Kejohanan Olahraga Junior All Comers 2026


 Pagi tadi berkesempatan pergi ke Stadium UPM, Serdang. Kejohanan Olahraga Rakan Muda/JBSN/MSWP/Milo 'Junior All Comers 2026' telah berlangsung hari ini dan esok.


Mula bersarapan terlebih dahulu di kedai berdekatan dengan base. Kemudian terus memandu melalui Sg Merab hala ke Abu Bakar Baginda. Sampai UPM ikut pintu belakang belok kiri sudah nampak stadium. Melatak kereta selepas pintu pagar stadium sahaja. Terus ke tepi stadiumtelah berlangsung acara 10,000 meter lumba jalan kaki. Terdapat kelibat atlet SAAS dalam persaingan tersebut.


Acara kegemaran Penulis adalah lumba jalan kaki selain larian jarak jauh. Pernah menyertai acara 10,000m Jalan kaki di UiTM Shah Alam dan 5,000m di Maktab Perlis. Cuaca pagi tadi amat cerah dan terik sekali. Namun, tidak menjadi penghalang kepada semua peserta. Stesen minuman turut disediakan bagi menghilangkan dahaga badan.


Kelompok hadapan bergerak pantas. Kelompak tengah pula sederhana sahaja. Paling belakang agak perlahan sering dipotong atlet yang bergerak pantas. Bertegur sapa dengan seorang Jurulatih Jalan Kaki memantau prestasi atletnya. Mungkin dari Pulau Pinang agaknya. Banyak sekolah sukan negeri dan Malaysia turut menghantar penyertaan.


Sambil melihat kelibat acara jalan kaki ini, acara lombol bergalah turut berjalan. Boleh melihat atlet ini berhempas pulas bagi melepasi palang. Jikalau badan terkena atau terlanggar pasti palang tersebut jatuh ke bawah. Kadang paling cuak melihat atlet yang tidak mendarat pada tilam di bawah. Atlet lombol bergalah mesti ada kemahiran gimnastik bagi mengapung diri melepasi palang menggunakan lombol bergalah tersebut.


Saat akhir kelompok depan terus memecut hingga ke garisan penamat. Kelompok belakang terus bersemangat merapatkan jurang. Bunyi loceng melepasi garisan penamat menandakan hanya tinggal satu pusingan lagi. Tanpa menoleh belakang terus memecut meninggalkan pesaing jauh ke belakang.


Habis acara jalan kaki telah bersedia atlet acara 5,000 meter perempuan. Terselit alumni SMKBTHO2 Ellina Irez yang mewakili SSTMI, Bandar Penawar, Johor Darul Takzim. Bersaing bersama Deenar dari Klang dan seorang lagi atlet SSTMI.



Ketika menunggu acara 5,000 meter perempuan ini, berdiri di sebelah pengunjung bersama atlet perempuan. Tertera baju di belakang BCH Runners. Rupanya atlet tersebut telah menjadi juara Perempuan 3 bawah 12 tahun pada Kejohanan Merentas Desa MSSD Hulu Langat 2026 di MAEPS pada hari Khamis lepas.


Namanya Aisyah Nur Zahirah Binti Radin Adipati bersekolah SK Taman Bukit Teratai, Ampang. Menurut lelaki yang bersama Aisyah tersebut sangat minat pada Ellina. Ellina merupakan idola Aisyah. Mungkin lelaki tersebut salah seorang Jurulatih kelab BCH Runners. Beliau yang mengatakan Ellina merupakan Idola Aisyah. Sempat bertanya kepada lelaki tersebut maksud BCH itu. Bandar Country Homes di Rawang.


Patutlah Aisyah Juara P3, rupanya menyertai kelab di Rawang. Tidak ingat nama jurulatih yang menubuhkan kelab ini. Sebelum ini Aisyah bermula di CAK Akademi seperti Ellina juga. Berkongsi pengalaman kepada jurulatih tersebut. Semasa Ellina masih di SMKBTHO2 ketika itu tingkatan 1. Sewaktu latihan, Ellina berlari bersama kelompok budak lelaki bawah 18 tahun. Betapa lajunya setiap langkah berjaya mengekori rapat pace budak lelaki tingkatan 5 dan 4.


Hadapan Gheena satu kelab bersama Aisyah. Manakala kedudukan tengah adalah Deenar dari Klang satu pasukan dengan Ellina di SSTMI. Manakala kedudukan ketiga tersebut adalah Ellina. Persaingan ini berlaku pada peringkat awal. Mereka bertiga ini berada dalam kelompok hadapan sekali.


Lima pelari kelompok hadapan bersaing sesama sendiri. Akhirnya pelari keempat itu berjaya memotong atlet di hadapannya. Chan May Yan mewakili MSN Selangor terus unggul di hadapan hingga ke garisan penamat dengan catatan masa 19:54.31


Nampaknya, atlet olahraga kini telah mencari kelab yang boleh berlatih bagi meningkatkan prestasi. Ini satu perkembangan yang amat positif. Kelab-kelab ini pastilah dapat melahirkan ramai juara lagi. Persaingan sihat ini memberi faedah jangka masa yang panjang bagi meningkatkan mutu sukan olahraga.


Setelah menghampiri penamat dengan kedudukan keempat berjaya Ellina perolehi. Manakala Deenar tempat keenam di belakang Gheena tempat kelima. Baru perasan Coach Radhi di hujung selekoh melihat aksi atlet bimbingnya beraksi. Terus bergerak ke arah Coach Radhi di tepi bukit di bawah pokok bersama Team BP Athlete. Beliaulah yang melatih atlet MLD SSTMI. Pertama kali jumpa semasa MSSS tahun lepas di stadium UPM juga.


Sempatlah bersembang-sembang dengan Coach Radhi. Menurut beliau Ellina dan Deenar didaftarkan acara 5,000 meter sebagai persiapan merentas desa MSSS dan MSSM. Kemudian datang ibubapa salah seorang atlet bimbingan beliau juga turut duduk menunggu aksi anak mereka. Sokongan ibubapa yang tinggi serba sedikit dapat memberi semangat kepada anak mereka beraksi hingga ke pentas yang lebih tinggi.


Kemudian Deenar pun datang bersama atlet yang lain. Memberi maklum balas tentang prestasi masing-masing kepada Coach Radhi. Semua atlet lepas habis acara mendapatkan maklum balas tentang prestasi diri selepas berjuang di tengah panas itu. Cuaca turut memberi kesan terhadap prestasi.


No comments:

Post a Comment

Kejohanan Olahraga Junior All Comers 2026

  Pagi tadi berkesempatan pergi ke Stadium UPM, Serdang. Kejohanan Olahraga Rakan Muda/JBSN/MSWP/Milo 'Junior All Comers 2026' telah...