Koleksi Figura How To Train You Dragon


 
Setelah menonton wayang bertajuk How To Train Your Dragon. Damia telah berjaya memiliki beberapa koleksi figura cerita tersebut. Kisah tentang naga yang menarik jalan cerita atau plotnya. Koleksi yang kecil ini berharga lebih kurang RM30 sahaja. Watak naga utama dalam cerita ini dikenali sebagai Toothless.


Toothless diberi nama oleh watak yang menjumpainya. Night Fury adalah nama naga tersebut. Ia cedera akibat terkena senjata yang dicipta oleh hero dalam cerita ini. Hiccup mencipta senjata bagi melawan naga-naga yang sering menyerang penempatan mereka.


Sebelah kiri merupakan naga yang bernama Deadly Nadder. Ia dimiliki oleh heroin cerita ini iaitu Astrid. Hiccup dan Astrid merupakan pasangan kekasih. Mereka berdua berkawan rapat bagi menyelesaikan satu misi yang penting.



Misinya adalah untuk membunuh naga yang paling besar iaitu Red Death Chomping Rampage. Semua naga yang ada sangat takut pada Red Death ini. Semua naga mencari makan untuk diberikan kepadanya.


Sebelah kiri merupkan Toothless diikuti dengan Deadly Nadder mengapit  Red Death Chomping Rampage. Deadly Nadder sebelah kiri ditunggangi oleh tuannya Astrid. Manakala sebelah kanan mempunyai fungsi menembak seperti watak yang dibawa dalam filem tersebut. Seterusnya kotak kecil sebelah kiri tersebut merupakan Monstrous Nightmare.


Deadly Nadder berbadan biru telah terbaring. Begitu juga tuan mereka iaitu Hiccup dan Astrid. Teguh berdiri adalah raja naga tersebut iaitu Red Death yang sangat berkuasa. Toothless sebelah Red Death tersebut menghadap yang saiz kotak  kecil tersebut. Satu besar dan satu kecil saiznya bagi Toothless ada di situ. Warna kunng tersebut merupakan peluru yang dipunyai oleh salah satu Deadly Nadder.


Selepas kematian Red Death Chomping Rampage. Semua naga-naga tidak hidup dalam keadaan ketakutan lagi. Naga-naga semakin jinak dan berjaya dijinakkan berguna kepada setiap orang menjadi haiwan tunggangan.


Hanya Hiccup yang berjaya menundukkan Toothless menjadi jinak. Ini semua terjadi apabila ekor Toothless telah tercedera angkara senjata Hiccup tersebut. Bermula dari situlah Hiccup telah belajar untuk menundukkan Toothless. Pelbagai peristiwa dan pengalaman telah dijalani sehingga mereka sangat akrab.



Astrid pula memilih Deadly Nadder bagi menyerang Red Death. Astrid pernah mengekori Hiccup untuk mengetahui rahsia kepandaiannya menewaskan naga-naga semasa pertandingan merebut gelaran. Akhirnya rahsia terbongkar setelah melihat Hiccup bersama Toothless di satu kawasan yang jauh dari orang kampung.



Naga berkepala dua ini dikenali sebagai Hideous Zippleback. Si kembar Ruffnut dan Tuffnut menjadi tuan mereka. Kembar tak sama jantina ini sangat sesuai memilih naga berkepala dua ini. Mereka berdua boleh menunggang sekali pada seekor naga yang sama.


Api yang keluar dari mulut Deadly Nadder. Naga-naga yang garang sebelum berjaya dijinakkan selepas berakhirnya riwayat Red Death. Model ini tidak ada Astrid untuk menunggangnya. Ada dua zaman penceritaan setiap naga ini. Maka dua model siri Deadly Nadder ini telah dikeluarkan oleh pengilang. Kedua figura Deadly Nadder telah berjaya dimiliki oleh Damia.


Turut berjaya memiliki dua model adalah Groncle naga yang memiliki empat kaki. Badan besar berkaki empat masih turut mempunyai sayap yang comel. Kepalanya boleh bergoyang-goyang. Fishlegs memilih Gronckle sebagai haiwan tunggangannya.

