Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72


 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Persiaran Timur serta laluan 29 selepas simpang Bomba Cyberjaya.


Rupanya tidak jauh dari penghujung Persiaran Selatan telah masuk Putrajaya. Terlihat batu putih yang tertulis Putrajaya semasa berulang-alik mencari batu aras di laluan ini. Tidak syak lagi! Batu putih tersebut merupakan batu tanda sempadan negeri. Sebaliknya tertulis Selangor.


Bahagian atas batu tersebut tertera lambang dan nama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Ada garisan pembahagi dua negeri. Bahagian atas merupakan negeri Selangor, manakala bahagian bawah negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya.


Plat juga tertera Tanda Sempadan Negeri nombor siri 1/72. Ini bermakna kemungkinan terdapat 72 batu sempadan seperti ini. Pasti seronok kalau dapat mencari yang lain pula. Pengalaman penulis selalu jumpa batu sempadan di permatang gunung-gunung di Banjaran Titiwangsa. Lantai batu tanda sempadan ini juga terdapat tarikh dibina kemungkinan 13 September 2023. Ternyata sangat baru lagi dibina.


Tulisan berwarna hitam semakin hilang akibat cuaca. Ukiran pada plat akan kekal selama-lamanya. Pasti tetap boleh dibaca sampai bila-bila sahaja. Ada bulatan dan titik tengah pusat pada plat ini. Tapi bukan bolt seperti batu tanda aras.


Batu tanda sempadan negeri yang masih lagi baharu tersergam indah. W.P. Putrajaya menghadap penghujung Persiaran Selatan dalam daerah Sepang. Ukiran tarikh diabadikan di bahagian lantai. Batu ini berada di selekoh menghala ke Dengkil sebelah kiri.



Manakala, tulisan Negeri Selangor menghadap pangsapuri yang banyak di Presint 5. Terpaksa mendokumentasi dengan cepat memandangkan laluan ini tiada bahu jalan. Nasib baik hari ini cuti Nuzul Al-Quran. Trafik pagi ini kurang dan tidak sibuk bolehlah mencari batu tanda aras dengan kadar segera dan sepantas mungkin.


Stesen tanda aras pertama misi kali adalah BM#162  B 7007. Terlihat semasa melalui Persiaran Selatan arah ke utara. Berpatah balik mengikut persimpangan Desa Pinggiran Putra.


Kedudukan stesen tanda aras B 7007 di antara lorong motorsikal dan Persiaran Timur. Pasti jelas kelihatan stesen tanda aras ini semasa memandu. Koordinat 2.896343 darjah Utara dan 101.707023 darjah Timur.


Seterusnya bergerak ke depan lagi jumpalah pula stesen tanda aras BM#163 B 7009. Mudah lihat batu tanda aras di laluan ini. Cuma berhati-hati ketika  hendak berhenti di tepi jalan. Nasib baik pembahagi jalannya tidaklah terlalu tinggi. Kereta dengan mudah boleh naik ke bahu jalan tersebut.


Stesen tanda aras B 7009 berada di sebelah laluan sikal pula. Koordinat 2.893802 darjah Utara dan 101.692389 darjah Timur. Laluan sikal tidak digunakan pun oleh pengguna jalan raya. Sebaliknya kenderaan penyelenggaraan taman yang menggunakan laluan tersebut.


Memasuki semula Putrajaya, berjaya buat pertama kali mendapat stesen tanda aras berabjad 'F'. Stesen tanda aras BM#164 F 7004 serta yang lama W 61119. 


Kedudukan stesen tanda aras F 7004, juga berada di sebelah laluan sikal. Kereta diparkir di bahu jalan yang boleh dimasuki. Koordinat 2.886892 darjah Utara dan 101.677957 darjah Timur.


Terus ke depan lagi, jumpa pula stesen tanda aras BM#165 F 7005. Stesen lama pula adalah N 5246. Abjad 'F' kedua berjaya ditemui.


