Radiosonde D20051299

 


Seawal 7:35 pagi corong menerima isyarat belon KLIA di frekunsi 401.111MHz. Jam 7:51 pagi baru muncul di layar SonderHub dan aprs objek D20051299. Jam 7:55 pagi altitud ketinggian 6607m diterima stesen radiosonde dari Sungai Buloh 9M4GPT. 


Belon Bayan Lepas objek aprs D20054570 muncul bersama dengan belon Changi bermula jam 7:35 pagi lagi. Jam 7:56 pagi altitud ketinggian 9089m terima dari stesen radisonde 9W2EYR-14 di Sungai Petani, Kedah.


Belon Changi objek aprs IMS8AFB1C diterima stesen raiosonde 9W2GEE-14. Altitud ketinggian 5700m merupakan belon yang lewat naik ke ruang udara pada pagi ini.

Jam 8:23 pagi belon KLIA melepasi pantai Kg Batu Untung altitud ketinggian 15208m. Jam 8:44 pagi belon Bayan Lepas telah blast altitud ketinggian 21357m. Jam 9:13 pagi, belon KLIA pula telah blast altitud ketinggian 30803m. Jam 9:22 belon Changi turut blast altitud ketinggian 34217m.

Jam 9:28 pagi isyarat belon KLIA terputus altitud ketinggian 2756m.

No comments:

Post a Comment

Radiosonde DFM09P 19025684 di Perairan antara Tioman dan Kepulauan Anambas

Credit 9W2DVZ   Pagi ini telah muncul satu belon radiosonde DFM09P 19025684 di perairan Tioman dan Kepulauan Anambas di Laut China Selatan. ...