Pada 5 Februari 2025 telah berjaya menemui belon pagi KLIA di Ladang Bandar dekat Jalan Pusara, Sungai Buaya, Banting, Radiosonde 2405015510 koordinat 2.87989 darjah Utara dan 101.46535 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 431m dan ketinggian maksimum 26,669m
Jatuh di ladang Bandar yang turut membina kawasan perndustrian. Kerja-kerja pembinaan sedang rancak berjalan berhampiran Jalan Pusara. Ia merupakan laluan penghubung Banting dan Pulau Carey. Lokasi yang strategik ini membolehkan syarikat perladangan melabur modal bagi pembinaan kawasan industri.
Pengawal meminta ke Galeri untuk berjumpa dengan bossnya bagi meminta kebenaran masuk ke kawasan ladang. Tiba di Galeri terus berjumpa dengan pegawai tersebut. Meminta kebenaran masuk sambil menunjukkan peranti dan belon yang sentiasa dibawa dalam beg sandang.
Kemudian terus memandu laluan dalam pembinaan tidak bertar ke titik akhir. Tidak masuk ke titik akhir memandangkan kawasan ladang sangat bersemak. Merujuk semula tangkap layar dan mencuba ikut arah belon bergerak. Ternyata belon melewati hujung laluan sawit. Sayangnya laluan tersebut digenangi air. Terpaksalah berpatah balik ke laluan masuk semula.
Nampak laluan sawit terus masuk ke dalam. Letak kereta di tepi laluan tersebut. Berbaki kurang 600m sahaja lagi untuk ke belon yang dijumpai tadi. Isyarat masih lagi aktif. Laluan sangat lecah dan berlumpur.Sangat tidak berbaloi membawa masuk kereta ke dalam. Ada kawasan ladang kelapa sawit ini telah ditenggelami air. Mungkin saliran air atau paritnya telah tertutup akibat pembinaan jalan baru bagi kawasan industri ini.
No comments:
Post a Comment