Radiosonde D20052981

 Seawal jam 7:34 pagi isyarat dari objek aprs D20052981 telah diterima dari corong radioku. Terima terputus-putus sebelum penerimaan yang sangat jelas dan nyata pada jam 7:37 pagi. 


Sehingga jam 7:50 pagi barulah muncul di layar monitor Sondehub Tracker dan APRS.FI. Ketika itu, altitud ketinggian 5394m barulah dapat dilihat kemunculannya. Stesen 9M4GPT baru dapat menerima isyarat belon ini dari Sungai Buloh. 



Belon dari Paya lebar, Singapura terlebih dahulu muncul di skrin. Objek aprs  IMS8AF887 pada pagi ini turut muncul di Sondehub IMS1009107591.


Perbezaan hampir 500m ketinggian antara kedua belon ini yang sedang terbang naik ke udara. Arah pergerakan belon KLIA dan Paya lebar sama ke arah barat. Jangkaan mendarat turut berada di Selat Melaka. Bilalah agaknya mendarat di atas daratan? Operasi memburu peranti radiosonde pasti menjadi sasaran.

Jam 8:26 pagi belon KLIA berada di ruang udara Tanjung 12 Banting kawasan ladang sawit. Altitud ketinggian 16187m. Manakala, belon Paya lebar berada di selatan Singapura dengan altitud ketinggian 19017m.

Sehingga jam 8:44 pagi penerimaan isyarat di frekuensi 401.111MHz readbility 5/9 crystal clear altitud ketinggian 20777m. Hampir sejam 10 minit belon KLIA telah diaktifkan terus naik ke udara.

Jam 8:58 pagi belon KLIA menghampiri Batu Laut menghala ke Selat Melaka. Jangkaan berakhir di laut bertepatan setelah melepasi pantai di Batu Laut. Altitud ketinggian ketika ini adalah 25874m. Terdapat gangguan isyarat ketika memasuki ruang udara Selat Melaka dari Bangi.

Jam 9:18 pagi belon KLIA telah blast  pada altitude 31404m. Belon kempis dan payung terjun berfungsi. Boleh kedengaran isyarat seperti bunyi angin yang bergoyang-goyang ketika ini di corong radio. Beberapa minit selepas itu, belon Paya lebar turut blast pada ketinggian 35355m. Kedua-dua belon akan mendarat di lautan Selat Melaka pada pagi ini. Belon KLIA melepasi sempadan maritim ketika ini. Manakala, belon Paya lebar di Selat Johor berdekatan Tanjung Piai.

Jam 9:44 pagi mula terputus-putus isyarat pada altitud 3355m. Kemudian kedengaran sedikit di altitud 3025m jam 9:45 pagi. Hampir 2 jam 10 minit isyarat dapat diterima dari Bangi pagi ini. Bermula jam 7:34 pagi hingga 9:45 pagi.


Kedudukan terakhir belon KLIA jam 9:48 pagi dengan altitud ketinggian 1001m. Belon Paya lebar masih terapung di udara ketika ini berhampiran Pulau Karimun. Altitud ketinggian 4942m.

Penjejakan sebelah malam pula mendapat isyarat jam 7:35 tetapi terputus-putus. Dua minit kemudian baru mendapat isyarat jelas dan nyata readabilty 5/9 dari Bangi. QRV 401.111MHz sejak jam 7:00 malam lagi.

Jam 7:50 malam seperti pagi tadi barulah objek aprs D20050481 muncul di layar Sondehub dan beberapa saat kemudian di APRS.FI
Belon Paya lebarlebih awal lagi telah berlepas ke udara. Altitud ketinggian 21996m IMS100 9107597 aprs objek pula IMS8AF88D.


Ketika ini baru melepasi KLIA dengan altitud ketinggian 14933m menghala ke Batu Laut. Jangkaan mendarat pada malam ini masih di Selat Melaka.

Malam ini, satu lagi stesen radiosonde di Johor Bharu diaktifkan iaitu 9W2GEE. Ketika ini berada di ruang udara Pulau Jurong.


Belon Paya lebar telah berada di utara Pulau Karimun dekat Selat Melaka. Altitud ketinggian adalah 30899m. Jangkaan mendarat juga di atas laut Selat Melaka.

Jam 8:55 malam belon KLIA menghala arah  pantai Morib dengan altitud 25186m. Menghampiri pantai penerimaan isyarat sedikit terganggu.  Kanchong laut dihampiri jam 8:58 malam. Tepat 9:00 telah memasuki ruang udara Selat Melaka. Ketika ini, belon Paya lebar telahpun blast pada ketinggian 35309m. Proses mendarat ke dasar laut Selat Melaka juga.

Penerimaan isyarat sedikit terganggu selepas melepasi pantai. Mungkin banyak awan berkumpul ketika ini menghalang penerimaan isyarat ke Bangi. Setelah jauh ke laut, barulah penerimaan diterima dengan baik dan mantap.

Jam 9:15 malam belon KLIA telah blast pada altitud ketinggian 31604m lebih tinggi sedikit berbanding sebelah pagi tadi 31404m. Walaupun data tidak menunjukkan belon mulai turun, tetapi aku sudah dapat menjangkanya dengan mendengar audio di corong radio.

Ketika ini belon KLIA mulai menurun menggunakan payung terjun dan menghampiri garisan maritim antarabangsa. Jam 9:30 malam telah melepasi garisan maritim antarabangsa Riau Indonesia.

Jam 9:38 isyarat hilang pada ketinggian 3430m ke Bangi. Hampir 2 jam masa belon KLIA diaktifkan pada malam ini.


Malam ini belon dari Kuantan turut aktif. Tak perasan nasib Cikgu Zak 9M2ZAK memberi trafik. Menerima isyarat yang baik juga di frekuensi 402.011MHz di Bangi. Belon Kuantan di Jengka 16 Pahang. Altitud ketinggian 34077m. Jangkaan mendarat di kaki Gunung Jebak Puyuh kawasan Gunung Senyum.

Jam 10:33 malam belon Kuantan telah blast pada altitud ketinggian 34117m dan kehilangan isyarat. Beberapa detik selepas itu muncul semula tersekat-sekat tidak lancar.  Sudah macam bunyi keretapi pula isyarat yang diterima pada kali ini. Jam 10:50 malam isyarat terus terputus-putus dan hilang terus altitud ketinggian 7241m.


Kedudukan terakhir belon Kuantan objek aprs D20056372 altitud ketinggian direkodkan adalah 7242m. Kali ini betul-betul jatuh atas daratan. Kalau kurang bernasib baik di bawa arus Sungai Pahang. Tetapi lebih baik berbanding belon KLIA dan Paya lebar yang sentiasa terjun laut. Tapi waktu ini tidak boleh merentas negeri. Jadi sukarlah nak mencari peranti radiosonde ini. Harap rakan ham Pahang boleh memburunya.

73 Jojet de 9w2dya




No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...