Belon Altitud Tinggi (HAB) 9W2NSU-11 dan HS1JAN-1

ANNOUNCEMENT



Para Pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa akan mengadakan program 'SPACE ADVENTURE' bersempena pelancaran High-Altitude Balloon (HAB), projek kelas Rekabentuk Kapal Angkasa, ES481 bagi pelajar tahun akhirKejuruteraan Aeroangkasa. Penyertaan terbuka kepada anak-anak staf lingkungan umur 11-17 tahun. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 18 Disember 2014 (KHAMIS)
Masa  : 7.30 pagi sehingga 5.30 petang
Tempat: Hangar , Kampus Kejuruteraan USM
Yuran : RM20 bagi setiap peserta

*Makanan dan sijil penyertaan disediakan
*Pendaftaran terhad kepada 50 orang peserta sahaja

Atucara Program :
8.00 pagi : Pendaftaran peserta di Hangar.
8.30 pagi : Upacara perasmian dan ucapan daripada tetamu kehormat
9.00 pagi : Pelancaran HAB – “Space launch”
10.00 pagi : Permainan interaktif – “Space Race”
12.30 tgh hari : Makan tengah hari solat Zuhur dan rehat​
2.00 petang : Bengkel pembuatan roket air
4.00 petang : Pertandingan roket air – “Space Fun”
5.00 petang : Ketibaan HAB, Penyampaian hadiah,Upacara penutup
5.30 petang : Majlis bersurai

Peserta dikehendaki memakai pakaian sukan dan membawa kelengkapan menulis. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi no telefon yang tertera dalam poster dan boleh mengisi borang secara online di link ini. 

Info
Symbol: Balloon
Pkt Type: PositionWTime
Device: APRS

Launch
2014-12-18 01:45:12 UTC
Lat: 5.14767    Long: 100.49533
Altitude: 559 feet
Location: Penang, Malaysia

Max. Altitude
2014-12-18 02:43:52 UTC
Lat: 5.22717    Long: 100.23467
Altitude: 73,218 feet

Last Report
2014-12-18 03:45:38 UTC
Lat: 5.24317    Long: 100.02333
Altitude: 73,088 feet
Comment: /Ti=107/Te=107/V=17237 USM-REAKSI Balloon;?
Packet Count: 880

Info
HS1JAN-11
Symbol: Balloon
Pkt Type: Position
Device: APGJW6-1

Launch
2014-12-21 03:07:43 UTC
Lat: 13.8955    Long: 100.44917
Altitude: 1,049 feet
Location: Nonthaburi, Thailand

Max. Altitude
2014-12-21 06:18:15 UTC
Lat: 14.17483    Long: 100.21317
Altitude: 82,737 feet

Last Report
2014-12-21 06:18:16 UTC
Lat: 14.17483    Long: 100.21317
Altitude: 82,737 feet
Comment: :dev 0.0KHz
Packet Count: 579


PELAJAR AEROANGKASA BERJAYA LANCARKAN BELON ALTITUD TINGGI UNTUK KALI KEDUA PDF Print E-mail
Written by mnmz   
belon 0100
NIBONG TEBAL, 19 Disember 2014 – Sekumpulan pelajar tahun akhir program Rekabentuk Kapal Angkasa, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa (PPK Aero), Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya melancarkan dua belon altitud tinggi (HAB) pagi semalam.
Menurut Penyelaras projek Dr. Norilmi Amilia Ismail, belon altitud tinggi itu adalah belon tanpa pemandu diisi dengan helium atau gas hidrogen dan dilancarkan ke lapisan stratosfera dengan ketinggian kira-kira 100,000 kaki atau 32 kilometer dari paras bumi.
belon 0052
Pelancaran pada kali ini merupakan hasil projek daripada dua kumpulan pelajar Aeroangkasa yang menggelarkan diri mereka sebagai Pasukan Levitate dan Aerospace USM (AUSM).
"Projek reka bentuk satelit ini memerlukan pelajar untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan, memperoleh pengalaman dalam mereka bentuk satelit dan fabrikasi mendasarkan pada rekabentuk yang telah dirancang”, kata Norilmi.
"Projek HAB ini juga bermula pada September 2014 dan ini merupakan projek HAB kedua di Malaysia yang melibatkan dapatan semula muatan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar USM”, tambahnya lagi.
Bel
belon 0113
iau berkata, objektif projek adalah meliputi pengambilan fotograf udara, pengumpulan data saintifik atmosfera, mewujudkan kesedaran awam bagi aktiviti belon altitud tinggi dan juga menjadi kumpulan pertama yang membawa Jalur Gemilang kepada ufuk bumi.
Selain itu, muatan untuk kedua-dua misi HAB ini terdiri daripada kamera untuk mengambil gambar ufuk bumi, sensor untuk mengumpul data fizikal atmosfera, GPS untuk mengesan muatan dan yang paling penting adalah Jalur Gemilang bersama-sama dengan bola ping pong yang dihiasi oleh para pelajar.
Sementara itu, berdasarkan kepada data GPS mengesahkan belon telahpun mendarat di laut dan disebabkan oleh cuaca yang buruk dan ombak bergelora, pasukan Search & Rescue (S&R) masih tidak dapat mengembalikan muatan berdasarkan koordinat yang diberi.
"Saya yakin bahawa projek ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara universiti dengan pihak luar seperti Astronautical Asssociation Malaysia (AAM) seterusnya membina pelajar untuk bekerja dalam satu pasukan”, ujarnya lagi.
Projek ini turut mendapat kerjasama serta khidmat nasihat daripada kakitangan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PPKM), Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPKK).

belon 0074
Majlis pelancaran projek telah disempurnakan oleh Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Profesor Dr. Zaidi Mohd Ripin di perkarangan Hangar, Kampus Kejuruteraan.  
Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Shafizan Zookiffli

No comments:

Post a Comment

Belon KLIA WxR-301D2302104516 hilang isyarat

  Malam tadi selepas terawih telah pergi ke lokasi belon KLIA jatuh  di hujung Persiaran Selatan. Tiba di lokasi tidak kedengaran sebarang i...