Bandar Gamuda Cove terdapat Taman Sentral. Ia merupakan taman tasik rekreasi yang di bina untuk penduduk bandar tersebut. Siang tadi sempat ke sana untuk beriadah. Sudah beberapa kali sampai ke sini membawa Damia bermain di taman permainan kanak-kanak. Peralatannya mesra pengguna yang lebih selamat dan sesuai untuk kanak-kanak.
Laluannya dibina daripada konkrit. Penulis lebih suka berjalan sahaja jikalau permukaan laluan yang agak keras. Permukaan yang mesra lutut pasti berjoging sahaja lebih pantas. Namun, masa berlari sudah pasti tidak dapat mengambil gambar.Terdapat tiga jeti di bina memudahkan pengunjung menikmati pemandangan agak ke tengah tasik.
Laluan menghala ke tiga buah jeti. Laluan tasik ini agak luas muat untuk kenderaan motor terutama kenderaan penyelenggaraan lanskap.
Tasik yang ada taman permainan kanak-kanak terletak di sebelah timur. Lokasi boleh cari Maze Garden. Pasti penjejak akan membawa terus ke tasik barat ini. Penulis biasa guna Google Map sahaja mudah dan boleh dipercayai.
Tebing tasik yang agak botak dan lapang. Air pagi tadi agak tenang sahaja. Cuacapun agak mendung sahaja memudahkan pergerakan Penulis untuk meneroka sekeliling tasik ini.
Laluan yang banyak pokok ini berada di tasik tengah. Banyak pokok yang agak besar telah ditanam. Ini menjadikan kawasan sekitar lebih segar dan menghijau.
Ada satu jeti di tasik tengah. Kawasan tasik tengah lebih menghijau. Ini menjadikan suasana lebih menyamankan dan mententeramkan jiwa. Itulah fungsi taman rekreasi dibina. Membolehkan penduduk beriadah dan berekreasi untuk mendapatkan ketenangan dan menyegarkan kembali tenaga setelah penat bekerja.
Taman rekreasi atau kawasan lapang perlu diadakan bagi menjaga kesejahteraan kesihatan penduduk setempat. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan secara tidak langsung meningkatkan mutu kesihatan masyarakat.
Penulis terpaksa melepasi jalan yang belum dibuka bagi menyeberang ke tasik timur pula. Jambatan lengkung itu menghubungkan tasik timur dan tengah.
Laluan untuk naik ada ke hadapan sedikit. Nanti sudah pusing tasik timur baru menggunakan jejambat tersebut. Membuat satu pusingan tasik timur terlebih dahulu.
Pokok-pokok hiasan turut memagari tebing tasik. Melahirkan pemandangan yang berwarna-warni memikat hati.
Hidupan akuatik turut ada di dalam tasik timur. Bunga teratai turut kembang mekar. Walaupun tumbuhan ini tidak begitu padat namun bunganya tetap kembang.
Sepanjang perjalanan di tepi tasik disediakan pelampung. Nombor kecemsan turut boleh dihubungi jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini. Langkah keselamatan ini sangat bagus untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Pemaju lain harus mengambil langkah sebegini. Barulah terjamin keselamatan pengunjung yang menggunakan kemudahan yang disediakan.
Pelantar berdekatan jejambat penghubungkan tasik timur dengan tasik tengah. Laluan masuk sudah hampir. Pasti memudahkan menyeberangi kedua buah tasik ini. Pemandangan sekitar pasti dapat dinikmati.
Video rakaman ketika berjalan di atas jejambat yang menghubungi tasik timur dan tasik tengah. Kawasan persekitaran boleh dilihat dari jejambat ini.
Jejambat ini agak panjang, hampir tiga minit untuk menyeberanginya juga. Pemandangan sekeliling sememangnya membuat Penulis teruja. Berada di tempat tinggi memberi pemandangan yang luas dan melapangkan fikiran.
Pemandangan tasik tengah dari atas jejambat. Elemen air dan pohon yang menghijau tempat sesuai merehatkan minda. Untung bagi penempatan yang menyediakan taman rekreasi yang mempunyai tasik. Base Penulis tidak ada taman seperti ini. Terpaksalah warga penduduk berjoging di tepi jalan sahaja. Trend pemaju sekarang pasti membina kolam yang ada laluan untuk berjalan kaki mahupun berbasikal atau berkasut roda. Ini memberi keselesaan serta keselamatan pasti terjamin.
