Taman Wawasan @ Putrajaya


 Sudah lama ingin meneroka Taman Wawasan. Taman yang terletak di atas bukit berdekatan sahaj adengan Dataran Putra. Maka, pagi tadi berkesempatan meneroka kawasan sekitar taman ini. Pagi tadi meletak kereta di Dataran Putra. Sebilangan orang masih lagi kerja walaupun esok Cuti Tahun Baharu Cina. Sekolah sudah pasti cuti tambahan. Bolehlah meneroka sebelum ramadan muncul juga.


Bergerak dari Dataran Putra terus ke bawah melalui susur turun ke sisir tasik. Laluan bertar bolehlah berlari-lari anak sedikit. Kesan daun dan ranting gugur pada pagi tadi berpunca hujan turun semalam. Para pekerja taman belum tiba memandangkan baru jam 8 pagi ketika lalu di situ. Ramai berselisih melakukan aktiviti kecergasan masing-masing.


Menghampiri Jambatan Seri Bestari belok ke kiri dan terus mengikut jalan tar kenderaan berenjin. Mula menapak perlahan-lahan mendaki bertemu dengan pekerja lanskap dengan pelbagai kenderaan kontraktor pembersihan. Terus mara dan mendaki lagi hingga bertemu persimpangan.Ketika mendaki ini dapat dilihat kawasan bukit bekas ladang getah. Ternyata peninggalan ladang Prang Besar sebelum Putrajaya dibangunkan.


Turut diaktifkan adalah aplikasi Gaia GPS. Kali ini, penjejakan laluan berwarna oren pula. Sudah 36 minit berlalu dengan altitud ketinggian 80 m dari aras laut. Baru menghala bukit pertama menghadap Dataran Putra.


Pemandangan kompleks bangunan kerajaan di Persiaran Perdana. Ada laluan bertangga ke taman bunga raya. Ia merupakan tempat permulaan masuk ke Taman Wawasan di bawah tadi.


Bergerak ke hadapan lagi jumpalah pondok dan bangku menghadap Perdana Putra dan Masjid Putra. Pokok-pokok di bawah itu semakin membesar dan telah melindungi pemandangan dari atas bukit ke Dataran Putra. Dahulu boleh dilihat pondok di atas bukit ini dari Dataran Putra. Kini hanya nampak sedikit bumbung hijau itu sahaja. malahan orang berada diatas bukit itupun boleh dilihat.


Bergerak ke kawasan bangku barulah boleh dilihat kubah Masjid Putra, selain Perdana Putra berkubah hijau itu. Sedikit pemandangan tasik juga dapat dilihat dari sudut ini.


Puas menikmati pemandangan perjalanan turun hingga ke taman berair pancur dan berjeram kolam mini. Laluan di tas bukit sangat sesuai untuk berjoging. Laluan agak rata dan bukit tidaklah terlalu bercerun tinggi. Kanopi pokok memenuhi laluan ini. Masih lagi kawasan ladang getah.


Menghampiri taman mini terus belok ke kanan untuk menjejak kawasan yang lebih tinggi. Penulis ingin mengukur ketinggian kawasan yang paling tinggi di bukit itu. Terpksalah berjalan di bawah pokok yang tumbang menghalang laluan dengan berhati-hati. Potongn cerun mengikut kontur bukit yang mengereng. Sangat cantik pemandangan jalan ini. Jarang melihat laluan bukit dibina sebegi rupa.


Tiba di penghujung jalan bertemu kawasan berpagar. Perjalanan dari bawah telah menmpuhi selama 51 minit 47 saat. Ketinggian yang direkodkan adalah altitud 90m dari aras laut.


Kemungkinan kawasan pagar ini adalah loji kumbahan atau loji air. Tidak pasti yang mana satu kerana tiada papan tanda dipacak sekitar kawasan tersebut. Terdapat tiga tong roro berdekatan kawasan berpagar ini. Terdapat juga sebuah lori 1 tan diletakkan di tepi jalan ini. Semasa berpatah balik turun semula menghala ke taman mini kelihatan pokok rambutan turut ditanam di tepi jalan ini. Kawasan bukit yang lain adalah pokok getah asal sahaja.


Turun dengan berhati-hati. Penulis lebih suka turun memijak rumput sebelah jalan tar tersebut. Terdapat seorang pekerja lanskap sedang mengemas kolam mini ini.


Penghujung hadapan dalam gambar adalah laluan dari puncak baru turun tadi. Pokok-pokok bunga turut menhiasi kolam mini ini. Suasana persekitaran amat mendamaikan. Tambahan pula, bunyi deruan air turut mententeramkan jiwa. Cahaya mentari tersekat dicelah-celah kanopi tidak sampai ke lantai.


Terdapat satu kawasan berpagar sebelah kolam mini ini. Tertera papan tanda Stesen Pengawasan Bersepadu Alam Sekitar WMS 02 (Presint 2, Taman Wawasan) Weather Monitoring Station. Tertera juga alamat Email serta nombor aduan serta alamat website.

No comments:

Post a Comment

Taman Wawasan @ Putrajaya

  Sudah lama ingin meneroka Taman Wawasan. Taman yang terletak di atas bukit berdekatan sahaj adengan Dataran Putra. Maka, pagi tadi berkese...