Akhinya berjaya mendengar RS0ISS

Dua malam berturut-turut aku cuba untuk mendapatkan packet daripada ISS. Percubaan membuahkan hasil berjaya mendengar RS0ISS sahaja tanpa mendapat packet.

Hari Pertama 14 Disember 2014





[UISS Mheard Stations List: 12/14/2014 * Total stations heard:2 ]
9W2DYA-6             12/14/2014 2:14:58 AM
RS0ISS                    12/14/2014 3:02:48 AM

Hari Kedua 15 Disember 2014





[UISS Mheard Stations List: 12/15/2014 * Total stations heard:2 ]
9W2DYA-6             12/15/2014 2:02:57 AM

RS0ISS                    12/15/2014 2:12:36 AM

2014-12-14 03:03:13 MYT: RS0ISS>CQ,qAR,9W2CEH-3:>ARISS - International Space Station
2014-12-15 02:13:01 MYT: RS0ISS>CQ,qAR,9W2CEH-3:>ARISS - International Space Station
2014-12-16 01:22:51 MYT: RS0ISS>CQ,qAR,9W2CEH-3:>ARISS - International Space Station
2014-12-16 01:24:49 MYT: RS0ISS>CQ,qAR,9W2CEH-3:>ARISS - International Space Station

Raw diatas menjadi panduan aku ketika ISS lalu melalui Malaysia. Stesen 9W2CEH-3 sentiasa mendapat contact ketika ISS melalui di atas negara kita. Sebentar tadi aku mencuba tetapi tiada signal dan ternyata benar kerana 9W2CEH-3 juga tidak mendapat contact seperti kebiasaannya. Aku mencuba ketika 2.53 pagi dan sehingga ke sepuluh minit tidak mendengar bunyi apa-apa. 

Sebentar tadi ISS melalui dari India bersebelahan Sumatera ke lautan Hindi. Ketika semalam ISS betul-betul melalui Semenanjung Malaysia dan sehingga tepat di base aku mendapat signal dari RS0ISS. Ini menunjukkan ISS berada tepat dengan kita maka peratus untuk mendapat signal adalah tinggi.

Ternyata setiap percubaan memberi pengalaman yang berbeza. Ini barulah dinamakan hobi yang saintifik kerana mencuba pelbagai cara dan kaedah untuk mencapai matlamat.

73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...