Kedudukan stesen tanda aras F 7005 agak jauh dari laluan sikal. Berada berhampiran deretan pokok sepanjang laluan. Koordinat 2.88886 darjah Utara dan 101.670136 darjah Timur.


Seterus keluar ke laluan 29 menghala ke Puchong. Selepas persimpangan Cyberjaya terdapat satu stesen tanda aras. Stesen tanda aras BM#166  3063.


Lokasi berada bersebelahan lorong sikal yang tidak digunakan.Terpaksa melakukan dokumentasi secepat mungkin kerana kereta diparkir  lorong kecemasan. Koordinat 2.902743 darjah Utara dan 101.657899 darjah Timur. Seterusnya memandu masuk semula ke Putrajaya di Persiaran Timur.



Masuk sahaja Persiaran Timur telah ada stesen tanda aras BM#167  B 7002. Terpaksa berhenti di lorong kecemasan dengan kadar segera. Namun, beberapa meter di hadapan terdapat dua kenderaan sudah berhenti di lorong kecemasan juga. Maka, tanpa banyak fikir turut sama berhenti di tepi.


Kedudukan stesen tanda aras B 7002 bersebelahan lorong sikal. Dua kereta putih dapat di lihat di hadapan. Koordinat 2.956470 darjah Utara dan 101.714331 darjah Timur. Sebenarnya 1 kilometer di hadapan terdapat satu lagi stesen sebelum susur keluar ke Presint 15. Laluan yang tidak sesuai untuk kereta parkir memadamkan hasrat hati untuk berhenti.


Seterusnya memandu ke hadapan lagi terlepas dua stesen tanda aras hingga bertemu BM#168 B 7005. Stesen ini sebelum susur keluar ke Desa Putra.


Stesen tanda aras B 7005 terletak di sebelah laluan sikal. Lokasi di keliling rumput yang luas mudah dilihat. Koordinat 2.909882 darjah Utara dan 101.716710 darjah Timur. Kemudian terus ke persimpangan Desa Putra untuk berpatah balik mendapatkan dua lagi stesen yang terlepas tadi.


Setelah berpatah balik melalui Desa Pinggiran Putra terus ke stesen BM#169 B 7003. Berhenti di bahu jalan. Kemudian melintas untuk ke stesen ini. Laluan lurus dan turun bukit amat bahaya untuk kereta diberhentikan berdekatan batu tanda aras ini. Sanggup melintas dan berjalan daripada risiko kereta dilanggar.


Kedudukan stesen tanda aras B 7003 bersebelahan culvet penutup longkang. Berada di tengah antara jalan dan laluan sikal. Boleh dilihat laluan lurus dan menuruni bukit di hadapan. Koordinat 2.925207 darjah Utara dan 101.710841 darjah Timur.


Kemudian berpatah balik melalui persimpangan ke Presint 15. Terus memandu hingga di bawah jejambat Limau Manis. Batu tanda aras BM#170 B 7004 telah tergolek dari tempat asal. Lupa hendak menegakkan semula. Hairan macam mana batu ini boleh tertonggeng.


Hampir masuk ke laluan sikal di bawah jejambat Limau Manis. Tidak pasti bagaimana batu ini boleh beralih dari dasarnya. Pasti ada sesuatu yang melanggar atau menolak dengan sengaja. Monumen kerajaan seperti ini harus dijaga dan dipelihara degan baik tanpa diganggu kacau. Koordinat 2.917546 darjah Utara dan 101.715040 darjah Timur.


Perjalanan di teruskan kembali ke Persiaran Selatan. Ada satu stesen yang tertinggal. Stesen BM#171 F 7003 berada sebelum susur keluar ke PICC. Nombor siri lama B 61134 Stesen ketiga abjad 'F' berjaya dijumpai.


Stesen F 7003 merupakan stesen terakhir pencarian pada kali ini. Stesen berada di bawah pokok menyebabkan plat terdedah dengan lumut. Koordinat 2.890098 darjah Utara dan 101.685726 darjah Timur.

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...