Pemandu dinasihatkan tidak memandu pada waktu malam. Jalan yang sempit boleh mendatangkan bahaya. Jalan sangat perlu diturap menyebabkan memandu dengan lebih berhati-hati.
Sampai di Gap terus memandu terus tanpa perlu menunggu giliran lagi. Jalan naik terus sehala ke atas. Sebelum tiba Gap beberapa meter anda akan melintasi jalan turun sebelah kanan. Laluan sehala itu untuk turun sahaja.
Seni bina bangunan yang unik dari pengaruh Inggeris menyebabkan ia digelar little England. Seni bina England menyambut kedatangan dikiri dan kanan.
Batu sempadan SL adalah negeri Selangor sebelah kiri.
Batu sempadan PA adalah negeri Pahang. Tempat beristirehat sambil menghirup udara nyaman.
Batu tanda mengucapkan Selamat Datang ke Bukit Fraser melepasi pintu gate dari Gap.
Padang Golf di Bukit Fraser penuh cabaran di kawasan tanah tinggi mengikut kontur dan bukit disekitarnya. Rekaan orang Inggeris pada waktu dahulu. Orang Inggeris menjadi Bukit Fraser sebagai tempat percutian dan rehat. Suasana nyaman segar seperti di negara mereka.
Sungguhnya nyaman persekitaran pada petang itu. Terasa juga suhunya semakin dingin apabila mentari mula melabuhkan diri.
Kehijauan hutan dipersekitaran Bukit Fraser masih dipelihara dan dikekalkan. Suhu rendah turut dipengaruhi oleh kehijaun flora di samping kawasan tanah tinggi.
Batu bersurat menceritakan tentang sejarah Bukit Fraser letak di pusat Bukit Fraser. Jadi, para pengunjung serba sedikit dapat mengetahui sejarah kewujudan Bukit Fraser ini.
Bunga hiasan tumbuh segar dipersekitaran yang nyaman. Banyak bunga-bunga liar tumbuh dengan baik kerana persekitaran suhu yang rendah serta menyamankan.
Suasana hijau serta yang menyaman ini menjadi daya tarikan Bukit Fraser bagi pencinta alam. Ia menjadi tarikan burung-burung singgah dari Hemisfera utara dan selatan sebelum meneruskan perjalanannya. Burung-burung tempatan juga tidak kurang menariknya menjadi buruan lensa peminat burung.
Tumbuhan meliar seperti pokok pakis gajah turut banyak didapati. Ada yang menjangkau beratus tahun, hidup dengan subur di kawasan hutan pergunungan.
Banyak trail laluan denai dijaga dan dipelihara dengan baik untuk tatapan cucu-cicit dan generasi masa depan. Hemmant Trail terletak dibelakang Masjid. Papan tanda penerangan turut disediakan sebagai maklumat sebelum memulakan aktiviti merentas hutan atau trekking.
Trail sangat luas untuk menikmati keindahan flora dan fauna. Malahan aktivti trail running pun boleh dilakukan. Papan tanda akan memaklumkan jarak dan masa untuk menghabiskan setiap laluan.
Abu Suradi Trail pula, bertentangan dengan Hemmant trail. Jikalau dari pekan Bukit Fraser ia terletak sebelah kanan.
Pemandangan Masjid dari Abu Suradi trail bertentangan dapat dilihat.
Laluan bertangga sedikit mendaki dipermulaan trek. Mendaki penuh berhati-hati supaya tidak mengalami sebarang kecederaan. Aktiviti memanaskan badan perlulah dilakukan untuk mengelakkan sebarang kecederaan.
Papan tanda Abu Suradi Trail menunjukkan pelbagai maklumat tentang trail ini. Profile trek serta maklumat flora yang terdapat sepanjang laluan.
Kelihatan senibina kolonial terdapat di Bukit Fraser merupkan banglow penginapan untuk pengunjung.
Senibina yang unik rekaan bangunan turut menarik perhatian.
Pemandangan Masjid dari medan selera di Taman Awam.
Satu tarikan terbaru berdekatan Taman Awam merupakan sebuah restoran.
Pengunjung kehampaan kerana taman di bawah tidak boleh dikunjung.
Laluan ke bawah ke arah taman di sambung dengan tangga ke restoran.
Begitu indah pasti menjadi tarikan pengunjung untuk menjejak ke sana.
Antara kreativiti pemilik restoran membuat batu tanda kosong Kilometer. Jika perhatikan dengan betul ia dibuat dari papan lpis sahaja bukannya batupun. Sepatutnya mestilah dibuat dari batu seperti batu aras atau batu sempadan negeri.
Papan tanda arah di bulatan jalan sekitar Taman Awam.
No comments:
Post a Comment