Radiosonde D20051183


Radiosonde pagi ini aprs objek D20051183 berlepas dari KLIA jam 7:44. Turut monitor di frekuensi 401.111MHz terdengar isyaratnya dengan jelas readability 5/9 dari Bangi.

Jam 8:06 melalui ruang udara KLIA dari arah Kota Seriemas. Altitud ketinggian 11037m. Kelajuan 46km/h bearing 323 darjah arah barat.


Jam 8:15 pagi belon dari Paya lebar  turut kelihatan. Objek aprs IMS8AF88B berada di pulau Temasik itu. Kelihatan juga stesen 9V1UP-11 yang sedang menguji pancar isyaratnya dari malam tadi lagi.

Jam 8:24 pagi belon KLIA menghala ke arah pantai Morib. Isyarat masih diterima dengan jelas pada altitud ketinggian 16016m. 

Jam 8:25 pagi belon Paya lebar berada altitud ketinggian 15498m. Masih berada di ruang udara Singapura.

Jam 8:33 pagi belon KLIA terus naik di ruang udara Tanjung Dua Belas Sepang. Altitud ketinggian 18645m. Isyarat sangat jelas lagi kedengaran. Jam 8:39 kembali ke arah KLIA. Altitud ketinggian 20647m.

Percubaan untuk RX 401.897MHz belon Paya lebar adalah negatif. Belon KLIA yang diterima dengan baik sekali isyaratnya sehingga altitud ketinggian 23370m. 

Jam 8:54 pagi belon KLIA telah melintasi Selat Melaka. Altitud ketinggian 26017m.



Jam 9:06 pagi belon KLIA telah blast di altitud 29739m. Isyarat terus didengari dari Bangi. Ketika ini belon akan mendarat ke laut lagi nampaknya. Perairan morib di Selat Melaka menjadi saksi belon ini tenggelam ke dasar laut.

Jam 9:15 pagi belon Paya lebar mencecah 32350m di ruang udara Tanjung Piai.

Jam 9:20 pagi isyarat terputus-putus dan terus senyap. Telah tenggelam ke dasar laut mungkin.


Detik terakhir belon KLIA sebelum hilang isyarat. Altitud ketinggian 1217m jam 9:23 pagi. Ketika ini, isyarat terus hilang dari Bangi.

Jam 9:36 pagi belon Paya lebar masih lagi aktif. Altitud ketinggian 19905m di ruang angkasa peraiaran Kukup.


Jam 9:43 pagi belon Paya lebar berada di ruang udara Tanjung Piai. Altitud ketinggian 16517m. Nampaknya mungkin mendarat atas daratan pada pagi ini. Ada peluang untuk mengambil peranti radiosonde pada kali ini. Pastikan aktifkan radio di frekuensi 401.897MHz untuk mengesan kedudukannya setelah jatuh nanti. Umpama fox hunt aktiviti mencari harta karun. Ayuh rakan ham di Johor boleh memburu peranti radiosonde pula.

Malangnya jam 9:51 pagi belon ini telah berada di atas laut pula. Habislah peluang untuk mendapatkan peranti radiosonde ini. Altitud ketinggian 12277m penerbangan agak jauh lagi. Mungkin ikut jejak belon KLIA berakhir di lautan.

Jam 10:00 pagi terus jauh ke tengah Selat Melaka berhampiran Pulau Karimun. Altitud ketinggian semakin menurun kepada 9416m. Jikalau jatuh atas pulau, bolehlah rakan ham di Pulau Karimun mengambil peranti itu. Tapi mustahil kerana jarak ke pulau hampir jauh juga. 


Jam lebih kurang 6:50 petang belon Paya lebar objek aprs IMS8AF88C telah terbang ke udara. Jam 7:35 malam mengarah ke Pulau Jurong dengan altitud ketinggian 17207m.


Jam 8:04 malam telah muncul belon KLIA dengan objek aprs D20054529. Altitud ketinggian 9323m. Radiopun diaktifkan bagi frekuensi 401.111MHz dengan penerimaan yang sangat baik. Arah pergerakan seperti pagi tadi juga berada di kawasan Tanjung dua belas Banting.

Jam 8:29 malam belon Paya lebar berada di Selat Johor berdekatan Tanjung Piai. Altitud ketinggian 34630m.

Jam 8:57 malam belon KLIA telah memasuki ruang udara Selat Melaka. Jangkaan berakhir di lautan juga pada sebelah malam ini. Perairan Morib altitud ketinggian 27746m.

Jam 9:11 malam belon KLIA telah blast pada altitud ketinggian 30397m.  Penerimaan isyarat radio masih crystal clear di altitud ketinggian 23846m. Jam 9:23 malam melepasi garisan sempadan maritim di Selat Melaka. Lebih jauh ke hadapan berbanding siang tadi.

Jam 9:30 malam terputus hubungan dan tiada isyarat lagi pada altitud ketinggian 3047m. Pergerakan belon kembali memasuki perairan Selangor pada altitud ketinggian 1397m.


Jam 9:33 malam pergerakan terakhir pada altitud ketinggian 930m di perairan Morib. Manakala, belon Paya lebar turut berakhir jam 9:35 malam pada altitud ketinggian 6101m di utara Pulau Karimun. Lama sungguh penerbangan belon Paya lebar pada malam ini. Penerbangan lebih sejam awal tetapi mengakhiri waktu yang hampir sama dengan belon KLIA. Sebenarnya bukan detik berakhir penerbangan belon Paya lebar waktu itu. Sehingga jam yang terakhir hingga jam 10:12 malam. Altitud ketinggian 1195m. Lama sungguh penerbangannya sebelah petang ini.



73 Jojet de 9w2dya








 

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...