Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Jalan Kebun Barat. Kali ini jatuh darat antara yang paling jauh hampir dengan Bandar Rimbayu. Mungkin pengaruh ribut tropika Senyar yang telah aktif awal minggu ini.
![]() |
| Credit Arul 9M2OCX |
Weerut 9W2RUT memandu jelopi ke lokasi kejadian. Sejak tibanya monsun timur laut, belon masih lagi jatuh ke dalam laut. Hanya sekali-sekala belon ke darat. Ini mungkin disebabkan gangguan sistem sejak letusnya ribut solar beberapa minggu yang lalu.
![]() |
| Credit Arul 9M2OCX |
Seorang lagi anggota SAR belon KLIA pagi tadi ialah Rick. Bersemangat untuk mencari peranti radiosonde dan belon. Musim-musim yang lepas setelah masuknya angin monsun timur laut. Sudah pastilah secara konsisten belon akan jatuh ke darat. Tidak pada tahun ini, belon tidak sekerap selalu jatuh ke darat. Hanya sekali-sekala sahaja.
![]() |
| Credit Arul 9M2OCX |
Jelopi yang dipandu oleh Weerut 9W2RUT mempunyai peralatan komunikasi radio yang canggih. Pasti siap siaga membantu bantuan komunikasi kecemasan terutama musim banjir yang berlaku sekarang.
![]() |
| Credit Arul 9M2OCX |
Setelah tiba di lokasi kejadian. Arul 9M2OCX melaporkan bahawa belon telah mendarat atas bumbung rumah. Tepat jangkaan penulis bahawa belon telah jatuh atas bumbung. Arus angin yang kuat telah membawa hingga ke Jalan Kebun. Kebiasaannya sampai sebelum Telok Panglima Garang sahaja. Pagi ini, arah belon luar biasa sekali hingga masuk ke daerah Klang.
![]() |
| Credit Arul 9M2OCX |
Catatan paling utara teringat masa banjir besar tahun 2021 dahulu. Belon mendarat hingga ke Seksyen18 Shah Alam. Jatuh tepi laluan rel keretapi. Nasib baik penulis jumpa peranti radiosonde model DFM-17 tersebut. Anggota SAR pagi tadi menikmati makan selepas ke lokasi kejadian.
Berbalik kepada ribut tropika Senyar, terdapat udara tekanan rendah di Selat Melaka semasa kejadian banjir di Perlis. Pagi isnin 24 November 2025 kawasan utara dan selatan Thai telahpun mengalami banjir. Ramai pelancong Malaysia turut terkandas di Hatyai. Tangkap layar aplikasi Windy amat penting dipantau waktu musim banjir ini.
Hari selasa 25 November 2025 pusaran angin tekanan rendah itu semakin aktif. Ia telah dikenali sebagai 95B telah ke arah menjadi ribut. Jarang sekali ribut tropika wujud di Selat Melaka ini. Angin Monsun Ti,ur Laut merentasi selatan Thai dan utara Malaysia berpusar ke Selat Melaka perairan Perak dan Pulau Pinang.
Setelah itu, pusaran tersebut mula bergerak ke arah Langsa, Sumatera. Hujan masih aktif lagi di Selatan Thai dan Perlis.
Keesokan hari Rabu 26 November 2025 angin terus aktif. Ramalan menggunakan Model ECMWF angin naik taraf menjadi Ribut Tropika Four. Satu lagi ribut tropika Koto berlaku di Filipina serentak ketika itu. Ramalan ribut tropika Four ini telah mengarah semula ke Semenanjung Malaysia di Selat Melaka.
Sebelah malam pula ribut tersebut telah dikenali sebagai Senyar. Pihak Meteorologi India memilih nama tersebut yang bermaksud Lion. Unjuran model IMD menunjukan ribut ini akan mengarah ke pantai negeri Perak. Pusaran angin bergerak 64 km/h direkodkan.
Manakala, model ECMWF unjuran ribut tropika Senyar bergerak ke perairan Selangor pula. Petang tadi Met Malaysia telah membuat sidang akhbar mengenai Ribut Tropika Senyar akan menghala ke Semenanjung melintas hingga ke pantai timur jangkaannya.
Pemantauan pada malam ini ketika penulisan ini dibuat. Hujan masih lagi turun sekejap-sekejap berhenti. Maka, rakyat perlu siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku esok hari. Sentiasalah memantau berita terkini yang dikeluarkan oleh Met Malaysia. Hanya Met Malaysia sahaja badan berkuasa mengeluarkan maklumat yang sahih sahaja.
Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya














No comments:
Post a Comment