Pagi ini sempat melancarkan mencari dan menyelamat belon Gemas di Ayer Kuning. Misi SAR bersama Damia. Memandangkan ia jatuh di tepi jalan besar sahaja. Maka, mudahlah Damia turut serta mencarinya.
Misi merupakan kali kedua yang dilakukan oleh Pemburu Belon. Minggu lepas 10 Ogos 2025, Mamu 9W2PRX dan Choong 9M2CEI turut singgah lokasi ini bagi meneruskan pencarian. Pagi ini, penulis berkelapangan bersama Damia bagi mencuba nasib. Ini kerana altitud ketinggian radiosonde L2334075 merupakan paling rendah daripada 10 belon yang telah dilepaskan.
Radiosonde RS92-SGP L2334075 telah dilepaskan pada 7 Ogos 2025 dan kehilangan isyarat jam 12:27 tengah hari. Koordinat 2.54819 darjah Utara dan 101.97559 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 983 m dan ketinggian maksimum 24,274 m. Titik akhir betul-betul tepi jalan menghala ke deretan kedai di Ayer Kuning.
Memandu dari Bangi bersarapan terlebih dahulu. Memandu melalui Bukit Mahkota ke Nilai. Kemudian menghala ke Labu hingga melewati Seremban terus ke Sungai Gadut. Jalan bengkang-bengkok kawasan ladang kelapa sawit terus ke Rantau. Akhir sekali dari Rantau terus menghala ke Ayer Kuning.
Tiba deretan kedai meletakkan kereta terlebih dahulu. Setkan koordinat radiosonde pada aplikasi GPS Waypoint Finder seperti biasa. Kemudian keluar kereta terus menghala ke arah titik jangkaan sondehub. Bergeraklah di tepi jalan hingga penanda jarak Linggi dan Rantau km 9. Tepi penanda merupakan kawasan ladang kelapa sawit. Tiada pula benang terjuntai berhampiran kawasan tersebut. Jarak batu penanda ke titik akhir adalah 302 m.
Setelah puas melihat sekeliling barulah turun ke bawah sedikit ke titik jangkaan sondehub. Ada laluan bertar masuk ke dalam. Meninjau kawasan titik jangkaan merupakan kawasan laman rumah orang. Terus bergerak menyusur tar tersebut hingga ke kawasan pembinaan jambatan konkrit dalam pembinaan. Mungkin inilah Sungai Ayer Kuning tersebut. Memantau persekitaran tiada tanda-tanda benang tersangkut juga. Jarak titik akhir dari tapak ini adalah 237 m.
Sebelah laluan bertar selorong ini merupakan kawasan berpagar yang telah kedengaran salakan anjing. Salakan ini bermula kami melalui di hadapan kawasan ini lagi. Kalau jatuh dalam kawasan berpagar ini, pastilah tuan tanah telah membuangnya.
Bergerak kembali ke arah deretan kedai. Melepasi kawasan berpagar merupakan satu lot tanah yang ditumbuhi pokok. Memerhati dengan penuh perhatian kawasan bersemak ini jikalau ada benang tersangkut. Namun, tidak ada tanda juga belon boleh ditemui. Kemudian mengambil kereta terus membasuh kereta di deretan kedai tersebut. Bergerak keluar ke belakang deretan kedai tersebut sementara kereta sudah dibasuh. Meninjau-ninjau sebelah belakang bangunan pula. Masih juga tiada tanda. Memandang semula kawasan semak sekali lagi.
Sebelah belakang deretan bangunan merupakan kawasan kebun. Kedengaran kokokan ayam. Melihat juga di kawasan kebun tersebut. Masih juga tiada tanda. Usai kereta dibasuh terus meletak semula kereta di hadapan deretan kedai. Kali ini, misi hendak ke kedai serbaneka berhampiran bagi mengisi bekalan pula.
Bergerak ke titik akhir terhampir berjaya mendapat bacaan jarak 5.9 m. Maklumlah titik akhir betul-betul tepi jalan utama tersebut. Ini merupakan bukti koordinat akhir telah berjaya dikunci. Seterusnya setelah berpuas hati mencari terus menghala ke Port Dickson melalui Si Rusa.
Melepasi Muzium Tentera Darat belok kiri menghala ke Teluk Kemang. Destinasi seterusnya adalah PD Ostrich Show Farm bersebelahan sahaja dengan Politeknik. Minggu lepas ke sini juga iaitu PD Mini Zoo berdekatan juga. Alang-alang misi SAR dekat Port Dickson Damia hendak melihat haiwan sekali lagi.
Tiket bagi dewasa warganegara adalah RM23 dan kanak-kanak RM17. Makanan haiwan pula adalah RM10 terdiri dari rumput panjang dan dua bungkusan palet dan jagung. Selepas membuat bayaran dan dipakaikan gelang. Pekerja kaunter tersebut menyatakan ketika itu akan bermula aktiviti Perlumbaan Burung Unta. Apa lagi! kami terus bergegas ke tempat tersebut.
Sesi taklimat dan demonstrasi perlumbaan oleh staf pusat tersebut. Beberapa kanak-kanak pelancong dari India telah cuba berlumba dengan burung Unta tersebut yang bernama Kuntum. Setelah berlumba, setiap peserta membawa balik sekeping Sijil sebagai kenangan.
No comments:
Post a Comment