Ujipancar Yaesu FT-818 @ Putrajaya


 Pagi tadi telah dipukat oleh Abg Ayub 9W2VDN semasa memandu pulang di Putrajaya. Baru selasai memasukkan duit atas bayaran Igate 9W2DYA-2 di Bank Hong Leong Islamic Bank di Presint 16. Abg Ayub memantau di aprs terlihat 9W2DYA-6 bergerak di Presint 16. Terus buat panggilan dan mengajak menguji pancar radio HF oleh Abg Helmi 9M2AHF. Kemudian beliau kongsi lokasi dan terus berpatah balik ke lokasi yang telah ditetapkan.


Lokasinya adalah taman berdekatan Dataran Gemilang. Taman tersebut menghadap Marina Putrajaya. Sambil menunggu Helmi 9M2AHF, kami berbual tentang pelbagai perkara tentang minat hobi radio yang sama.


Lokasi ini melihat Abg Ayub 9W2VDN membuat komunikasi menggunakan satelit suatu ketika dahulu. Maka, kali ini sesuailah juga untuk menguji radio High Frequency (HF) pula.


No comments:

Post a Comment

Ujipancar Yaesu FT-818 @ Putrajaya

  Pagi tadi telah dipukat oleh Abg Ayub 9W2VDN semasa memandu pulang di Putrajaya. Baru selasai memasukkan duit atas bayaran Igate 9W2DYA-2 ...