Radio Amatur secara langsung di Berita Nasional

Langsung TV1

Secara langsung dibawa dari Kota Bharu 9M2SIX menghubungi 9M4CMA di Angkasapuri Kuala Lumpur ketika Berita Nasional TV1.

Wartawan RTM 9W2EEZ membuat panggilan ke Kuala Lumpur secara langsung dikaca televisyen ditontoni jutaan rakyat Malaysia.

Salah satu cara memperkenalkan perkhidmatan radio amatur kepada umum ketika negara dilanda musibah banjir. Laporan tulus dan benar terus -menerus dilaporkan mengikut situasi semasa yang berlaku ditempat kejadian.

Nampaknya radio amatur sudah terkenal serata negara ketika berlakunya banjir ini. Banyak rakan radio memainkan peranan bagi membantu komunikasi kecemasan ditempat yang memerlukan.



No comments:

Post a Comment

Batu Titik Kawalan N 0376

  Hari ini melancarkan misi mencari batu dan geocache di sekitar Seremban 2 dan Labu. Hasil pencarian hari ini berjaya menemui satu batu Tit...