Hari terakhir di MAHA 2014

Pameran  Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) 2014 telah berakhir semalam. Aku dan xyl sempat ke sana pada hari terakhir pada tahun ini. Pada kali ini aku masuk melalui pintu satu berdekatan dengan Dewan. Tempat letak kereta yang luas dan banyak memudahkan memilih tempat yang lebih dekat dengan dewan.



 Dewan D menjadi destinasi pertama yang wajib kerana di situ letaknya Makanan Popular di Malaysia. Sememangnya hendak ke sana lebih-lebih lagi perut dalam kelaparan maka makanan yang sedap menjadi pilihan.

Selepas itu, naik ke Dewan A dan B untuk ke Bazaar Industri Asas Tani melihat pameran produk barangan berasaskan pertanian.

Kemudian turun ke bawah ke Pavilion Negeri yang melambang keunikan negeri masing-masing.

Sebelum tu bergambar di kawasan taman bunga yang menggalakkan masyarakat menanam bunga menggunakan bahan terbuang.

Selepas itu ke kawasan pavilion negeri di kawasan pintu gerbang buah-buahan tempatan. Bergambar dengan pohon cermai yang berbuah agak lebat. Banyak pohon buahan di tanam di kawasan ini.

Pengunjung dapat melihat pokok dan tumbuhan yang jarang dijumpai terutamanya generasi muda kini yang tidak mengetahuinya.




Setiap negeri memaparkan kreativiti bagi menarik perhatian mengunjungi rumah pameran. Hasil produk asas tani dari negeri masing-masing ditunjukkan kepada pengunjung. Kebanyakan tumbuhan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dihias dipersekitaran.

Labu sayong yang besar ini menarik perhatianku bergambar kenangan di Rumah Negeri Perak.
Terdapat tiga buah labu besar disusun rapi menghias laman negeri Perak bertentangan dengan Rumah Johor.






Sememangnya idea kreativiti yang menarik dapat memikat pengunjung untuk berkunjung ke sana. Oleh kerana hari terakhir dapat dilihat di kebanyakan negeri telah mula berkemas untuk pulang setelah berkampung selama 10 hari.







Rumah negeri Perak yang melambangkan keindahan senibinanya.







Rumah negeri Sabah yang berbumbung bulat melambangkan seni bina tradisionalnya.






Tidak ketinggalan negeri Johor memaparkan rumah berbumbungnya.






Selain flora haiwan peliharaan seperti arnab dan haiwan ternakan seperti rusa turut dipamerkan. Hanya rumah negeri Pahang terdapat kedua haiwan ini di laman negeri Pahang.




Sememangnya berkunjung ke MAHA memberi seribu pengetahuan dan pengalaman. Pameran seterusnya akan diadakan pada tahun 2016. Harap pihak penganjur dapat menambah lagi aktiviti dan tempat menarik di MAEPS pada MAHA tahun seterusnya.






No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...