Ada beberapa koleksi yang masih belum dimiliki oleh Damia. Tunggu Abahnya bergaji terlebih dahulu barulah boleh melengkapkan koleksi. Koleksi yang belum dimiliki adalah Skrill, Rumblehorn dan Monstrous Nightmare bagi model besar.

Manakala model kecil yang buku tersebut baru memiliki tiga model. Damia telah bejaya mencari senarai kod setiap model buku tersebut. Ini kerana semasa hendak membeli, setiap kotak tidak dinyatakan model apa. Hanya berpandu kod nombor tersebut mudahlah kita memilih model yang diidamkan.

Kami mencari setiap figura ini dari kedai alat permainan yang ternama dengan ikon haiwan Zirafah. Mula-mula cari di IOI City Mall selepas menonton wayang tersebut. Kami juga mencari di cawangan lain dekat One Utama dan juga Suria KLCC. Maklumlah permainan ini dikategorikan sebagai Hot! Maka cepat laris seperti Pisang goreng.

Pastikan juga menjadi ahli kedai tersebut bagi mengumpul mata dan mendapat harga ahli. Pasti boleh menjimatkan dengan keahlian yang ada. Bermain dapat berimaginatif dan meluaskan fikiran. Percambahan fikiran membolehkan melahirkan fikiran kreatif dan lebih proaktif. Daya ingatan dan tumpuan lebih tajam dengan mengenal pasti ciri-ciri dan jenis setiap figura. Umpama haiwan zaman pra-sejarah juga. Ada pelbagai jenis dan nama yang agak sukar untuk diingati juga. Apapun bermain adalah satu proses pembelajaran yang dapat melahirkan anak yang sentiasa berfikiran maju ke hadapan.

Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya









Trio Invitational 2025 @ Kuala Lumpur


 Selepas latihan olahraga di saltmine sebelah pagi tadi. Sempat ke Taman Cabaran Putrajaya. Ada event mendaki di sana. Sayangnya waktu rehat ketika itu. Maka tiada aksi menarik dapat dilihat. Kemudian bergerak ke Taman Equestrian Putrajaya. Meriah! rupanya ada acara sukan antarabangsa.



Rupanya ada acara sukan Ultimate Frisbee sedang berlangsung. Istilah yang digunakan frisbee adalah cakera terbang. Ini merujuk kepada Persatuan Cakera Terbang Malaysia (MFDA) Malaysian Flying Disc Association.



Padang Polo yang luas ini telah memuatkan 12 padang frisbee tersebut. Terdapat tiga kategori kumpulan iaitu Lelaki, Perempuan dan Campuran. Tidak ketinggalan juga penglibatan pasukan dari Malaysia.



Selepas meletakkan kereta, lebih berminat ke gerai jualan sahaja. Pastilah mencari baju T-shirt bagi menambah koleksi. Trio merupakan jenama pakaian sukan. Sebagai penaja utama sudah pastilah jenama ini diletakkan sebagai nama rasmi kejohanan. Ada juga baju berlogokan MFDA tetapi kurang menarik kerana berlengan panjang untuk kaum wanita sahaja serta berhud. Rupanya selepas melihat di padang terdapat kaum lelaki turut memakai baju yang berhud untuk menutup kepala dan tengkuk dari panas sinaran terikan mentari.


Selepas tengok barangn yang dipamerkan barulah melihat aksi menarik di padang. Sepasukan ada 7 orang untuk merebut satu cakera terbang yang berwarna putih. Sekali imbas garisan padang macam permainan ragbi. Terdapat zon hujung berjarak 25m setiap pasukan merupakan kawasan untuk mendapatkan mata. Kawasan padang permainan pula adalah 64m. Keseluruhan panjang padang adalah 110m dan lebar adalah 37m.


Marker yang berwarna oren itu penanda garisan gol. Pasukan lawan melepasi garisan tersebut bersama cakera terbang, pastilah mendapat satu mata di zon hujung tersebut yang berjarak 25m.


Merujuk kepada laman sesawang Ultiscore, terdapat tiga divisyen  dipertandingkan. Divisyen Terbuka terdapat empat kumpulan. Kumpula A terdiri daripada pasukan Singapore- Men, Ural, Flash dan Pink Dolphins.