Contohnya di Alamsari terdapat tiga buah tasik untuk beriadah. Manakala Bandar Puteri Bangi turut mempunyai satu taman tasik untuk beriadah. Nilai Impian turut mempunyai tasik yang boleh pusing keliling untuk berjoging. Tasik Cempaka di Bandar Baru Bangi turut menjadi tumpuan ramai. Ada burung bangau yang banyak menangkap ikan dalam kolam takungan dari Sungai Ayer Hitam.
Laluan sebegini menjadi syurga bagi yang suka berlari dan berbasikal. Jikalau laluan ini wujud di tempat tinggal Penulis pasti tiap petang ia akan meriah. Deretan pokok kanopi meneduhkan kawasan persekitaran. Sebelah kiri merupakan jalan utama ke kawasan kediaman Bandar Gamuda Cove.
Laluan bawah jambatan menghubungkan tasik tengah dengan tasik barat. Bawah jambatan itu ada taman permainan kanak-kanak dan keranjang untuk sukan bola keranjang. Terdapat tempat duduk yang panjang turut dibina oleh pemaju. Idea yang sangat baik daripada terbiar ruang yang kosong sahaja.
Keluar bawah jambatan pemandang tasik barat luas saujana mata memandang. Tiada pokok hanya kawasan lapang berumput sahaja.
Gigi air berumput tiada pokok ditanam menyebabkan suasana hangat dan silau. Nasib baiklah Penulis pergi sewaktu WX mendung dan redup sahaja. Pergerakan bermula lewat sejak jam 10:48 pagi. Perbandaran baru perlu banyak menanam pokok agar suasana hijau dan mengurangkan haba persekitaran. Ini secara tidak langsung menurunkan suhu persekitaran.
Bergerak ke hadapan sedkit kelihatan banyak pokok-pokok telah ditanam. Ini mengindahkan lagi pemandangan persekitaran tasik barat ini. Pelbagai spesies pokok ditanam secara baris bercampur-campur. Ada cepat membesar terus mengejar cahaya matahari. Ada juga pertumbuhan perlahan mengikut usia dan bakanya.
Pokok nan sebatang di tepi tasik. Beberapa tahun dahulu semasa awal pembukaan kawasan ini. Pokok yang ditanam agak kurang. Kali ini sudah ada perubahan. Banyak sudut-sudut tepi tasik barat telah dibuat pulau-pulau pokok. Plot-plot pokok ini turut menarik burung-burung datang berteduh.
Contoh plot tanaman pokok bercampur dapat dilihat antara tasik dan laluan riadah. Kepelbagaian ketinggian memperlihatkan proses tumbesaran yang berbeza setiap spesies. Hasilnya dapat dilihat setelah matang. Pasti suasana hutan dapat dilihat persekitaran Taman Sentral ini. Daun-daun kering di lantai rumput akhirnya boleh menjadi baja semulajadi.
Titik-titik pokok-pokok yang ditanam mengindahkan lagi pemandangan tasik. Dahulu tepi tasik ini botak sahaja tanpa ditanam pokok.
Tidak di tasik timur, pokok yang sudah agak besar dipindahkan di kawasan baru. Maka, cepatlah kawasan itu diliputi pokok yang sudah membesarkan. Jikalau negara maju, mereka hanya menebang pokok bagi kawasan yang hendak digunakan sahaja. Ini dapat memelihara dan pulihara pokok yang sudah berusia lebih. Baru-baru ini sebatang pokok tualang berusia lebih seratus tahun menjadi mangsa laluan jalan raya yang diperbesarkan. Sayang seribu kali sayang. Perancangan yang tidak teliti sanggup mengorbankan sebatang pokok yang bernilai.
Boleh dilihat sekeliling kawasan tasik ini pembinaan kawasan perumahan Bandar Gamuda Cove rancak. Siap kelak nanti pasti kawasan tasik ini menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk beriadah pada setiap hari mahupun pada hujung minggu.
Pokok-pokok yang ditanam turut dilabelkan. Maklumat boleh diimbas melalui kod QR yang dilabelkan pada pokok tersebut. Ini memberi maklumat penting kepada pengunjung terhadap sesuatu spesies pokok tersebut.
Penghujung tasik barat air kolam semakin mengecil. Laluan terus kehadapan hingga ke penghujung jalan yang dalam pembinaan. Hanya satu laluan sahaja dibina dan tidak mengelilingi tasik yang semakin mengecil ini.
Kolam kecil bertukar menjadi terusan pula setelah bergerak makin ke hadapan. Pokok-pokok tetap ditanam sebelah laluan. Seberang terusan tersebut pembinaan kawasan perumahan rancak dilakukan.
