Belon tersangkut


 Pagi tadi selepas menghantar harmonic ke sekolah sempat mencari belon KLIA malam tadi. Memandu dari Bangi melalui Jenderam Hulu kemudian terus ke Labu. Rupanya belon KLIA malam itu telah jatuh di Ladang Labu. Pertama kali memasuki kawasan ladang ini. Sebelum ini, sebelum cuti Deepavali berjaya mendapat belon KLIA yang jatuh di Batu 10 Labu tidak jauh dari sini.


Melihat pada jangkaannya jatuh di atas bumbung rumah pekerja syarikat perladagan ini. Namun, belon telah tersangkut pada pelepah kelapa sawit. Radiosonde 2405012523 jatuh bertarikh 4 November 2024 jam 21:33 malam. Koordinat 2.75024 darjah Utara dan 101.81524 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 200m dan altitud ketinggian maksimum28,260m.


Semasa tiba di Balai Pengawal terdapat anggota sedang bertugas. Memaklumkan kepada mereka tujuan masuk untuk mengambil belon kaji cuaca yang telah jatuh malam tadi. Tunjukkan juga unit radiosonde contoh untuk menyakinkan mereka barang yang di cari. Kemudian salah seorang daripada mereka akan mengiring menunjukkan lokasi belon jatuh. Sebelum itu, tunjukkan tangkap layar lokasi rumah pekerja tersebut. Mereka sedia maklum lokasi belon jatuh tersebut.


Selepas mendapat kebenaran terus mengikut anggota yang membonceng motorsikal di hadapan. Tiba di kawasan perumahan pekerja tersebut disambut oleh seekor anak anjing. Seterusnya anggota bermotosikal tadi membuka pagar rumah tengah yang dijangka tempat mendarat. Rumah tersebut kosong tidak diduki. Terus ke belakang rumah melihat sekeliling. Terlihat benang tergantung di belakang rumah tersebut. Belon tidak melepasi pagarpun atau mendarat di bumbung. Pelepah sawit telah menyelamatkan keadaan.


Kemudian anggota tersebut menunjukkan laluan ke belakang rumah tersebut. Tiba di benang, terlihat peranti di atas tanah. Manakala belon tersangkut. Kemudian melurut-lurutkan benang hingga belon mencecah lantai. Belon akan turun dengan laju kerana lebih berat. Seterusnya kerja-kerja perekodan dilakukan. Tidak dapat mengambil gambar dengan banyak kerana ada anggota tersebut.


Sambil menggulung benang pada winder bersembang dengan anggota tersebut. Menceritakan lebih lanjut tentang radiosonde yang dilepaskan oleh METMalaysia. Anggota tersebut sangat berminat dan mengemukakan banyak soalan juga. Antara soalan yang tidak boleh dijawab penulis. Cuaca petang ini macam mana? Hujan tak? Soalan cepu emas yang sering dilemparkan oleh masyarakat ketika mencari belon kaji cuaca ini. Jawapannya hanya METMalaysia yang mempunyai data tersebut. Selepas selesai, ucapkan terima kasih atas bantuan dan sembang-sembang santai tapi bermanfaat.



Anggota Ladang Labu ini sangat peramah dan mesra serta memberi kerjasama yang sangat baik. Sudah biasa berurusan dengan Polis Bantuan di ladang mereka di Pulau Carey, Banting, Bukit Pelandok dan Sepang. Semua ladang tersebut sering dikunjungi belon yang terbang dari KLIA.

Seterusnya belon pagi tadi berjaya dicari oleh Zahrin 9W2MDZ. Lokasi jatuh di Sg Jijan berdekatan jalan besar hala ke LBJ. Jatuh jam 9:33 pagi bertarikh 5 November 2024. Koordinat 2.74553 darjah Utara dan 101.78953 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 202m dan ketinggian maksimum 29,556m.

Credit 9W2MDZ

Kelihatan peranti dijumpai jatuh di atas tanah. Kelihatan seperti dilonggokan pelepah sawit kering sahaja.

Credit 9W2MDZ

Jarak 45.9m jarak titik akhir ke peranti yang dijumpai. Nampakanya belon pagi lebih jauh mendarat berbanding belon malam tadi. Belon di Ladang labu itu dijumpai jarak 13.6m dari titik akhir.

Credit 9W2MDZ

Radiosonde 2405012544 dalam genggaman Zahrin 9W2MDZ.

Credit 9W2MDZ

Parit yang mangalir air mententeramkan jiwa. Bernasib baik air kecil sahaja memudahkan Zahrin 9W2MDZ mencari radioaonde. Tahniah diucapkan kepada Zahrin 9W2MDZ atas kejayaan mencari secara solo.

Selamat memburu!
Jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet de 9w2dya



No comments:

Post a Comment

Belon tersangkut

  Pagi tadi selepas menghantar harmonic ke sekolah sempat mencari belon KLIA malam tadi. Memandu dari Bangi melalui Jenderam Hulu kemudian t...