Manakala, kumpulan B pula terdiri daripada Technicolor, 852, Flywild dan Thirsty Camels Men. Kumpulan C pula, Pancake Men, Guangzhou Superstorm, Hardcore Ultimate dan Moo Kata. Akhir sekali kumpulan D terdiri daripada DMG Men, Viking Men, Emerald Tiger dan Malaysia Hornbills.


Divisyen Wanita pula hanya terdapat dua kumpulan sahaja. Pasukan terebut adalah PWR Endurance, Mega Mad, DMG Women, Dolphin Diver, dan Shanghai Siren untuk kumpulan A. Manakala, kumpulan B adalah Black Widows, Malaysia Hibiscus, My Babygals, New TaiPei Coin, Falcons dan Aurora.


Akhir sekali Divisyen Campuran terdapat empat kumpulan. Kumpulan A terdiri daripada Singapore-Mixed, XHK, Nolimit dan Joker. Seterusnya kumpulan B adalah Zero Discplacement, Carebears, Spike Place Market dan Kings.



Sebelum pasukan serangan melempar ke kawasan zon hujung, pihak pertahanan perlu baris melintang menghadap. Terus mendapatkan cakera terbang untuk menyerang semula bagi mendapatkan mata.


Aksi pasukan serangan berjaya memasuki zon hujung pasukan pertahanan. Ini bermaksud pasukan serangan berjaya memperolehi satu mata. Kepantasan dan kecekapan melempar dan menyambut dengan tepat pasti membawa kejayaan. Komunikasi dan koordinasi yang tepat pasti membawa kejayaan seterusnya.



Berbalik kepada kumpulan C terdiri daripada Shiok, Tianan Penta V, Last Call dan Sg Vintage. Seterusnya kumpulan D adalah Malaysia Tapir, Reach-Chsey Ultimate, Palsies dan Undecided.


Pasukan berjersi biru ini merupakan perlawanan divesyen Perempuan. Lemparan perempuan lebih kepada berjarak dekat sahaja. Tidak bagi lelaki, lemparan cakera terbang lebih jauh dan pantas.Setiap pemain tidak dibenarkan menyentuh antara satu sama lain. Hanya 10 saat diberi setiap kali memegang cakera terbang tersebut. Pemain juga tidak boleh berlari atau  semasa memegang cakera terbang tersebut juga.


Aksi pasukan biru ini berada di hadapan astaka. Kedengaran juga pengacara membuat pengumuman setiap kali permainan bermula secara serentak setiap padang. Menggunakan bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris dan juga Mandarin.


Apa yag menarik tentang sukan ini juga mereka bermain dengan membuat keputusan dengan persetujuan bersama. Pusingan awal ini tiada pengadil. Segala permasalahan dan pertikaian diselesaikan di atas padang dengan semangat kesukanan. Ini bermaksud persetujuan bersama setiap keputusan dua pihak tersebut (Self-Officiating)



Penaja yang tertera pada baju sempena kejohanan merupakan nama yang jarang kita dengari. Semuanya entiti dari luar negara. Terutama penaja utama Trio, UltiScore, PWR snack, sunday shades, Discraft, Bold Physiotherapy, Peak Persuit push beyond limit, Greatest, Peak Flow serta disokong oleh Canon dan Arrow. Terasa suasana pertandingan antarabangsa sebenar.


Sebelum pulang, singgah semula gerai Trio ini bagi mendapatkan t-shirt tidak berkolar tersebut. Walaupun harganya RM70, beli juga untuk simpan sebagai kenangan dan koleksi peribadi. Sebelum itu, sempat juga sembang bersama dua orang sukarelawan bertanyakan tentang permainan ultimate frisbee ini. Lawa juga baju kru kejohanan ini yang turut mempunyai hud kepala. Agaknya sukan ini bajunya mempunyai hud dan berlengan panjang. Pandangan jauh umpama sudah memakai tudung pula. Rupanya menahan keperitan panas mentari yang tegak atas kepala.

Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya

Koleksi Figura How To Train You Dragon

  Setelah menonton wayang bertajuk How To Train Your Dragon. Damia telah berjaya memiliki beberapa koleksi figura cerita tersebut. Kisah ten...