Pada hari minggu terakhir sebelum puasa yang dijangka bermula minggu hadapan. Penulis telah berjaya melancarkan lapan misi SAR. Perancangan awal terdapat sepuluh misi SAR. Namun, kesuntukan masa menyebabkan berjaya membuat lapan misi sahaja.
Misi pertama di Olak Lempit. Masuk melalui Taman Changgang Jaya keluar ke jalan belakang taman tersebut yang ada palang. Belok ke kiri terus ke radiosonde 2405015195 telah jatuh pada 8 Februari 2025. Koordinat 2.83474 darjah Utara dan 101.6167 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 258m dan ketinggian maksimum 27,337m.
Meletak kereta di bahu jalan yang agak rata. Sudah pasti selamat pasti berhenti ditempat yang sesuai. Bahu jalan ke titik akhir kurang 40m sahaja. Belon mengarah keluar ke jalan dan kawasan rumah. Kelihatan titik akhir jatuh di kawasan ladang kelapa sawit tua. Rumput menghijau cantik namun terdapat beberapa tompok semak juga.
Rumput menghijau menenangkan jiwa. Namun, sekali melangkah habis kasut basah. Ia digenangi air. Kawasan agak lembah banyak menakung air. Terpaksa menempuh rumput berair tersebut untuk ke titik akhir.
Titik akhir berjaya tiba merupakan bersebelahan dengan tanah sebelah yang bersemak. Keluarkan kompas dan terus melaraskan arah belon yang jatuh. Terus mengarah ke jalan dan rumah. Sepanjang dalam kawasan ladang tidak menemui sebarang tanda. Kemungkinan terlajak ke kawasan tiga buah rumah di hadapan tersebut. Meninjau juga kawasan parit di seberang sana, tetapi tidak kelihatan juga. Mungkin juga di tepi jalan telah diambil orang.
Misi kedua di Jalan Kempas tidak jauh dari lokasi pertama juga. Belon ini jatuh pada pagi 18 Februari 2025. Ia jatuh sama waktu ketika berjaya menemui radiosonde 2405015152 pada pagi tersebut. Tidak sempat menunggu kerana perlu bergegas ke saltmine pula. Namu, pada pagi ini turut tidak menemui juga. Telah pergi ke titik akhir berdekatan dengan belakang rumah sewa.
Penyewanya warga Pakistan. Bertanya jikalau ada melihat radiosonde tersebut. Beberapa langkah sahaja dari bahagian rumah telah sampai titik akhir. Mengenal pasti arah belon terus meninjau hingga ke Surau Al-Bajuri yang ada gotong-royong persiapan menyambut bulan Ramadan.
Kelihatan stesen 9W2DYA-chase ada dalam tangkap layar di atas. Bukti penulis ada di kawasan tersebut sebelum belon klia mendarat. Sayangnya pagi ini tidak jumpa pula. Merujuk jangkaan mendarat di deretan kedai bersebelahan surau. Seterusnya menghala ke Jalan Bukit Perah laluan ke Kg Seri Cheeding. Terdapat dua belon telah jatuh berhampiran.
Pencarian pertama agak jauh masuk ke dalam. Jarak menghampiri 500m ke titik akhir. Radiosonde 2405015184 telah jatuh pada 20 Februari 2025 jam 21:30 malam. Koordinat 2.84936 darjah Utara dan 101.56723 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 395m dan ketinggian maksimum 30,988m.
Laluan tanah merah dipenuhi lopak yang agak dalam. Kereta diletakkan berhampiran simpang laluan masuk sahaja. Rela berjalan jarak 500m dari pada kereta mengharungi laluan tersebut. Semasa balik selisi dengan uncle india yang membantu proton saga dengan selamba mengaharungi laluan ini dengan penuh bergaya tanpa sebarang masalah.
Menghampiri titik akhir mambawa melalui palang dalam laluan ladang kelapa sawit tersebut. Kemudian belok ke kiri menghala ke titik akhir dalam beberapa langkah lagi. Berjaya menjejak titik akhir. Kemudian melaraskan arah kompas mengikut arah belon jatuh. Kemudian melaraskan menggunakan jarum kompas pula.
Setelah mengenal pasti arah terus bergerak mengikut jarum kompas tersebut. Bergerak arah ke depan sahaja. Melintas parit kering terlebih dahulu. Melepasi beberapa baris pokok, tiba-tiba terlihat satu objek putih di atas tanah. Arah bergerak ke kanan sedikit dari arah jarum kompas. Tanpa berlengah terus ke peranti tersebut.
Set lengkap ini masih belum dipotong benangnya. Perlu potong benang kerana benang tersangkut pada pelepah yang agak tinggi. Kalau sentappun sukar untuk peranti ini melepaskan diri dari celah-celah dedaun.
Inilah satu-satunya peranti yang berjaya ditemui pada hari ini. Hilanglah penat juga mencarinya. Agak berbaloi daripada tiada langsung. Syukur atas nikmat yang diberi. Mencari peranti yang telah beberapa hari mendarat, beginilah risikonya. Kebarangkalian tidak jumpa adalah amat tinggi berbanding yang berjaya. Namun, potensi paling tinggi mungkin di ladang kelapa sawit.
Jarak peranti yang ditemui dari titik akhir adalah 57.1m bagi altitud ketinggian 395m. Kurang 100m berjaya menemui belon ini. Kadangkala dengan ketinggian yang agak sama belum tentu dapat ditemui. Banyak faktor-faktor mempengaruhi belon mendarat. Kena mencari sehingga puas hati.
Palang kedua laluan balik semula ikut jalan yang sama. Masuk tadi ikut palang pertama. Terus potong laluan untuk lebih cepat. Kali ini mesti harus cepat kerana sasaran awal adalah 10 misi. Bagi Februari selepas banjir yang lalu. Banyak belon jatuh ke darat masih tidak sempat untuk menjenguk. Bulan puasa sudah pasti tidak mencari sekali banyak sebegeni. Hanya mencari belon yang baru jatuh yang segar dari ladang sahaja. Itupun jatuh tepi jalan yang mudah akses sahaja.
Semasa balik kereta perlu melalui bawah talian voltan tinggi. Ada pekebun mengusaha tanaman sayur-sayur di tanah rezab rintis TNB ini. Tiba di kereta bersedia untuk misi seterusnya kawasan berhampiran juga.
No comments:
Post a Comment