan mengikut arus zaman.Moga dengan aktiviti ini juga dapat melahirkan lebih ramai pelapis-pelapis ham pada masa hadapan disamping melahirkan generasi muda yang berpengetahuan tinggi dalam teknologi komunikasi bukan sebagai pengguna tetapi sebagai pencipta.Itulah yang kita harapkan untuk mencapai negara maju.9w2dya

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...