Pemandangan terusan dan laluan dari titik akhir tasik barat. Punca iar masuk ke tasik dari arah ini. Persekitaran Bandar Gamuda Cove ini merupakan kawasan bencah. Berdekatan juga dengan Paya Indah Wetland dan Hutan Rizab Kuala Langat Utara.
Pelantar berpagar ini ada bulatan kerja ukur ditengahnya. Bawah pelantar ini pintu air mengawal kemasukan air dari luar ke kawasan tasik.
Penghujung terusan kolam semakin membesar sebelum ke tasik. Sebelah kiri merupakan kawasan perumahan dalam pembinaan. Pergerakan balik semula ke tasik barat.
Pemandangan tasik barat dari simpang terusan. Perjalanan diteruskan menghala ke taman permainan kanak-kanak semula.
Lubang-lubang telah digali untuk pokok-pokok ditanam pasti mengindahkan kawasan tersebut. Mungkin banyak lagi kawasan tepi tasik akan dibuat seperti ini juga. Fasa demi fasa untuk meningkatkan lagi kawasan hijau.
Tasik ini juga turut mendapat perhatian burung-burung bangau. Kawasan persekitaran Bandar Gamuda Cove ini sememangnya terdapat banyak burung persinggahan. Ketika mencari belon KLIA kawasan terdekat. Boleh dilihat pelbagai spesies burung hijrah dan tempatan sering ditemui. Tasik-tasik besar sekitar bandar pernah dijelajahi ketika mencari belon kaji cuaca.
Burung botak upeh berada di tebing tasik menunggu habuan yang berada di dalam air. Seekor lagi bangau putih telah terbang apabila melihat kelibat Penulis.
Contoh plot tanaman bercampur tepi tasik barat. Besar nanti pasti kelihatan seperti dalam hutan. Pokok-pokok merebut cahaya matahari pastilah yang paling tinggi. Maka terhasilah kanopi pokok menutup cahaya di lantai tanah. Satu kawasan model hutan akan terhasil di sini. Seterusnya burung-burung dan unggas pasti banyak menjadi habitat baru.
Pokok-pokok di tepi tasik masih dalam proses pembesaran. Pasti redup setelah membesarkan dengan baik beberapa tahun akan datang. Satu perancangan yang agak teliti bagi pemaju dalam merancang bandar yang hebat ini.
Tiba semula kawasan taman permainan dengan jarak 4.5km. Terdapat papan tanda kenali pokok utama yang telah ditanam sekitar tasik. Maka pengunjung boleh mengenali pokok-pokok yang telah ditanam itu. Terdapat 42 spesies pokok yang dipaparkan pada papan tanda tersebut.
Satu lagi papan tanda menunjukkan pokok campuran "woodland" Pokok campuran ini pula memaparkan 30 spesies pokok. Teringat rakan roomate yang mengambil kursus town planning dahulu. Terpaksa membuat buku skrap setiap spesies pokok yang ada di sekitar kampus.
Terpaksa melengkapkan satu pusingan tasik barat bagi melengkapkan jarak lebih 5 km. Pemandangan tiga buah jeti nun jauh diseberang sana.
Pemandangan tasik barat sebelah hujung dari jambatan batu. Sebentar tadi laluan terus ke hadapan sana hingga ke terusan. Jambatan batu ini laluan lebih singkat bagi mendapat satu pusingan kecil tasik barat.
Hasil meneroka kawasan Taman Sentral berjaya menghabiskan jarak 5.41 km. Tempoh masa dalam 1 jam 15 minit 58 saat. Kelajuan pace 14:02 /km Selain Taman Sentaral ini, Bandar Gamuda Cove terkenal dengan Taman Tema Air Splash Mania dan tarikan lain. Perancangan yang teliti menyediakan kemudahan tarikan ramai bagi menarik minat orang membeli rumah di kawasan ini.
Objektif utama penerokaan juga menyambut cabaran berjalan kaki sejauh 3 Batu. Alhamdulillah tercapai juga di Taman Sentral setelah berjalan lebih 5 km. Pulang dan datang melalui akses baru tanpa tol melalui Cyberjaya 10. Pemaju harus memikirkan laluan alternatif yang lain selain laluan bertol barulah dapat menarik minat bakal pembeli rumah.
Jumpa dan jumpa lagi
Selamat memburu!
73, Jojet de 9w2dya


















.jpg)















.jpg)





.jpg)





No comments:
Post a Comment